Anda di halaman 1dari 9

PEMIKIRAN ISLAM (AI31203)

Dr. Syamsul Azizul Marinsah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah
PENGENALAN

Pemikiran Islam perlu dijaga dan diperkasa daripada sebarang bentuk noda
kerana ia merupakan asas kepada pembentukan peradaban Islam.

Sekiranya istilah terma pemikiran Islam samar, maka akan malaplah peradaban
Islam. Sekiranya tiada pemikiran Islam, lenyaplah hasrat membina peradaban
Islam.

Secara tradisinya istilah pemikiran Islam ini bukanlah wujud secara harfiah dalam
al-Quran atau pun al-Hadith, tetapi istilah ini dikenali ketika berkembangnya
cabaran terhadap Islam. Dan istilah tersebut dilahirkan dalam perjuangan pemikir-
pemikir dan ulama Islam terdahulu ketika Islam sudah sarat dalam kemunduran.
Istilah ini juga diperkenal bagi mengimbangi perkembangan tamadun atau
pemikiran Barat.
1. Muhammad al-Bahī mendefinisikan pemikiran Islam sebagai: “Pemikiran Islam adalah
suatu usaha akliah dengan bersungguh-sungguh daripada para ulama Islam untuk
mensyarahkan,menerangkan dan menjelaskan Islam berdasarkan sumbernya yang asal iaitu
al-Qur’ān dan al-Sunnah”.
2. Mushin Abd al-Hamid: Pemikiran Islam adalah setiap apa yang dihasilkan oleh pemikiran
umat Islam sejak pengutusan Rasulullah s.a.w. sehingga hari Akhirat, mengenai
pengetahuan terhadap seluruh kewujudan, yang berhubungkait dengan Allah
S.W.T., alam dan insan; dan diiktibarkan sebagai hasil ijtihad akal kemanusiaan dalam
mentafsir seluruh pengetahuan tersebut dalam kerangka prinsip Islam sama ada dari sudut
akidah, syariah atau akhlak.
DEFINISI DAN
3. Mohamad Kamil Ab Majid : “Pemikiran Islam sebagai gagasan, idea dan fikiran dari
KONSEPTUAL perspektif Islam sebagai respons intelektual kepada persoalanTuhan, manusia,
PEMIKIRAN ISLAM alam, kehidupan, kematian dan kewujudan seluruhnya yang timbul daripada
pertembungan Islam dengan kebudayaan dan peradaban asing, atau respons
terhadap masalah dalaman umat Islam”
4. Hassan Abdullah Hassan: “Pemikiran Islam adalah suatu kegiatan akliah yang
berteraskan metode Islam dalam pergerakan, pelaksanaan, penghasilan dan
penilaian akliah itu, seterusnya menjadi kerangka pegangan untuk membentuk
tasawur asasi berkaitan Allah S.W.T., insan dan alam. Manakala dalam konteks
semasa ia bermakna interaksi berterusan dengan keadaan dan perubahan manusia dan
alam dengan mengemukakan metode Islam sebagai panduan berinteraksi dan memastikan
hala tujunya selaras dengan tasawur asas Islam pada satu aspek dan dengan realiti
kehidupan padasatu aspek yang lain.
5. Mohd Fakhruddin Abdul Mukti: dasar dan ajaran yang dibawa oleh Islam; metode
– yang perlu digunakan dalam – berfikir oleh umat Islam; pandangan dan
pemikiran yang dihasilkan oleh umat Islam; dan rumusan daripada usaha-usaha
penggabungan pemikiran-pemikiran manusia dengan mengubahsuai, memproses dan
membebaskannya daripada unsur-unsur luar yang bercanggah dengan Islam
• Jika diteliti, definisi-definisi tersebut berbeza antara satu sama lain.
• Walau bagaimanapun, pelbagai definisi di atas mengemukakan sekurang-kurangnya tiga
PERSAMAAN unsur utama pemikiran Islam iaitu;
1. Pertama, ia berkait dengan aktiviti akal.
2. Kedua, ia bersumberkan al-Qur’ān dan al-Sunnah.
3. Ketiga, ia merupakan ilmu berkenaan Tuhan, insan dan alam daripada perspektif Islam.

Rumusannya, definisi pemikiran Islam boleh distrukturkan, seterusnya menjadi definisi


pemikiran Islam iaitu “aktiviti akal yang bersumberkan al-Qur’ān dan al-Sunnah
dalam mengetahui ilmu berkenaan Tuhan, manusia dan alam daripada perspektif
Islam”
AKAL

• Akal merupakan medium untuk memahami


syarak/wahyu.
• Keterbatasan akal perlu tunduk dengan wahyu.
ASAS • Penggunaan akal ada neraca dan manhaj

PEMIKIRAN tertentu.
• Akal perlu dipandu dengan wahyu.
ISLAM
SYARAK

• Syarak merupakan wahyu dari Allah SWT.


• Bersifat sempurna.
• Perlu didahului daripada akal walaupun
kelihatan bercanggah dengan akal yang
rasional
Al-Quran

Sumber
Pemikiran Al-Sunnah

Islam
Dispilin ilmu lain
(Ilmu logik, Intuisi, ilham, warisan
peradaban dan lain-lain)
SKOP PEMIKIRAN

1. Skop pemikiran islam terbahagi kepada aspek teoritikal dan praktikal.


2. Aspek Teoritikal merangkumi ilmu tentang Tuhan, manusia, alam, kehidupan,
kematian dan seumpamanya. Dalam erti kata lain, ia dalam ruang lingkup disiplin
ilmu akidah atau kalam, tasawuf dan falsafah.
3. Aspek Praktikal pula merangkumi disiplin ilmu politik, ekonomi, sosial, pendidikan
dan seumpamanya.
4. Dlm konteks semasa, Pemikiran Islam ini wujud dalam dua ruang lingkup yang
luas, iaitu, dalam soal akidah atau hal bersifat ketuhanan dan juga amal
syariah (fiqh).
FAKTOR BERLAKU KERAGAMAN DALAM
PEMIKIRAN ISLAM

Faktor
Faktor Geografi Faktor Budaya Perubahan
Sosial

Faktor Teologi
Faktor Politik dalam mengenal
Tuhan
• Pemikiran Islam satu disiplin ilmu yang merujuk
kepada semua hasil pemikiran yang telah dihasilkan
KESIMPULAN oleh para ulama Islam melalui proses ijtihad
berasaskan kepada keupayaan akal mereka untuk
menerangkan Islam berdasarkan dua sumber utama
iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah.

Anda mungkin juga menyukai