Anda di halaman 1dari 10

Sunnah Rasulullah: Tidur Siang

Nama:Noor Izza Farha binti Asimat Nur Farhanah binti Abdul Manaf Kelas: 2 Sheffield

Tidur Siang

Tidur sekejap sebelum masuk waktu solat zohor

Tidur siang berdasarkan hadith

Tidur siang adalah sunnah yang diajarkan dan dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. Beliau memerintahkan kita untuk tidur siang dalam sabda beliau yang dinukilkan oleh Anas bin Malik radhiyallahu anhu: Qailulah-lah (istirahat sianglah) kalian, sesungguhnya setan-setan itu tidak pernah istirahat siang. (HR. Abu Nuaim dalam AthThibb, dikatakan oleh Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 1637: isnadnya shahih)

Hadith yang lain

Biasanya Umar radhiyallahu anhu bila melewati kami pada tengah hari atau mendekati tengah hari mengatakan, Bangkitlah kalian! Istirahat sianglah! Yang tertinggal menjadi bagian untuk setan. (HR. Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad no.1239, dikatakan oleh Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Adabil Mufrad no. 939: hasanul isnad)

Kelebihan Tidur Siang Dari Segi Islam

tidur pada waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik. Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadat pada malam hari seperti sahur membantu puasa pada siang hari'. Tidur sekejap pada waktu siang bertujuan menyegarkan semula bukan saja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadat dan melaksanakan rutin hariannya.

Kelebihan Tidur Siang Dari Segi Sains

dianggap sebagai praktikal untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai 'power nap'. Dikatakan waktu tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika. Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasa berehat yang berjam-jam keletihan Dari segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen

Kebaikan Tidur Siang Dari Segi Sains

memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot yang digunakan secara aktif ketika bekerja. Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif dan berkesan.

Kajian

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art of Napping at Work.

Kajian

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: Parents and Sleep Deprivation, Family.com) David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping. Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Rujukan

http://miftahulqulub.blogspot.com/2009/05/kele bihan-tidur-siang-hari.html miftahulqulub.blogspot.com islam.sukeri.com/2008/02/19/kelebihan-tidursiang-hari www.alislam.org/indonesia/pustaka/articles/tid ur_sehat.html sillaturahim.wordpress.com/2008/04/19/islamdan-tidur -

Anda mungkin juga menyukai