Anda di halaman 1dari 31

ISU JIHAD

DAN
KEGANASAN
1
Salah faham Barat
 Islam sering dilabelkan sebagai
pengganas.
 Islam-phobia.
 Media tidak memperbesarkan keganasan
yang dilakukan oleh masyarakat bukan
Islam terhadap muslim, seperti Israel,
Bosnia, Rusia, China, Thailand dll.
 Keganasan di kalangan masyarakat bukan
Islam sesama mereka sendiri, seperti di
Ireland, Amerika Latin dll.
2
Pengganas
 Ku Klux Khan
 Aun shin
 LTTE (Gerila Tamil Sri Lanka)
 FARC (Revolutionary Armed Forces of
Colombia)
 IRA

3
MAKSUD JIHAD
 Terdapat dua perkataan yang lahir
daripada sumber yang sama dengan
al-Jihad iaitu al-Ijtihad dan al-
Mujahadah. Perkataan al-Jihad, al-
Ijtihad dan al-Mujahadah memberi
maksud mengerahkan keupayaan
secara maksimum (bersungguh-
sungguh) dan berakar umbi daripada
huruf yang sama iaitu Jahada.
4
Al-Jihad
 Kalimah al-Jihad umpamanya,
menurut penggunaannya lebih
tertumpu kepada pengerahan upaya
kekuatan yang berbentuk lahiriyyah
atau fizikal seperti dengan kekuatan
anggota tubuh badan dan harta
benda dalam usaha menegakkan
agama Allah.

5
 “Dan orang-orang yang beriman dan
berhijrah dan berjihad pada jalan Allah,
mereka itulah orang-orang yang
mengharapkan rahmat Allah dan Allah
Maha pengampun lagi Maha mengasihani”
 “Orang-orang yang beriman dan berhijrah
serta berjihad pada jalan Allah dengan
harta benda dan jiwa raga mereka, adalah
lebih tinggi darjatnya di sisi Allah dan
itulah orang-orang yang mendapat
kemenangan”

6
Al-Ijtihad
 Manakala perkataan al-Ijtihad pula
menurut terminologi,
penggunaannya seringkali didapati
dalam disiplin ilmu Usul al-Fiqh.
Hakikat ini menjelaskan bahawa
maksud al-ijtihad ialah bersungguh-
sungguh mengerahkan kemampuan
intelek (aqliyyah) dalam usaha
mendapatkan suatu ketetapan
hukum
7
hadis
 “Apabila seseorang hakim berijtihad
(bersungguh-sungguh mengerahkan
keupayaan intelek) lalu menepati
hasil ijtihadnya itu dengan
kebenaran maka ia memperolehi dua
ganjaran, sekiranya ijtihadnya itu
salah maka ia memperolehi satu
ganjaran”

8
Mujahadah
 Sementara perkataan al-Mujahadah pula
dari sudut penggunaannya lebih tertumpu
kepada aspek kerohaniaan dan seringkali
diguna pakai dalam disiplin ilmu tasawuf.
Al-Mujahadah juga bermaksud
bersungguh-sungguh mengerahkan
kemampuan atau keupayaan. Cuma ia
lebih menumpukan kepada pengerahan
keupayaan jiwa nurani agar dapat
mengalahkan godaan nafsu syahwat dan
syaitan
9
 Bertolak daripada huraian tersebut maka
difahami bahawa perkatan al-Jihad, al-
Ijtihad dan juga al-Mujahadah memberi
maksud bersungguh-sungguh
mengerahkan keupayaan dan kemampuan
secara maksimum mungkin dari seorang
individu. Cuma penggunaannya adalah
menurut disiplin ilmu yang berlainan. Al-
Jihad lebih kebiasaannya digunakan dalam
disiplin ilmu fiqh, sementara al-Ijtihad
dalam disiplin ilmu usul al-Fiqh manakala
al-Mujahadah pula dalam disiplin ilmu
tasawuf

10
Al-Jihad dan al-Qital
 Sama ada perkataan al-Jihad atau al-Qital
yang bermaksud perang, selalunya
disandarkan dengan kalimah fi sabilillah
dalam kebanyakan ayat dalam al-Quran
 “Dan perangilah pada jalan Allah akan
orang-orang yang memerangi kamu dan
jangan kamu melampaui batas, kerana
sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang melampaui batas”

11
 Maksud perkataan al-Qital lebih khusus
penggunaannya daripada al-Jihad kerana
perkataan al-Qital lebih tertumpu kepada
peperangan yang menggunakan senjata
serta menyebabkan berlakunya
pembunuhan antara satu sama lain.

 \Manakala kalimah al-Jihad pula selalunya


digunakan secara umum yang bermaksud
mengerahkan keupayaan sama ada dari
aspek harta benda, tenaga dan pemikiran
untuk meletakkan agama Allah s.w.t. pada
tempat yang sewajarnya

12
Definisi al-Jihad
 Mencurahkan segala tenaga dan
keupayaan dalam memerangi orang-
orang kafir dan menahan serangan
mereka dengan jiwa, harta dan lidah
 Istilah-istilah tersebut seperti al-
Siyar, al-Ribat, al-Ghazwah, al-
Sariyyah dan seumpamanya

13
hadis
 Rasulullah s.a.w. apabila melantik seorang
panglima angkatan perang yang besar
atau yang kecil, Baginda secara khusus
akan berpesan kepadanya untuk bertakwa
kepada Allah dan berlaku baik kepada
para tentera Islam yang bersamanya.
Kemudian Baginda bersabda: Perangilah
dengan nama Allah, di jalan Allah dan
perangilah orang kafir kepada Allah,
berperanglah dan jangan mengambil harta
rampasan perang sebelum ia dibahagi-
bahagikan, jangan sekali-kali kamu
melakukan khianat, jangan melampaui
batas dan jangan sekali-kali mencincang
musuh
14
hadis
 Berangkatlah dengan nama Allah dan
kerana Allah dan di atas agama
Rasulullah, dan janganlah kamu
membunuh orang tua yang sudah tidak
berupaya, kanak-kanak, anak kecil dan
wanita. Dan janganlah kamu mengambil
harta rampasan perang sebelum ia
dibahagi-bahagikan, himpunlah ia terlebih
dahulu, dan berbuat baiklah,
sesungguhnya Allah menyukai orang-
orang yang berbuat baik
15
HUKUM JIHAD

 jihad atau kewajipan al-qital tidak


menunjukkan Islam sebagai agama
yang menggalakkan keganasan,
malah ia sebagai suatu bentuk
pengawalan kehidupan manusia.
Islam merupakan suatu sistem
kehidupan yang diturunkan Allah
s.w.t. kepada manusia bagi
menjamin keadilan serta
kesamarataan di antara manusia
apabila ia benar-benar dilaksanakan
dalam kehidupan 16
 untuk menjaga supaya keadilan dan
kesamarataan sesama manusia
maka Allah mewajibkan jihad untuk
mempertahankan agamanya
daripada orang-orang yang angkuh
dan sombong serta menolak
kebenaran

17
Al-Quran
 “Diwajibkan ke atas kamu berperang
pada hal berperang itu sesuatu yang
kamu benci, boleh jadi kamu
membenci sesuatu, padahal ia amat
baik kepada mu, dan boleh jadi pula
kamu menyukai sesuatu padahal ia
amat buruk bagimu. Allah
mengetahui sedangkan kamu tidak
mengetahui”
18
Keadaan menyebabkan kefarduan
jihad
 Apabila negara Islam diserang oleh
musuh
 Apabila pemerintah atau imam
memerintahkannya

19
Beberapa hadis
 ”Seorang mukmin kepada mukmin
yang lain adalah ibarat sebuah
bangunan, sebahagiannya
menguatkan / mengukuhkan
sebahagian yang lain”
 ”Sesiapa yang tidak memikirkan
urusan umat Islam maka tidaklah ia
termasuk golongan mereka”

20
hadis
 ”Orang-orang Islam seumpama satu
tubuh, jika matanya sakit maka
terasa sakit seluruh tubuhnya dan
jika kepalanya sakit maka terasa
sakit seluruh tubuhnya”

21
Al-Quran
 ”Wahai orang-orang yang beriman,
apakah sebabnya apabila dikatakan
kepada kamu berangkatlah untuk
berperang pada jalan Allah, kamu
berasa berat dan ingin tinggal
ditempat kamu , apakah kamu puas
dengan kehidupan dunia sebagai
ganti kehidupan akhirat, padahal
kehidupan dunai untuk dibandingkan
dengan kehidupan akhirat amatlah
sedikit”
22
Akhlak para pejuang
1. Keikhlasan niat

 “Orang-orang yang beriman


berperang pada jalan Allah,
manakala orang-orang kafir pula
berperang pada jalan taghut, justeru
itu perangilah kawan-kawan syaitan
itu, sesungguhnya tipu daya syaitan
itu adalah lemah”

23
 “Sesungguhnya manusia yang pertama
dihitung ke atasnya pada hari qiamat nanti
ialah yang mati syahid, maka dia dibawa
(mengadap Allah) dan Allah
memperkenalkan kepadanya segala
nikmatNya lalu dia mengenalinya.
Kemudian Allah berfirman: Maka apakah
yang telah engkau lakukan terhadapnya
(nikmat-nikmat tersebut)?. Dia menjawab
“Aku berperang pada jalan Mu (Allah)
sehingga aku mati syahid”. Allah berfirman
“Engkau berdusta, akan tetapi engkau
berperang supaya diperkatakan “ Dia
seorang yang berani maka sesungguhnya
engkau telah diperkatakan (sebagaimana
engkau mahu). Kemudian diperintahkan
para Malaikat kepadanya) maka diseret di
atas mukanya sehingga dilemparkan ke
dalam neraka” 24
2. Tidak memerangi orang-orang awam

 ”Dan perangilah kerana agama Allah


akan orang-orang yang memerangi
kamu, dan janganlah kamu
melampaui batas/menceroboh, kerana
sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang melampaui batas /
menceroboh”

25
hadis
 ”Berangkatlah kamu dengan nama
Allah dan kerana Allah dan atas
agama Allah dan janganlah kamu
membunuh orang tua yang sudah
tidak berupaya, kanak-kanak kecil
dan wanita dan janganlah kamu
mengambil harta rampasan perang
sebelum ia dibahagi-bahagikan,
himpunkanlah ia terlebih dahulu dan
berbuat baiklah sesungguhnya Allah
menyukai orang yang berbuat baik “
26
3. Dilarang menghina / mengaibkan
mayat

 Rasulullah s.a.w. apabila melantik seorang


panglima angkatan tentera yang besar
atau kecil, Baginda secara khusus akan
berpesan kepadanya agar bertaqwa
kepada Allah dan berlaku baik kepada
tentera muslimin yang turut serta
bersamanya. Kemudian Baginda bersabda
“Perangilah dengan nama Allah, di jalan
Allah, perangilah orang-orang kafir dengan
Allah, berperanglah dan jangan
mengambil harta rampasan perang
sebelum ia dibahagi-bahagikan, jangan
melampaui batas, jangan mengkhianati, 27
4. Tidak merosakkan harta benda musuh
kecuali jika perlu

 Harta benda yang dimiliki oleh manusia


merupakan hak individu yang tidak boleh diusik
atau diganggu gugat oleh individu lain.
Kehormatan tersebut bukan sahaja berlaku dalam
suasana aman, malah dalam suasana genting
seperti peperangan sekalipun Islam masih
menitikberatkan konsep keamanan dan
kesejahteraan manusia.
 Dalam melakukan jihad peperangan umpamanya,
mujahid atau tentera muslim ditegah daripada
melakukan kerosakan ke atas pokok-pokok, harta
benda, bangunan dan sebagainya

28
5. Memberi perlindungan kepada pihak
musuh yang menyerah kalah

 Dan jika seseorang daripada kaum


musyrikin meminta perlindungan
kepadamu maka berilah perlindungan
kepadanya sehingga ia sempat
mendengar keterangan-keterangan Allah
(tentang hakikat kebenaran Islam),
kemudian hantarlah dia ke mana-mana
tempat yang ia beroleh keamanan,
perintah yang tersebut itu ialah kerana
mereka merupakan kaum-kaum yang
tidak mengetahui 29
6. Berbuat baik kepada tawanan
perang

 Dibebaskan tanpa bayaran tebusan


 Dibebaskan dengan bayaran tebusan
 Dihukum bunuh

30
7. Hukum ghanimah (Harta rampasan
perang)

 Bahkan tidak, demi diriku yang berada


dalam gengamanNya, sesungguhnya
selimut yang diambilnya pada hari Khaibar
daripada harta rampasan perang sebelum
ia dibahagi-bahagikan menjadi api yang
membakarnya. Mendengarkan yang
demikian, maka seorang sahabat datang
kepada Baginda dengan membawa seutas
tali kasut lalu bekata: ‘aku mengambil ini’
Rasulullah s.a.w. menjawab : ‘seutas atau
dua utas tali kasut daripada api’
31