Anda di halaman 1dari 71

UNIT TEKNIK DAN VOKASIONAL ( VOTEK )

Jabatan Pendidikan Terengganu


September 2002
1. OBJEKTIF MODUL

• Menjelaskan konsep BCB.

• Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran.

• Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran.

• Membantu guru mengaplikasi BCB dalam p & p

• Membantu guru melatih guru lain BCB

• Menyediakan contoh rancangan p & p


2. RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR

• Masa dan pengetahuan yang diterima di kelas


terhad

• Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran.

• Mempertingkatkan keupayaan murid untuk


mempelajari sesuatu.

• Belajar Cara Belajar sejajar dengan matlamat


pendidikan untuk belajar seumur hidup.
3. OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR

• Menyediakan murid berupaya belajar sendiri


tanpa guru.

• Membolehkan murid menggunakan pengetahuan


sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber
pembelajaran.

• Membolehkan murid membuat refleksi danmenilai


tahap pembelajaran sendiri.

• Membolehkan murid mengaplikasikan


pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain.
4. APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR

• Belajar Cara Belajar adalah proses teknik


pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak
KEMAHIRAN BELAJAR
• Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap
murid untuk meraih kecemerlangan dalam
peperiksaan dan kehidupan.
 
• Kemahiran belajar melibatkan beberapa
kemahiran seperti:

» Kemahiran Mendengar
» Kemahiran Membaca
» Kemahiran Menulis
» Kemahiran Mengambil Nota
» Kemahiran Mengingat
a. Kemahiran Mendengar
Apa yang didengar ..........pelbagai teks
seperti:
Arahan Lakonan
Puisi Berita
Ucapan Syarahan
Lagu Taklimat
Pengumuman Penerangan
b. Kemahiran Membaca
• Skimming
Untuk maklumat ringkas dan pantas
Baca tajuk, pendahuluan dan rumusan

• Scanning/ Imbasan
Untuk maklumat lebih dalam dari skimming
Baca pendahuluan, rumusan dan bab
Perhatikan kata kunci, konsep, rajah, grafik,
data
• Bacaan Intensif
Untuk mendapat maklumat terperinci

Untuk Maklumat Terperinci


strategi : SQ3R
Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan
Question –tajuk jadi soalan – jawab
Read – baca perenggan untuk maklumat
Recite – ringkaskan, refrasakan perenggan
Record – catatan- bentuk yang diolah
Review – lihat nota semula, pastikan ingat isi
• Baca Laju

 Boleh baca laju dan faham kandungan


 Tumpuan sepenuhnya masa membaca
 Kesan isi penting melalui tanda:

tulisan condong/ bergaris/tebal


graf/gambar rajah/peta minda
 Membuat catatan nota
c. Mencatat Nota
 Mencatat nota adalah aktiviti merekod
fakta,maklumat dan isi penting daripada
bahan yang dibaca, dilihat atau
didengar.
 Mencatat nota berlaku dalam semua
situasi belajar seperti semasa kuliah,
ceramah, penerangan, temuduga,
membaca buku atau bahan lain.
d. Kemahiran Menulis
i. Menulis Laporan
ii. Menulis Cepat
Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran
menulis dengan kepantasan yang tinggi dan
tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh
itu, menulis cepat memerlukan unsur:
 Kelajuan menulis
 Tulisan yang boleh dibaca
 Kandungannya difahami
e. Mengingat
 Mengingat ialah proses pembelajaran yang
berkaitan dengan kefahaman dan
penggunaan deria dengar dan deria dengar
dan deria lihat yang baik.
 Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk
mengingat kembali dengan menyebut atau
menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku
selepas beberapa jam.
KEMAHIRAN MAKLUMAT
Definisi Maklumat
Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran, fakta,
keterangan, maklumat atau cerita tentang sesuatu
perkara atau seseorang.

Definisi Kemahiran Maklumat


Keupayaan seseorang mengenal pasti
keperluan maklumat mencari dan
mengumpulkan, mengurus dan mengolah
maklumat dan membekalkan maklumat bagi
memenuhi keperluan tertentu.
Kemahiran maklumat terdiri daripada:

 Kemahiran perpustakaan
 Kemahiran belajar
 Kemahiran penyelidikan
 Kemahiran komunikasi dan penyampaian
SUMBER MAKLUMAT

Sumber berasaskan manusia Bahan audiovisual


Contohnya ibu bapa, guru, Contohnya filem, video, aset, cakera laser,
pakar bidang, tokoh dan mirofilem, mikrofis, pita magnetik
sebagainya.

SUMBER
MAKLUMAT

Sumber berasaskan komputer Bahan bercetak


Contohnya dalam talian dan luar Contohnya buku, majalah, monograf, surat
talian, cakera padat, dan internet. khabar, jurnal dan laporan.
JENIS SUMBER/BAHAN
1. Jurnal 17. Buku Tahunan
2. Laporan /Statistik 18. Monograf
3. Kertas Kerja 19. Buku log/diari
4. Paten 20. Kitab suci/Hadith
5. Standard/Piawaian 21. Almanak
6. Tesis/Disertasi 22. Indeks
7. Katalog Perdagangan 23. Abstrak
8. Ensiklopedia 24. Bibliografi
9. Kamus 25. Ulasan/Resensi
10. Tesaurus 26. Direktori
11. Atlas/Peta 27. Biografi
12. Gazetiar 28. Buku Panduan/Manual
13. Brosur/risalah 29. Pangkalan Data Dalam
14. Akhbar Talian
15. Majalah/Buletin 30. Internet
16. Buku teks/rujukan 31. CD-ROM
Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah
individu tertentu seperti tokoh, pakar dalam
bidang berkenaan, orang kenamaan atau orang
yang terlibat secara langsung dalam sesuatu
peristiwa.
  KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN
Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak
maklumat yang perlu diingati. Oleh itu, kita
perlu mengetahui cara mengesan maklumat
dengan cekap tanpa perlu mengingat
semuanya.
KAEDAH MENGESAN MAKLUMAT DAN
MERUJUK KEPADA BAHAN DI PSS

menggunakan dengan

kad katalog pembaca

mikrofis

  dengan
menggunakan Sistem Perpuluhan Dewey.
Berdasarkan sistem ini, terdapat sepuluh kelas
maklumat iaitu:

000-099 Karya Am
100-199      Falsafah
200-299      Agama
300-399      Sains Kemasyarakatan
400-499      Bahasa
500-599 Sains Tulen
600-699 Teknologi
700-799 Kesenian dan Hiburan
800-899      Kesusasteraan
900-999     Geografi, Sejarah dan Biografi
Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku

Setiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulit


belakang, halaman judul, halaman kandungan,
indeks, bibliografi dan daftar kata/glosari
menawarkan maklumat yang tertentu .
KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA ENSIKLOPEDIA

Ensiklopedia ialah bahan (berbentuk buku atau


CD ROM) yang mengandungi maklumat bagi
semua bidang ilmu pengetahuan.

Pilih jilid yang mengandungi perkataan


atau huruf yang pertama yang dicap
dengan huruf besar yang berkaitan
dengan maklumat yang hendak dikesan
seperti SUNGAI, TOKOH, TEMPAT,
dan KEJADIAN.
maklumat tentang perkataan dalam satu atau
lebih daripada satu bahasa seperti definisi atau
makna, asal usul, ejaan, sebutan, silabikasi,
penggunaan dan kedudukan semasa yang
disusun mengikut urutan abjad.

Terdapat dua jenis kamus:

• kamus umum
• kamus khas atau kamus istilah.
Buka terus halaman yang bermula dengan
huruf pertama kata yang ingin dicari
maknanya. Setelah dapat halaman, cari
perkataannya.

Fabulous

entri
fabulous – wonderful
frasa a fabulous day
It was a fabulous week. Keterangan
ayat makna
Everything went well
KEMAHIRAN MENCARI MAKLUMAT MELALUI INTERNET
Senarai enjin
pencarian:
 Infoseek (http://www.go.com)
 Alta Vista (http://www.altavista.com)
 Yahoo (http://www.yahoo.com)
 Google (http://www.google.com)
 Lycos (http://www.lycos.com)
 Cari (http://www.cari.com.my)
CONTOH ENJIN PENCARIAN
STRATEGI
METAKOGNITIF
STRATEGI METAKOGNISI
Metakognisi ialah kebolehan mengetahui apa yang
kita ketahui dan yang tidak kita ketahui.
Costa, A.L.:1981)

Metakognisi ialah kesedaran tentang hal


yang diketahui dan apa yang tidak
diketahui. Strategi metakognisi merujuk
kepada cara untuk meningkatkan
kesedaran mengenai proses berfikir dan
pembelajaran yang berlaku. Apabila
kesedaran ini wujud, seseorang dapat
mengawal fikirannya dengan merancang,
memantau dan menilai apa yang dipelajari.
STRATEGI METAKOGNISI
Pelajar mengawal pembelajarannya
dengan:
I.    Merancang apa yang ingin
dipelajari.
Ii.   Memantau kemajuan
pembelajaran diri.
Iii   Menilai apa yang
dipelajari.
i. PROSES METAKOGNITIF

PROSES MERANCANG

• Meramal

• Menyediakan diri

• Membuat perancangan
PROSES MEMANTAU

Kemahiran ini memerlukan murid bertanya


soalan seperti:

 Adakah ini membawa makna kepada saya?


 Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan?
 Apakah soalan yang harus saya tanyakan?
PROSES MENILAI

Murid perlu membuat refleksi:

• Bagaimana kemahiran, nilai dan


pengetahuan dapat dikuasai ?
• Mengapa saya mudah/sukar
menguasainya?
• Apakah tindakan/pengubahsuaian
yang harus saya ambil?
CARA MENGAJAR METAKOGNISI

Metakognisi tidak perlu diajar sebagai


satu mata pelajaran.
Metakognisi  perlu disisipkan dalam
kaedah mengajar, perkembangan staf
dan proses penyeliaan.
STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN
METAKOGNISI
a. Merancang
 Sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan,
guru mengajarkan peraturan yang patut
dipatuhi , strategi untuk menanangi masalah
dan hala tuju yang harus diikuti.
 Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu
memberi peluang kepada murid untuk
berkongsi kemajuan, proses pemikiran dan
pandangan tingkah laku mereka.
 Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu
meminta murid menilai sejauh mana
peraturan itu dipatuhi .
b. Menyoal Pada Semua Peringkat

• Menyoal ialah satu teknik penting untuk


menjelaskan fikiran.

• Galakkan murid menimbulkan soalan


kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa
dan selepas membaca, mendengar, melihat
dan menonton sesuatu.
c. Memilih

Bincang dengan murid tentang pemilihan


yang dibuat oleh murid dari segi kesan baik
dan buruk sebelum keputusan dibuat.
d. Menilai Dengan Pelbagai Kriteria

Guru harus memberikan peluang kepada


murid untuk membuat refleksi dan
mengkategorikan tindakan mereka mengikut
dua atau lebih kriteria penilaian sama ada

- membantu atau menghalang;

- yang disukai dan tidak disukai; atau

- baik dan buruk sesuatu aktiviti.


e. Mengambil Kredit
Guru harus meminta pelajar
mendapatkan maklum balas daripada
rakan dengan mengajukan soalan seperti:
Bagaimanakah Apakah tindakan ini
tindakan itu membanggakan diri
harus diberikan anda?
pengiktirafan?

Melalui cara ini, murid akan menyedari tingkah


laku yang baik dan akan menerapkan tingkah
laku tersebut dalam situasi yang berlainan
f. Mengelak Daripada Menyatakan
‘Saya Tidak Boleh’

Pelajar harus menanyakan beberapa soalan:


• “Apakah informasi yang diperlukan?”
• “Apakah alatan yang diperlukan?”
• “Apakah kemahiran yang diperlukan untuk
melakukan tingkah laku berkenaan?”

Soalan ini akan memberikan kesedaran dan


pengetahuan kepada pelajar tentang batasan yang
diketahui dan apa yang perlu diketahui. Justeru,
keyakinan murid dapat dipertingkatkan.
g. Menggalakkan Idea Daripada Murid

Guru boleh membantu murid dalam metakognisi


dengan mengemukakan frasa-frasa tertentu atau
memparafrasa pernyataan pelajar untuk menggalakkan
mereka berfikir dengan lebih mendalam. Contohnya:

GURU: Apa yang ingin anda nyatakan saya ialah …

GURU: Saya rasa anda ingin memberitahu saya


bahawa …

Melalui cara ini, mereka dibimbing agar menjelaskan,


memikirkan semula atau memikirkan idea mereka
dengan lebih mendalam.
h. Memberikan Label Bagi Sesuatu Tindakan

Guru boleh menyedarkan pelajar tentang


tingkah laku kognitif mereka dengan
memberikan label bagi tindakan itu dengan
memuji dan memberi kan pengiktirafan seperti:

“Bagus, kamu sedang membuat satu rangka


tindakan yang baik bagi …”
“ Apa yang kamu semua buat adalah satu
eksperimen yang baik.”
“Kamu sangat memberi kerjasama dan bantuan
kepada rakan dan itu adalah satu sifat yang
baik.”
i. Menerangkan Maksud Perkataan

Biasanya murid mengeluarkan


perkataan seperti “tidak adil’,
‘tidak baik’, “sangat tegas.”

Guru perlu bertanya dan menjelaskan


apakah yang dimaksudkan “tidak adil”,
“tidak baik” atau “sangat tegas”
kepada murid
j. Main Peranan Dan Simulasi

Dengan kaedah main peranan murid dapat


membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak
dan membuat modifikasi secara metakognitif
tingkah laku dan sifat peranan tersebut.
 
Simulasi memberi mereka peluang untuk
memikirkan bagaimana seseorang itu akan
bertindak dalam situasi berlainan.
k. Menyimpan Jurnal

Murid perlu digalakkan mencatat dan mengilustrasikan sesuatu


pengalaman dalam buku log/ harian sepanjang pengalaman itu. Ini
membantu murid:

- Mensintesiskan dan menterjemahkan fikiran dan kelakuan


mereka dalam bentuk simbolik / grafik.

- Melihat kembali persepsi asal mereka dan membandingkan


persepsi asal dengan keputusan baru.

- Mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut dan cara

membuat keputusan.

- Mengenal pasti kelemahan dalam tindakan yang diambil dan


mengingat kembali kejayaan dan kesulitan yang dialami.
l. Memberikan Teladan

·      Contoh teladan oleh guru dan menjadi


ikutan oleh murid adalah proses sangat
berkesan.

·      Untuk tujuan ini, guru hendaklah


menunjukkan dengan jelas bagaimana guru

merancang, mengenal pasti dan menilai


sesuatu tingkah lakunya supaya murid dapat

mencontohinya.
Pengurusan Masa
dan
Gaya Pembelajaran
PENGURUSAN MASA

Murid yang berjaya biasanya mempunyai:


1. Jadual waktu
2. Perancangan yang tersusun dan
sistematik.
Apakah jadual waktu dan
Perancangan ?

Jadual Waktu
Pembahagian masa hari ke hari yang terperinci

dan merangkumi:
1. Sesi pembelajaran
2. Aktiviti-aktiviti lain.

Perancangan
Pandangan menyeluruh tentang sesi
pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain.
Bagaimana menghasilkan jadual waktu
persendirian?
 Tentukan masa untuk sesuatu
mata pelajaran.
 Pilih keutamaan.
 Tumpuan kepada topik sukar.
 Pembahagian sama rata hari ke
hari.
 Pilih masa yang paling sesuai.
 Peruntukan masa untuk aktiviti-
aktiviti lain.
Selain belajar, masa harus
diperuntukkan untuk :
 Berehat.
 Membuat kerja rumah.
 Bersukan.
 Membantu ibu bapa
 Aktiviti yang diminati
 Kelas tambahan
Apakah kelebihan mempunyai
jadual waktu?
 Mengurangkan pembaziran waktu.
 Fokus pada pelajaran.
 Teratur.
 Mengambil kira semua mata pelajaran.
 Keutamaan.
 Melatih diri supaya tidak
menangguhkan kerja.
GAYA PEMBELAJARAN
Mengapa perlu mengenal pasti gaya
pembelajaran?

 Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran


yang berbeza.
 Fokus terhadap apa yang dipelajari.
 Memaksimumkan hasil pembelajaran.
Apakah Gaya Pembelajaran?

Gaya pembelajaran adalah cara mempelajari


sesuatu mengikut kecenderungan individu.
Murid perlu mengetahui kepelbagaian gaya
pembelajaran supaya mereka dapat
mengenal pasti gaya pembelajaran yang
sesuai untuk diri mereka
1. Gaya pembelajaran VAK

VISUAL

AUDITORI

KINESTETIK
2. Gaya Dunn & Dunn

Berasaskan beberapa aspek :

 Alam Sekitar
 Emosi
 Sosiologi
 Fizikal
 Psikologi
Alam Sekitar
 Bunyi
 Cahaya
 Suhu
 Pola
Emosi

 Motivasi
 Ketabahan
 Tanggung
jawab
 Struktur
Sosiologi

 Sendiri
 Pasangan
 Rakan Sebaya
 Pasukan
 Guru
 Pelbagai cara
Fizikal

 Persepsi
 Makan
 Waktu
 Gerakan
Psikologi

 Global atau Analitik


 Otak Kiri atau Otak
Kanan
 Impulsive atau
Refleksif
PERSEDIAAN MENGHADAPI
PEPERIKSAAN

Peperiksaan memberikan
pelbagai pengalaman
RISAU, SUKA, DUKA
KECEWA dan sebagainya….
GURU PERLU:
 Memotivasikan murid supaya tekun
belajar.
 Membantu murid untuk memberi
tumpuan kepada pelajaran.
 Menggalakkan murid agar berminat
dengan kerja sekolah.
 Mengajar murid teknik belajar yang
betul
 Mengajar murid cara mengulang kaji
dan mengambil nota yang betul
SEBELUM PEPERIKSAAN
Murid perlu:
 Bersedia dan membuat ulang kaji untuk
mengekalkan ingatan jangka panjang
 Tidur secukupnya pada malam sebelum
hari peperiksaan
 Hadapi peperiksaan dengan perasaan
yakin
 Elakkan menduduki peperiksaan dengan
perut yang kosong
 Datang awal dengan persiapan
secukupnya
 Berdoa dan tenangkan diri
 Jangan mengulang kaji pada
saat-saat akhir
SEMASA PEPERIKSAAN

 Baca arahan dengan


teliti
 Anggarkan masa
 Teruskan kepada
soalan yang lebih
mudah
 Jangan panik
 Relaks
JURULATIH UTAMA
( KHSR )
Jabatan Pendidikan Terengganu
September 2002

Anda mungkin juga menyukai