Anda di halaman 1dari 17

PKP 3116: Sistem Bahasa Melayu Kata Tugas

AHLI KUMPULAN: Aeronica Sarabatin Fadzianah Suparman Maslina Messang Mohd Affendi Muadi Mohd Norsabrin Sabli

Golongan Kata: Kata Tugas Kata hubung ayat Kata praklausa Kata prafrasa Kata pascakata

Kata prafrasa
Kata yang hadir sebelum kelompok kata, rangkai kata (selain ungkapan atau kata majmuk).

Kata prafrasa
Kata Bantu Kata Nafi Kata Penguat Kata Pemeri Kata Penegas Kata Sendi Nama

Kata Arah

Kata Bilangan

Kata Bantu
Kata bantu tidak mempunyai fungsi dan makna yang tersendiri.

Kata bantu tidak menerima kata daripada golongan lain untuk membentuk
kumpulan tertutup. Kata bantu tidak berimbuhan dan tidak mengubah golongan kata. Kata bantu tidak diikuti oleh objek (KN). Kata bantu hanya digunakan untuk menggabungkannya dengan kata lain. Kata bantu terbahagi dua, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

Kata Bantu Aspek

Kata Bantu Ragam

Kata Bantu Aspek & Ragam

Kata Bantu Aspek


Kata yang menunjukkan pelbagai suasana perbezaan masa, iaitu: > Keadaan yang telah berlaku: sudah, telah, pernah > Keadaan yang sedang berlaku: sedang, masih, tengah > Keadaan yang belum berlaku: belum, akan * Orang itu telah mengetahui bahawa peria itu pahit. * Dia masih ingat akan kekasih lama. * Saya tidak muda lagi, tetapi saya belum tua.

Kata Bantu Ragam


Kata yang menyatakan pelbagai ragam tingkah laku, cara dan olah.
> menunjukkan kehendak: mahu, hendak, ingin > menunjukkan keupayaan: boleh, dapat, bisa > menunjukkan kebarangkalian: kemungkinan, mungkin, barangkali > menunjukkan kemestian: mesti, wajib, harus, perlu, pasti, patut, tentu, memang * Suaminya hendak berkahwin lagi * Mahasiswa boleh pergi ke bulan * Orang itu mungkin sembuh daripada penyakit * Kita patut bersyukur kepada Tuhan

Kata Bantu Aspek & Kata Bantu Ragam


Kata bantu aspek (masa perbuatan) dan kata bantu ragam (perasaan yang berkait dengan perbuatan) boleh digunakan bersama-sama dalam satu ayat. > Buah mempelam itu mesti akan masak pada akhir bulan ini. > Jandanya itu harus sudah berkahwin. > Permaisuri sedang hendak bersiram. > Mahasiswa itu belum boleh berjalan. > Mahasiswi itu belum mahu berkenalan.

Kata Penguat
Kata penguat menjadi penanda KAdj. Fungsinya memberi penekanan maksud KAdj.
Kata penguat hadapan: agak, begitu, demikian, kurang, lebih, paling, terlalu, cukup Penguat belakang: benar, betul, nian, sekali. Penguat bebas: amat, sangat, sungguh. Kata penguat boleh digunakan pada KKJ yang berfungsi sebagai KAdj: sangat bersedih, amat berjimat Kata penguat bebas sahaja yang diizinkan hadir dengan penguat belakang: sangat indah nian, sungguh cantik sekali Contoh lain: begitu ceria, degil betul, sungguh gembira, demikian sulit, hebat sekali, malu amat, indah nian

Kata Penegas
Kata penegas menekankan bahagian tertentu dalam ayat. Maknanya dapat dipastikan dengan jelas setelah digunakan dalam ayat. Kata penegas terbahagi dua.

1. Kata partikel penegas FPred: kah, tah, lah

2. Kata akar penegas FN: juga, jua, sahaja, saja, pun, lagi, hanya, memang, cuma, yang.
* Yang tersenyum itulah buah hatiku * Alangkah bertuahnya orang itu * Hanya engkau yang aku cinta * Dia pun akan ke sana juga

Kata Nafi
Kata yang menjadi unsur nafi frasa predikat.
Penafian FKJ dan FAdj: tidak Penafian dua perkara yang bertentangan: entah Penafian FN dan FSN: bukan, tiada. Penafian ayat perintah: jangan Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum FKJ jika faktanya bertentangan

* tiada ibu dan bapa * tidak berkenan * entah ya entah tidak

* bukan saudaranya * tidak sopan * jangan masuk

* Mahasiswa itu bukan hendak berkahwin tetapi main-main sahaja.

Kata Pemeri
Kata yang menerangkan hal (perkara atau peristiwa) atau perangkai antara subjek dengan frasa utama predikat, dan bersifat pilihan. Kata pemeri dapat dibahagikan kepada dua,
Pemerian secara persamaan: ialah, dan pemerian secara huraian: adalah

> Raja Ali Haji ialah pengarang Tuhfat Al-Nafis > Yang dikatakan itu adalah benar > adalah dimaklumkan(tidak gramatis) > Orang itu adalah tidak pandai (tidak gramatis)

Kata Sendi Nama


KSN ialah kata yang hadir di hadapan FN. KSN memerlukan FN untuk membentuk FSN supaya dapat berfungsi sebagai predikat. Fungsinya untuk merangkaikan FN dengan kata atau frasa lain. Fungsinya itu berbeza berdasarkan konteks penggunaannya yang khusus.
- Di - Pada - Ke - Kepada - Dari - daripada - bagi - demi - sejak - dalam - dalam - sebagai - sebelum - oleh - akan - dengan - hingga - seperti - tentang - sepanjang - selama - selain - terhadap

Kata Arah
Untuk memberitahukan tempat sesuatu itu berada, iaitu hala atau jurusan. Oleh itu, kata arah ialah jenis KN yang tergolong dalam kata tugas. Contoh kata arah: atas, tengah, timur, sisi, selatan, sudut, utara, barat, tepi, sebelah, hadapan, dalam, antara, penjuru, bawah, segi, utara, samping * Masalah itu dikaji dari sudut sosiologi. * Rumahnya terletak di antara kebun ubi dengan kebun durian. * Pasir roboh di tepi kali. * Di penjuru matamu kulihat bulan.

Kata Bilangan
Kata yang membawa maksud bilangan atau kuantiti. Oleh itu, kata bilangan ialah jenis KN yang tergolong dalam kata tugas. Kata bilangan terbahagi kepada enam jenis, iaitu: Bilangan tentu: satu, tiga, lima, enam puluh satu Bilangan tidak tentu: masing-masing, segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikit Bilangan pisahan: setiap, tiap-tiap, masing-masing Bilangan pecahan: separuh, setengah, tiga suku, satu pedua, seperempat, suku Bilangan himpunan: berjuta-juta, berguni-guni, berabad-abad, kedua-dua, ratusan, jutaan Bilangan tingkat atau ordinal: pertama, kedua, ketiga, keenam

Kata bilangan tidak tentu sudah mendukung maksud jamak. Oleh itu, KN yang diterangkannya tidak perlu digandakan lagi. Kata bilangan tentu boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contoh penggunaan kata bilangan: * Sesetengah mahasiswa tidak prihatin tentang politik semasa * Isterinya telah menunggu di situ lebih tiga suku jam * masing-masing tidak mahu mengalah * Ribuan penonton telah membanjiri Stadium Bukit Jalil * Lima buah rumah telah dirobohkan oleh pihak berkuasa Dewan Bandar Raya semalam

Bibliografi
Asraf. (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: SASBADI Mac 2008. Dewan Sastera. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.