Anda di halaman 1dari 11

PROSES FONOLOGI

ASIMILASI

NEUTRALISASI

PALATALISASI & LABIALISASI

ASIMILASI KONSONAN

HARMONI VOKAL

NEUTRALISASI KONSONAN

NEUTRALISASI VOKAL

GEMINASI

NASALISASI VOKAL

PALATALISASI DAN LABIALISASI


Palatalisasi atau pempalatalan merupakan proses yang menyebabkan artikulasi utama sesuatu bunyi konsonan itu dipengaruhi oleh artikulasi skunder yang melibatkan penaikan bahagian depan lidah ke arah palatal atau lelangit keras. Labialisasi atau pelabialan merupakan satu proses yang menyebabkan artikulasi primer sesuatu bunyi konsonan itu di pengaruhi oleh artikulasi sekunder yang melibatkan pembundaran bibir.

Proses di atas tergolong dalam jenis konsonan fitur vokal. Modifiaksi sekunder yang berlaku dalam kata itu melibatkan penindanan fitur tertentu daripada segmen vokal ke atas segmen konsonan yang bersebelahan.

NASALISASI VOKAL

Proses yang menyebabkan artikulasi utama sesuatu bunyi vokal dipengaruhi oleh artikulasi sekunder yang melibatkan ciri sengauan. Tergolong dalam jenis vokal mengambil fitur konsonan atau vokal yang berasimilasi dengan fitur konsonan.

ASIMILASI KONSONAN

Secara umumnya bermaksud sesuatu segmen konsonan itu mengalami perubahan akibat daripada pengaruh konsonan lain. Konsonan yang mengalami perubahan itu mendapat tindanan fitur tertentu daripada konsonan yang berhampiran dengannya.
Lazimnya ia melibatakan rangkap konsonan yang wujud di dalam morfem atau hasil daripada gabungan morfem yang membentuk kata terbitan.

HARMONI VOKAL

Bunyi vokal dalam sesuatu suku kata itu mengalami perubahan atau penyesuaian dari segi fitur tertentu akibat daripada dipengaruhi oleh vokal dari satu suku kata lain dalam kata yang sama. Proses ini tergolong dalam jenis vokal berasimilasi dengan vokal.

GEMINISASI

Proses asimilasi yang mengubah 2 segmen yang berbeza menjadi 2 segmen yang sama sepenuhnya. Urutan konsonan yang sama ini dianggap konsonan panjang atau geminat. Tergolong dalam jenis asimilasi penuh.

Proses

yang menghilangkan perbezaan fonologi antara segmen di lingkungan tertentu di dalam kata.

Segmen-segmen yang berbeza di satu lingkungan kata akan mempunyai representasi fonetik yang sama dilingkungan atau posisi yang terdapatnya proses neutralisasi berlaku.
Neutralisasi boleh berlaku di mana-mana posisi kata dan juga boleh melibatkan sama ada konsonan atau vokal.

NEUTRALISASI KONSONAN

Umum: proses pengenyahsuaraan obstruen di akhir kata.


Contoh bahasa: Russia dan Jerman Contoh dialek Melayu: dialek Kelantan.

NEUTRALISASI VOKAL
Sama seperti konsonan.

ia mengalami neutralisasi pada posisi tertentu dalam kata.


Vokal-vokal tersebut tidak boleh berbeza kerana di peringkat permukaannya bunyi-bunyi berkenaan mempunyai realisasi fonetik yang sama. Contoh: Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai