Anda di halaman 1dari 26

TUTORIAL PSS 3112 : PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

MINGGU 9 : MENGAITKAN SOSIALISASI DAN MODAL INSAN POSITIF


OLEH : Mohamad Azrin Bin Rusdan Muhammad Hafiz Bin Hassan

SOSIALISASI

Sosialisasi merujuk kepada proses belajar seseorang individu menghayati dan mengenal nilai serta norma masyarakat yang akan membentuk pelakuan dan tingkah laku yang diingini oleh masyarakat tersebut (Khairul Maddy, 2007). Dalam konteks ekonomi sosialisasi bermaksud mengubah milik perseorangan menjadi milik umum (negara).

MODAL MANUSIA POSITIF

Modal

manusia positif dapat didefinisikan sebagai satu set kemahiran yang diperlukan oleh seorang pekerja dalam sesuatu pekerjaan di mana melalui latihan dan pengalaman yang akan meningkatkan nilai mereka di pasaran kerja.

Satu

pengukuran nilai ekonomi yang memperlihatkan set kebolehan pekerja. Selain itu modal manusia juga ditakrifkan sebagai aset tenaga yang sungguh penting dan bermakna dalam kegiatan ekonomi dan pembangunan negara.

Dengan

dapat dikaitkan bagaimana individu memainkan perana dalam menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Dikatakan proses sosialisasi adalah sangat penting bagi meningkat pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.

ini

SOSIALISASI DAN MODAL MANUSIA POSITIF

Secara

ringkasnya seseorang invidu menjadi modal manusia positif semasa menjalankan proses sosialiasasi khusus dalam bidang ekonomi. Dalam menjalani proses sosialisasi yang optimum terhadap enam komponen yang bergerak seiring.

Komponen

tersebut adalah : Modal Intelektual Modal Emosional Modal Sosial Modal Ketabahan Modal Moral Modal Kesihatan

MODAL INTELEKTUAL

Modal Intelektual adalah peringkat yang diperlukan untuk mengenalpasti peluang dan mengelola ancaman dalam kehidupan. Mempunyai peranan yang sangat besar dalam menambah nila sesuatu kegiatan. Contohnya mengenalpasti teknik atau atau sektor pengeluaran yang lebih memberikan keuntungan.

Memerlukan

seseorang sentiasa menambah ilmu pengetahuan. Hal ini kerana mereka yang memiliki IQ yang tinggi akan memiliki kemampuan untuk mencari penyelesaian yang logik atau sesuai dalam menyelesaikan permasalahan kehidupan.

MODAL EMOSIONAL
Goldman

menggunakan istilah Emotional Inteligence (EQ) untuk menggambarkan kemampuan manusia dalam mengenal dan menguruskan emosi diri sendiri serta memahami emosi orang lain agar dapat membuat tindakan yang sesuai sewaktu berinteraksi.

Modal

Emosional memiliki sikap postif yang tinggi dalam kehidupan. Pekerja yang memilik modal emosional mampu melihat sesuatu perkara dalam bentuk positif walaupun orang lain memberikan tanggapan yang negatif terhadap perkara tersebut.

Sekalipun

mengalami kerugian pekerja yang mempunyai modal emosional yang baik tidak akan berputus asa malah mencari penyelesaian kepada kerugian yang telah dialami.

MODAL SOSIAL
Modal

sosial dapat dikategorikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah jaringan hubungan sosial antara masyarakat manakala bahagian yang kedua berfokus kepada diri individu yang terlibat dalam sebuah interaksi sosial,.

Modal sosial dapat merujuk kepada kemampuan individu untuk berkerja dalam satu kelompok atau organisasi untuk mencapai tujuan yang sama. Organisasi pula adalah kumpulan sejumlah manusia yang berkerjasama untuk mencapai tujuan organisasi. Dalam konteks ekonomi, di mana sejumlah pekerja bekerjasama untuk meningkatkan produktiviti sesebuah firma dan seterusnya meningkatkan pendapatan firma tersebut.

MODAL KETABAHAN

Modal ini adalah diperlukan dalam kehidupan. Tidak kiralah kehidupan peribadi atau sebuah organisasi. Modal ini diperlukan untuk menghadap sebarang masalah atau kesulitan. Menurut Paul G. Stolz (1997) beliau membezakan peringkat ketabahan manusia dalam tiga peringkat.

Peringkat yang pertama adalah individu yang menghadapi masalah tetapi memilih untuk melarikan diri daripada menyelesaikan masalah tersebut. Individu yang seperti ini adalah tidak afektif dan kurang menyumbang kepada perkembangan sesebuah organisasi. Peringkat yang kedua adalah individu yang berusaha untuk mengatasi masalah tetapi tidak memberikan komitmen sepenuhnya. Individu ini juga berkemungkinan menyerah kalah sekiranya masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan.

Peringkat yang ketiga adalah individu yang memilik ketabahan yang tinggi dalam menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi. Individu seperti ini adalah individu yang produktif dalam sesebuah organisasi. Dalam konteks ekonomi apabila sesebuah firma yang mengalami kesulitan yang berat, para pekerja bersedia untuk berubah bagi mengatasi masalah tersebut secara positif.

MODAL MORAL

Modal Moral merujuk kepada sejauh mana perusahaan berpegang kepada satu etika atau prinsip peniagaan yang telah menjadi matlamat atau visi kepada sesebuah organisasi. Selain itu, sebagai penyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi seorang pekerja juga perlu mempunyai moral yang baik dan sepatutnya dalam bekerja.

Empat komponen Modal Moral yang membuatkan seseorang memiliki kecerdasan moral yang tinggi adalah :

Integriti Bertanggungjawab Penyayang Pemaaf

Untuk menjadi seorang pekerja yang mempunyai produktiviti yang tinggi kesemua komponen moral ini haruslah menjadi amalan sewaktu berkerja.

MODAL KESIHATAN

Kesihatan adalah indikator pengukuran dalam mengenalpasti prestasi tingkat kerja seseorang individu. Badan yang sihat minda cergas ini boleh meningkatkan daya produktiviti seseorang pekerja. Jika seseorang itu jatuh sakit ia akan melibatkan kos yang tunggu khususnya untuk kos rawatan dan ubatan.

Secara tidak langsung kesihatan mempengaruhi aktiviti pengeluaran. Pekerja yang sakit mempunyai daya pengeluaran yang rendah berbanding dengan pekerja yang sihat. Oleh yang demikian kesihatan adalah aspek yang penting dalam meningkatkan produktiviti sesebuag firma.

KESIMPULAN

Kesemua komponen modal manusia positif haruslah dipenuhi oleh individu bagi meningkatkan nilai mereka dalam pasaran kerja. Apabila nilai mereka meningkat mereka secara tidak langsung mampu menjalani proses sosialiasasi yang menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.