Anda di halaman 1dari 22

Teori Kaunseling

Imam Al- Ghazali


Riwayat Hidup
 Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan
dengan 1058 Masihi di at-Taabiran/Ghazalah di bandar
Tus, Khurasan (Iran).
 Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad bin
Muhammad bin Muhammad bin Ahmad AlGhazali.
 Beliau digelar "Al-Ghazali" bersempena dengan gelaran
bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing
(al-Ghazzal). Ada yang mengatakan mengambil sempena
kampung kelahirannya, Ghazalah.
 Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya
merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak. Bapanya
mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat
anaknya menjadi orang alim dan soleh.
 Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli
fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka
hingga kini.
 Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14

Jamadilakhir tahun 505 Hijrah (1111M) di Tus


dan jenazahnya dikebumikan di tempat
kelahirannya.
Peribadi

 Imam Al-Ghazali mempunyai daya hafalan dan


ingatan yang kuat dan bijak berhujah.
 Beliau menguasai berbagai-bagai bidang ilmu
pengetahuan.
 Imam Al-Ghazali sangat mencintai ilmu
pengetahuan.
 Beliau juga sanggup meninggalkan segala
kemewahan hidup untuk bermusafir demi untuk
mencari dan menuntut ilmu pengetahuan.
 Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah
mengharumkan nama ulama Islam di Eropah melalui
hasil-hasil karyanya yang bermutu tinggi.
Pendidikan
 Pada peringkat awalnya beliau mendapat
pendidikan secara percuma kerana keluarganya
miskin.
 Beliau mempelajari ilmu fikah pada waktu itu.
 Beliau seterusnya mempelajari tauhid, mantiq,
usul fikah dan falsafah serta menyelidik dan
mengkaji segala pendapat empat mazhab
hingga mahir dalam bidang-bidang tersebut.
 Selepas itu beliau menyambung pelajarannya
dengan seorang guru yang bernama Ahmad
AlRazkani, kemudian berguru pula dengan Abu
Nasr Al-Ismail di Jorjan.
 d.Oleh sebab Al-Imam Al-Ghazali memiliki
ketinggian ilmu beliau telah dilantik
 menjadi mahaguru di Madrasah Nizamiah di
Baghdad.
 e.Beliau juga telah mengembara ke beberapa tempat
seperti Makkah, Madinah, Mesir dan Jerusalem
 untuk mendalami ilmu falsafah yang dipelajarinya.
 f.Sewaktu dalam pengembaraan, beliau telah
menulis kitab "Ihya Ulumiddin" yang memberi
 sumbangan yang besar kepada masyarakat dan
pemikiran Islam dalam semua masalah yang mana
 masih menjadi rujukan pada masa kini.
Sumbangan
 Beberapa hasil karya Imam Al-Ghazali telah
diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa
Eropah untuk dijadikan rujukan kepada penuntut-
penuntut di pusat-pusat pengajian tinggi.
 Hasil karya beliau yang terkenal ialah Ihya
Ulumuddin yang merangkumi ilmu akidah, fikah,
falsafah, akhlak dan tasawuf.
 Segala hasil-hasil tulisan beliau telah
mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti
Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd
dan Syah Waliyullah.
 Kebanyakkan hasil-hasil karya Imam Al-Ghazali
berbentuk falsafah. Oleh hal yang demikian
pengkaji-pengkaji Barat menganggap, Imam Al-
Ghazali adalah seorang ahli falsafah. Antara
 Karya beliau yang lain termasuklah:

i. Ihya Ulumiddin. ii. Al-Munqiz Min ad-Dalal


iii. Mizanul-amal. iii.Tahafut al-Falasifah
iv. Hidayah Al-Salikin v.Jawahir Al-Quran.
vi. Minhaj al-Abidin vii. Asma Allah al-Husna
viii. Ayyuha al-Walad I x. Kimia as-Sa’ada
Pandangan Terhadap Manusia
 Al-Ghazali berpandangan bahawa manusia
bersifat kompleks, kebendaan, sayangkan
dunia serta sukakan kecantikan.
 Selain itu, manusia dilihat daripada 3 sifat

iaitu kemalaikatan, kehaiwanan dan


kesyaitanan.
 Sifat kesyaitanan akan membawa manusia

ke lembah maksiat. Manakala sifat


kehaiwanan pula menunjukkan fungsi
haiwan hidup untuk makan, tidur dan
sebagainya.
 Sifat kemalaikatan pula adalah apabila
manusia berjaya menentang sifat kesyaitanan
yang akan menyebabkan manusia tunduk dan
sujud kepada perintah Allah swt (Roslee &
Mohamad Sharif, 2003: 4
 Konsep kepuasan diri bagi manusia menurut

al-Ghazali akan selesai apabila manusia


mencapai aktualitasi kendiri dengan merasai
kemanisan dalam keimanan.
 Apabila iman telah menguasai diri, manusia
akan dapat mengawal setiap tindakan agar
tidak terpesong ke arah perbuatan-perbuatan
yang tidak sepatutnya.
 Aspek kerohanian manusia mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap kehidupan
manusia.
 Malahan teori ini juga mengandaikan bahawa
jika kerohanian manusia tinggi, maka individu
tersebut akan terangsang secara dalaman untuk
melaksanakan perbuatan baik dan secara tidak
langsung manusia akan mencapai kepuasan diri
(Tengku Elmi Azrlina & Shazarina, 2015: 5)
UNSUR-UNSUR MANUSIA MELALUI PANDANGAN IMAM
AL-GHAZALI

ROH (AR-RUH)

 Imam al-Ghazali dalam karya agungnya Ihya


‘Ulumuddin telah membezakan di antara
roh dengan jasad.
 Roh adalah nyawa yang menghidupkan

manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan


dan ia wujud dengan sendirinya, manakala
jasad bergantung kepada roh untuk
mewujudkan hakikat makhluk itu.
 Menurut Imam Al-Ghazali, roh manusia
mempunyai tiga unsur yang membezakannya
dengan roh makhluk-makhluk lain iaitu hati
(al-Qalb), nafsu (al-Nafs) dan akal (al-‘Aql).
Qalbun (Hati)
 Dari segi fizikal, ia merupakan seketul darah
beku (jantung) yang terletak di sebelah kiri
dada yang menjadi pusat pertemuan saraf dari
seluruh badan.
 Ia merupakan satu organ yang amat penting
yang mengumpul dan menyebarkan darah ke
seluruh badan. Ia menjadi sumber nyawa atau
kehidupan manusia.
 Dari segi rohaninya, ia merupakan satu gejala
yang lembut, halus (latifah) dan bersifat
ketuhanan.
 Hati sebagai sesuatu yang lembut adalah
hakikat manusia yang dapat memahami,
berilmu dan mengenal penciptanya, iaitu
manusia yang menjadi sasaran perintah dan
larangan Allah s.w.t, yang diseksa, dicela dan
dituntut atau diminta bertanggungjawab
terhadap amal perbuatannya
An- Nafs (Nafsu)

 Pertama: al-Nafs ialah sesuatu yang abstrak yang merangkumi


daya marah dan nafsu syahwat pada manusia. Bagi ahli
tasawwuf, al-Nafs (nafsu) merupakan sifat-sifat tercela yang
ada pada manusia sehingga mereka mengatakan bahawa tidak
dapat tidak nafsu mestilah dilawan dan diperangi.

 Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :


“Musuhmu yang terbesar ialah nafsumu yang berada di antara
dua lambungmu”

Kedua: Yang bersifat halus (latifah) iaitu hakiki pada manusia


atau diri manusia dan zatnya. Apabila ia tenang disebabkan
penentangan terhadap nafsu syahwat ia disebut al-Nafs al-
Muthmainnah (diri atau jiwa yang tenang). Firman Allah s.w.t
dalam surah Al-Fajr ayat 27-28 :
Al- Aql (Akal)

 Dari segi fizikalnya, ia merupakan otak. Struktur


biologikalnya sama di antara manusia dengan
haiwan tetapi kuantitinya sahaja berbeza.
 Dari segi kerohanian pula, akal merupakan satu
keupayaan untuk menggarap ilmu pengetahuan
tentang hakikat segala hal.
 Ia mempunyai daya kekuatan untuk menimbang
sesuatu itu, sama ada kebaikan atau keburukan
dan melaksanakan titah perintah hati (al-Qalb)
sama ada untuk tujuan kebaikan atau kejahatan.
Peringkat Perkembangan Manusia

Peringkat 1:Kanak-kanak berumur 2 hingga 6


tahun.
 Menurut Imam al-Ghazali, pada peringkat ini

kanak-kanak mempunyai perasaan suka


didampingi oleh orang-orang yang terdekat
atau paling hampir dengan mereka.
 Pada peringkat ini juga kanak-kanak hanya

dapat memahami konsep ketuhanan


berdasarkan gambaran fizikal sahaja iaitu
dalam bentuk objek dan lukisan
 Disamping itu konsep kebesaran tuhan, nilai-
nilai murni dan adab sopan juga senang
difahami dan dihayati pada peringkat kanak-
kanak ini.
 Oleh kerana itu menurut Abdullah Nasih

Ulwan (2005), memberi panduan agar kanak-


kanak pada usia ini dididik dengan cinta Allah
dan cinta nabi serta ditanam dengan akhlak-
akhlak yang terpuji.
Peringkat 2: Akhir kanak-kanak berumur 7 hingga 12
tahun.

 Pada peringkat ini kesediaan rohani kanak-kanak mula


mantap dan lebih matang.
 Pendidikan agama dan moral boleh dipelajari secara
formal serta penghayatan dan pemahaman terhadap
rukun Islam dan rukun iman dapat diamalkan dan
dihayati dengan lebih baik.
 Menurut Imam al-Ghazali kanak-kanak perlu diajar
dengan amalan-amalan seperti ibadah wajib dan sunat,
mengajarkannya tentang perkara baik dan buruk.
 Justeru itu, peringkat ini adalah masa yang terbaik
untuk proses pengajaran dan pembelajaran,
pembentukkan akhlak dan sebagainya.
Peringkat 3: Peringkat awal remaja iaitu berumur 12
hingga 15 tahun.

 Menurut Imam al-Ghazali, Pada peringkat ini manusia


sudah mula memahami konsep ketuhanan, makna dosa
dan pahala secara lebih konseptual.
 Pada peringkat ini juga, manusia mula mencari kepuasan
kerohanian dan mula menerapkan amalan-amalan
keagamaan dalam menghadapi cabaran dan ujian
kehidupan.
 Di samping itu, rakan karib dan persekitaran merupakan
elemen penting dalam proses perkembangan pada tahap
ini.
 Pada peringkat inilah memerlukan pengawasan dan
perhatian yang sepenuhnya daripada ibu bapa kepada
anak-anak dalam membimbing dan membentuk akhlak
yang baik agar tidak terjerumus dengan tingkah laku
yang negatif (Tengku Asmadi, 2008).
Peringkat terakhir: Peringkat keremajaan
(16 Tahun ke atas)

 Pada peringkat ini seseorang itu mula mempunyai


kefahaman dan pegangan yang kuat pada agama.
 Manusia mula mengenali tuhan, dosa dan pahala
serta hari pembalasan.
 Manusia juga akan mula mempersoalkan tentang
aspek kerohanian secara logik dan mula
memikirkan kewujudan tuhan dan sifat-sifat
ketuhanan yang abstrak.
 Pada peringkat ini, manusia kadang kala berlaku
perasaan ragu, gelisah dn curiga terhadap perkara
yang berkaitan dengan amalan kerohanian.

Anda mungkin juga menyukai