Anda di halaman 1dari 24

PANTUN KIASAN

PANTUN KIASAN
Ahli-ahli
Kumpulan

Fatih Amirrul
Arif
(Semua saya buat) Hariz
Umar Lutfil
(Bagi “idea”)
Maksud Setiap Rangkap
1.Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
 Perbuatan membazir merupakan amalan yang
merugikan
2.Buah bacang masak serangkai,
Burung dekut meniti batang;
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.

 Orang yang merantau selalunya akan merendah diri


apabila di tempat orang.
3. Tebang gelam tebang kenanga,
Batangnya tumbang menimpa gedung;
Kumbang mengidam nak seri bunga,
Bunga kembang di puncak gunung.

 Sebelum menginginkan sesuatu yang mustahil,


ketahuilah tahap kemampuan dan kebolehan
diri kita dulu.
4. Pokok terap tumbuh di bukit,
Belat berbanjar panjang ke hulu;
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.
 Mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
5. Limau Bentan di tepi tingkap,
Budak-budak melempar burung;
Harimau di hutan lagi kutangkap,
Kononlah pula cicak mengkarung.

 Sikap seseorang yang sombong dengan


kebolehan diri serta memandang rendah terhadap
orang lain.
6. Air surut memungut bayam,
Sayur diisi ke dalam kantung;
Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Jangan suka membesar-besarkan


kejayaan yang tidak seberapa.
7. Anak punai anak merbah,
Hinggap di tonggak mencari sarang;
Anak sungai lagi berubah,
Inikan pula hati orang.

Pendirian manusia sering berubah


ubah
8. Rotan siput rotan bertingkar,
Anak itik patah kakinya;
Hujan rebut gunung terbakar,
Embun setitik padam apinya.

 Perasaan marah akan segera hilang


dengan adanya nilai kesabaran dalam
diri.
9. Raut bilah pembatang taut,
Kali berada dalam raga;
Tidak sudah seluang melaut,
Akhirnya balik ke tepi juga.

Orang yang akhirnya akan Kembali ke tempat


asalnya semula.
10. Sangkut terendak dekat beranda,
Orang Papua anyam tak sudah;
Jika tidak ada berita,
Masakan tempua bersarang rendah.

Setiap perkara yang berlaku dan diperkatakan


orang tentu ada sebabnya.
11. Bunga geti bergulai temenung,
Di hari raya memakan tapai;
Hajat hatui nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai.

Menginginkan sesuatu yang besar tetapi


tidak mempunyai keupayaan.
12. Suasa bertahil emas berbungkal,
Tetapi intan tiada sesaga;
Kalau kail panjang sejengkal,
Usah lautan hendak diduga.

Jika pengetahuan sedikit, janganlah hendak


melawan orang yang lebih banyak
pengetahuannya.
13. Dang Nila memangku puan,
Berembang buah pedada;
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipskan lada

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil


yang belum lagi diperoleh.
14. Hari hujan puyuh mendengut,
Mendengut mari sepanjang jalan;
Air dalam kapal tak hanyut,
Kononlah pula kemarau panjang.
Jika masih muda sudah malas, apatah lagi setelah
usia tua; sedangkan semasa Makmur tidak senang,
apatah lagi semasa susah.
15. Berilah saya pisau raut,
Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut,
Mengidamkan umpan di kaki gunung.

Seseorang yang inginkan sesuatu di luar


kemampuannya.
16. Laksana gadis Menteri Bogor,
Bijak membilang ayam betina;
Nyawa menangis di pintu kubur,
Hendak pulang ke dalam dunia.

Orang yang melakukan dosa tetapi sudah terlambat untuk


bertaubat.
17. Hilir berderap mudik berderap,
Patah galah haluan perahu;
Sungguh laksana bunga dedap,
Cantik merah tidak berbau.
Seseorang yang mempunyai rupa paras yang elok
tetapi tidak berbudi bahasa.
TEMA
Sindiran terhadap segelintir anggota masyarakat
yang mengamalkan sikap negatif sehingga boleh
menjejaskan kehidupan diri sendiri dan orang lain.
PERSOALAN

1. Sikap 3. Sikap manusia


2. Sifat segelintir 4. Kecantikan diri
membazir manusia yang yang terlalu tidak berharga jika
tidak mengharapkan mengharapkan tidak berbudi
digalakkan sesuatu di luar sesuatu yang bahasa.
untuk kemampuan diri. belum pasti
diamalkan hasilnya.
dalam
kalangan
masyarakat.
Gaya Bahasa Contoh
Sinkope (Menggugurkan satu
atau lebih huruf atau suku kata • Kilat memancar hujan tak lalu;
dari tengah-tengah kata itu)

Simile (Perumpamaan) • Macam melukut di tepi gantang;

• Jangan diikuti resmi ayam, Bertelur


Peribahasa
sebiji riuh sekampung

• Ikan busuk jangan dibuang;


Inversi (Penyongsangan)
• Gila apakah ikan di laut.
Nilai & Pengajaran ㅤㅤ
• Kita mestilah mengelakkan diri daripada
Berjimat cermat melakukan pembaziran.

• Kita mestilah banyak bersabar untuk memadamkan


Kesabaran kemarahan dalam diri.

• Kita haruslah insaf dan bertaubat setelah


Keinsafan melakukan dosa.

• Kita hendaklah bersikap merendah diri apabila


Merendah diri merantau ke tempat orang.
Sekian,
Terima
kasih

Stream Portals

Anda mungkin juga menyukai