Anda di halaman 1dari 21

PENYELIAAN DAN BIMBINGAN

Disampaikan oleh :

Puan Rogayah bt. Hj. Hussin


Timbalan Pendaftar Kanan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
& Pentadbiran
A. MOTIVASI

Sebagai Pengurus
- Penyediaan Rangka Tugas Staf
- Penyediaan SKT
- Beri bimbingan dari segi kerja
- Menyediakan forum untuk berbincang
- Menerima cadangan
B. KOMUNIKASI

I. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN


KOMUNIKASI ?

Perkataan komunikasi berasal daripada


perkataan Yunani “Communicare” yang
bererti menjadikan sesuatu milik bersama.
Ia melibatkan penggunaan deria manusia
iaitu :
- mata
- telinga
- mulut
- hati
- sentuhan
II. ELEMEN YANG PERLU DIAMBILKIRA DALAM
KEBERKESANAN KOMUNIKASI SEBAGAI
PENGURUS :

Penghantar

Enkod
Saluran Mesej

Gangguan

Dekod
Penerima Maklum balas
A. PENGHANTAR

(i) Menghantar/menyalur mesej yang hendak disampaikan


itu jelas

(ii) Meneliti dengan baik mesej yang hendak disampaikan

(iii) Menyatakan apa yang hendak dinyatakan dengan jelas


dan yakin

(iv) Memastikan kepentingan mesej yang hendak


disampaikan

(v) Mendapatkan perhatian penerima

(vi) Menghantar pada waktu yang tepat dan sesuai

(vii) Sensitif kepada maklumbalas pihak lain

(viii) Mengenalpasti gangguan

(ix) Mengurangkan gangguan


(B) MESEJ DAN ENKOD

(i) Mesej dihantar menggunakan perkataan, simbol, syarat


atau bahasa yang dapat menggambarkan makna
mesej.

- memilih perkataan, simbol dan ayat yang tepat

- memberi gambaran jelas pada maksud mesej

- menggunakan bahasa yang difahami oleh penerima

- mengelakkan penggunaan perkataan yang tidak


difahami

- mesej yang hendak dihantar hendaklah ringkas dan


padat sesuai dengan maksud

- mesej juga hendaklah lengkap supaya dapat difahami


dengan jelas gambaran keseluruhannya
(C) SALURAN
Mesej yang dihantar melalui lisan,
bukan lisan, tulisan atau kaedah lain.
Saluran mesej dipilih dengan sebaik
mungkin.

(D) PENERIMA DAN DEKOD


Mesej yang diterima akan
diterjemahkan dan ditafsirkan oleh
Penerima.
(E) MAKLUMBALAS
Maklumbalas penting dalam
komunikasi kerana dapat membantu
Penghantar melihat ketetapan
mesej apabila sampai kepada
Penerima.

(F) GANGGUAN

Penerimaan oleh Pendengar dan


kefahaman yang berbeza-beza
PERHUBUNGAN INTERPERSONAL

I. TAKRIFAN

Bagaimana anda berinteraksi dan


berkomunikasi dengan seorang yang
lain.

Kemahiran Komunikasi Interpersonal


ialah kebolehan memupuk dan membina
keyakinan
TIGA PENDEKATAN MENYELESAIKAN
MASALAH PERHUBUNGAN
INTERPERSONAL
(i) Menyelesaikannya – mencari jalan
untuk menyelesaikan dan memperbaiki
perhubungan

(ii) Menghadapinya – menempuhinya


walau bagaimana keadaan sekalipun
kerana tiada apa yang boleh dibuat

(iii) Membiarkannya – menghindari orang


berkenaan sekiranya boleh
KONFLIK DALAM PERHUBUNGAN
INTERPERSONAL
(i) TAKRIFAN KONFLIK

- Terdapat pertembungan dan


pertentangan dua yang berbeza
seperti dua peribadi manusia yang
berbeza yang tidak boleh
bekerjasama.
- Jika dibiarkan akan mengakibatkan :

- Pembaziran masa } Menggendalakan


- Kewangan } kemajuan dan
- Tenaga } pembangunan/
- Kesihatan } kelancaran
- Motivasi diri } operasi/aktiviti
CADANGAN LANGKAH YANG DIAMBIL

(i) Berhadapan dengan orang berkenaan dan


menyelesaikannya

(ii) Salah seorang mengalah dan berundur dari


konflik

(iii) Melibatkan orang ketiga yang mempunyai


kuasa
C. KAUNSELING
1. TAKRIFAN

Satu Proses Interaksi bersemuka di


antara Kaunselor (Pengurus) dan klien
yang matlamatnya ke arah melahirkan
insan yang akan kenal diri, masalah
kehidupannya dan cuba mengatasi
dengan menggunakan kemampuan
yang ada pada dirinya.
ATAU

Satu proses interaksi antara dua


individu yang hampir sama tetapi
dibezakan oleh kemahiran/kepakaran
dan masalah.
A. PENDEKATAN
Empat pendekatan yang biasa digunakan
dalam proses kaunseling

(i) PERKEMBANGAN

Memberikan maklumat mengenai


sumber dan kekuatan seseorang
supaya ia mempunyai azam dan usaha
kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat
positif.
(ii) INTERVENSI

Mengubah dan membuka pemikiran,


perasaan dan tingkah laku seseorang
yang bermasalah supaya menerokai,
memulih dan mempertingkatkan
keyakinan diri

(iii) PENCEGAHAN
Mengadakan program-program
pencegahan ke atas perlakuan dan
sifat yang negatif darisegi emosi dan
pemikirannya.
(iv) PEMULIHAN

Penekanan adalah kepada isu-isu


permasalahan peribadi, mentaliti,
kerjaya dan penyesuaian diri agar
seseorang dapat berfungsi
sepenuhnya.
JENIS KAUNSELING INDIVIDU

Di dalam Organisasi, ada 3 jenis kaunseling:

(i) KAUNSELING KERJAYA

Kaunseling kerjaya membantu individu


ke arah perkembagan kerjaya.

(ii) KAUNSELING PERIBADI


Masalah peribadi termasuk masalah
harian, keluarga, anak-anak dan
persekitaran.
JENIS KAUNSELING INDIVIDU

(iii) KAUNSELING TEMPAT KERJA

Merujuk kepada permasalahan yang


timbul akibat daripada faktor-faktor
tempat kerja .

Kebiasaannya menjurus kepada masalah


tekanan motivasi, hubungan rakan
sekerja, pegawai atasan dan bebanan
tugas.
Selamat Maju Jaya

Anda mungkin juga menyukai