Anda di halaman 1dari 10

NOTA STPM PENGAJIAN AM

PENGGAL 1 SEHINGGA
PENGGAL 3
TAJUK:
BULI
SIBER
KANDUNGAN
1.PENGENALAN

2.FAKTOR/PUNCA/SEBAB

3.KESAN BURUK/MEMUDARAT/MANFAAT/FAEDAH

4.USAHA/PERANAN/LANGKAH

5.PENUTUP/KESIMPULAN
PENGENALAN
• Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian
meningkat. Insiden sebenar kejadian buli siber tidak
diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk
mendapatkan bantuan.
• Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau
menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti
mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon
bimbit atau permainan internet.
FAKTOR/PUNCA/SEBAB
(i) ketidakpuasan hati seseorang terhadap individu tertentu
• sama ada atas sebab perilaku, kemewahan, penampilan dan sebagainya yang ada pada
mangsa
• penggunaan teknologi yang tiada hadnya menjadikan pembuli siber akan lebih berani
dalam mendera mangsa secara mental dengan menggunakan kata-kata negatif
bertujuan untuk menyakiti hati mangsa
• mudah dilakukan kerana mereka hanya perlu menaip kata-kata yang tidak sepatutnya
seperti perkataan lucah, hinaan dan berbaur ugutan kepada mangsa supaya dapat
menyeksa mental mangsa
• mudah dilakukan kerana pembuli tidak perlu bersemuka dengan mangsa tersebut.
• Pembuli berani mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya kepada mangsa.
FAKTOR/PUNCA/SEBAB
(ii) kurang mendapat perhatian yang cukup daripada keluarga dan insan terdekat.
• ingin mencari perhatian daripada orang ramai dengan melakukan perkara yang
salah iaitu siber buli.
• Mengirim teks seperti kata-kata hinaan, ugutan kepada mangsa.
(iii) kurangnya pengetahuan nilai-nilai agama dalam diri mereka.
• mereka menghina orang dengan perkataan-perkataan yang lucah, mengedar
gambar yang tidak sepatutnya, membuka aib seseorang dan sebagainya.
• Perbuatan seperti ini amatlah ditegah dalam agama. Hal ini boleh menyebabkan
mangsa mengalami tekanan emosi yang sangat teruk dan jika dibiarkan mangsa
mungkin mengambil keputusan drastik untuk membunuh diri.
KESAN BURUK
(i) boleh menyebabkan mereka mengalami tekanan perasaan yang kritikal
• Mangsa akan mengalami kemurungan dan hilang keyakinan
diri untuk berhadapan dengan orang ramai.
• Mereka takut untuk bercampur dengan orang sekeliling kerana
takut dihina dan dicerca oleh umum.
(ii) hilang tumpuan dengan apa yang mereka lakukan.
• Hal ini boleh menjejaskan kehidupan seharian mereka. boleh membawa kepada
membunuh diri.
(iii)Mangsa berfikir secara tidak waras
• mendorong mereka untuk membunuh diri seperti mengelar pergelangan
tangan, menggantungkan diri dan sebagainya.
USAHA/PERANAN/
LANGKAH
(i) Masyarakat haruslah berganding bahu
• supaya permasalahan ini dapat diselesaikan dengan lebih efisien
lagi.
(ii) Orang awam harus mengetahui undang-undang yang telah
ditetapkan oleh kerajaan.
• Melalui seksyen 223, Akta Komunikasi Dan Multimedia, sebarang
komen, permintaan, cadangan atau setiap komunikasi yang
kedengaran lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau serangan
dengan niat untuk menjengkelkan, memaki dan mengancam atau
mengacau orang yang lain dianggap suatu kesalahan.
USAHA/PERANAN/LANGKAH
(iii) setiap orang haruslah tahu etika-etika berkomputer yang betul yang harus
mereka ikuti dan patuhi
• mereka haruslah menghormati pendapat dan privasi orang lain dalam media
sosial.
• Mereka harus mengutarakan pendapat dengan sopan yang tidak
mengandungi perkataan-perkataan lucah ataupun menghina.
(iv) masyarakat perlulah mempunyai kesedaran sivik dan nilai agama
yang tinggi
• supaya perkara sebegini dapat dibendung dan tidak berlarutan dengan
sewenang-wenangnya.
PENUTUP/KESIMPULAN
• semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing
supaya isu siber buli ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Setiap
orang haruslah mematuhi etika dan peraturan yang telah ditetapkan
oleh pihak berkuasa. Siber buli boleh membunuh orang
secara senyap. Oleh itu, setiap orang haruslah menjaga adab dalam
menulis atau menyebarkan sesuatu perkara agar ianya tidak menyakiti
hati sesiapa.

Anda mungkin juga menyukai