Anda di halaman 1dari 16

Keluarnya kandungan dari rahim sebelum usia kehamilan 28 minggu, (Clayton & Newton 1976) Menamatkan kehamilan sebelum

mencapai usia hidup (23-24 minggu janin seberat 600 g (Ralph Benson 1977) Pengguguran secara spontan atau haram (WHO) Keguguran merupakan sesuatu yang berlaku secara spontan Pengguguran secara paksa sama ada dibolehkan atau tidak mengikut undang-undang

Namun apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala seperti ini? Ada yang berpendapat ianya bermula dari rumah lagi. Mungkinkah didikan agama dari ibu bapa yang kurang terhadap anak-anak mereka atau terlebih didikan? Tetapi ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Ini kerana ada diantara ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa haluan mereka sendiri, segala ajaran ibu bapa akan dilupakan sedikit demi sedikit. Maka anak-anak mula bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa.

Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah didalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat. Namun semuanya datang dari diri remaja itu sendiri samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak. Ini kerana diri sendiri sahaja yang mampu megubah segalanya.

Oleh itu, sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka. Ini kerana gejala pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak.

Dibawah Akta Kanak-kanak 2001 Akta 611: Seksyen 17 anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga. Seksyen 46 ibu bapa boleh mendapatan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah.
Rang undang-undang Jenayah Malaysia (penal code)

Sesiapa yang menbuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun

Fasal 312 Kod Berkenaan Hukuman: Menyebabkan Keguguran

Sesiapapun yang sengaja menyebabkan keguguran seorang wanita akan dihukum penjara selama 3 tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, dan sekiranya mempercepatkan kelahiran, akan dihukum sekurangkurangnya selama 7 tahun dan juga denda. Penjelasan: Sekiranya wanita itu sendiri yang menyebabkan keguguran tapi tak berhasil adalah termasuk didalam takrifan akta ini.

Pengecualian: Fasal ini tidak akan dipanjangkan kepada pakar perubatan di bawah Akta Perubatan 1971 kepada sesiapa yang memberhentikan kehamilan seorang wanita dan dia mempunyai penjelasan yang munasabah, iaitu sekiranya kehamilan yang menyebabkan risiko kehidupan wanita tersebut, atau yang menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan mental dan fizikal wanita tersebut, adalah lebih baik sekiranya kehamilan itu di berhentikan

Fasal 314 Kod Berkenaan Hukuman: perbuatan yang menyebabkan kematian dengan niat menggugurkan kandungan. Jika perbuatan tersebut tanpa keizinan si wanita.

Sesiapapun, dengan niat yang menyebabkan keguguran seorang wanita, selepas perbuatan itu menyebabkan kematian spt wanita tersebut, akan dihukum penjara sekurang-kurangnya selama 10 tahun, dan juga denda, dan sekiranya perbuatan tersebut tanpa keizinan si wanita, akan dihukum penjara sekurang-kurangnya selama 12 tahun. Penjelasan: ini tidak menjadi kesalahan utama sekiranya pesalah sepatutnya tahu yang perbuatan itu mungkin menyebabkan kematian

Perzinaan seawal usia 9-10 tahun. Kehamilan Luar Nikah. Rogol 63% mangsa dan 9.4% pemangsa adalah remaja. Pelacuran - Sebahagian besar 15 ke 17 tahun.
13.1% dari 60 orang pelacur remaja berusia 12-14 tahun. Laporan Kesihatan Seksual Dan Reproduktif Remaja 2003 Kementerian Kesihatan Malaysia

Filem lucah (pornografi) majalah, CD @ internet. Ilmu & ajaran yang diperturunkan oleh rakan sebaya (peers). Ibu bapa serta org dewasa tdk tahu bagaimana mahu bkomunikasi dgn remaja mengenai

persoalan seks.

Kurang pengetahuan tentang seks dan risikonya-tdk dapat membuat keputusan yg mpengaruhi khdpan masa depan. Tidak bpengetahuan utk mhalang kehamilan yg tdk dikehendaki, pguguran yg tdk selamat, penyakit jangkitan kelamin (termasuk HIV/AIDS) Akibatnya, berlaku pengguguran tidak selamat, iaitu pengguguran yang dilakukan tanpa prosedur perubatan yang piawai atau dikendalikan oleh pihak yang tidak terlatih.

Jangkitan kuman pada bahagian peranakan. Mengalami pendarahan dalam perut yang boleh

mengakibatkan kematian. Kecederaan pada rahim dan sukar untuk hamil lagi. Sekiranya mengandung,mungkin kandungan di luar rahim dan apabila beranak rahim boleh pecah secara spontan. Mandul . Senggugut dalam rahim. Masalah psikologi-mental dan emosi. Kemurungan akibat teringatkan bayi yang digugurkan.

surgikal : - dulatation & curettage ( D&C ) - suction & curettage ubat-ubatan : - penggunaan anti-progestogen RU486 untuk kehamilan awal (kurang dari 8-10 minggu) tradisional: - herba, alkohol, urut, prosedur yang tidak higenik- memasukkan bahan asing ke dalam rahim.

Untuk menyelamatkan kehidupan wanita tersebut ( Ya ). Untuk melindungi kesihatan fizikal wanita tersebut (Ya). Untuk melindungi kesihatan mental wanita tersebut (Ya). Di rogol atau sumbang mahram (Tidak)

Fetus abnormal (Tidak)


Alasan ekonomi atau sosial (Tidak). Terdapat dalam permohonan (Tidak).

Memperkenalkan Pendidikan Seks disekolah & Babys Craddle (Negara Barat)


Jerman memperkenalkan Babys Craddle untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak membuang bayi yang baru lahir. Ibu muda berkenaan diberi tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk menstabilkan emosi dan fizikalnya.

Menyediakan tempat untuk Bayi baru lahir


-

Di Amerika Syarikat, kerajaan membantu ibu muda untuk meletakkan bayi yang baru dilahirkan di tempat-tempat terpilih seperti hospital, balai bomba, agensi kebajikan swasta, agensi anak angkat dan gereja. Ibu atau orang yang meninggalkan bayi tersebut tidak perlu memberi butir terperinci. Penjagaan seterusnya diambil alih oleh kerajaan. Jika ibu atau bapa tidak menuntut bayi berkenaan dalam tempoh tiga bulan, hak ibu bapa boleh ditamatkan dan anak tersebut boleh diberi kepada keluarga angkat.

Melalui undang-undang Safe Haven yang diperkenalkan, ibu muda dibenarkan untuk meningggalkan bayi mereka tanpa dikenakan tuduhan jenayah.