Anda di halaman 1dari 65

Click to add text

BAB 3: PRODUK PERBANKAN ISLAM

ISU-ISU KONTEMPORARI
DALAM FIQH
MUAMALAT(DSM2093)
Sayyidina ‘Umar r.a telah mengingatkan:

“ Jangan seseorang kamu berjual-beli di pasar kami, kecuali ia telah


mendalami ilmu (hukum)
agama tentangnya”.
(Imam Tardmizi)
KONTRAK-KONTRAK
DALAM MUAMALAT
Tafwid/Itlaq Hifz Isqatat
Tawthiq (Simpanan)
Tamlikat (Jaminan (Serahan) (Pelepasa
(Pemilikan) Ishtirak )
(Perkongsi n)
an) -Wadi’ah
-Wakalah
-Rahn
Mu’awadat -Kafalah -Ibra’
(Pertukaran) Tabarru’at
-Muqassah
(Charity) -Musyarakah
-Mudharabah
Bai’
Ijarah (Sewaan) (Jual
beli)
-Qard
Hassan
(Pinjaman
-Aset Ketara tanpa
-Murabahah faedah)
-Aset Tidak -Salam
Ketara -Hibah
-Istisna’ (Hadiah)
-Inah -Waqf
-Sarf (Wakaf)
-Tawarruq
JUAL BELI DALAM ISLAM
Definisi:
-Menukar pemilikan harta dengan harta yang lain bagi memiliki dan
dimiliki atas dasar kekal.
-Bahasa: menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain
-Istilah syara’: jual beli ialah menukar harta atau benda yang
mempunyai nilai mengikt cara-cara tertentu yang diharuskan oleh
syara’ dengan lafaz ijab dan qabul.
DALIL JUAL BELI

“Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka
tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah”.
(Al-Baqarah:16)

“…..Allah telah menghalalkan jual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba”.


(Al-Baqarah:275)

“Dan bersaksilah apabila kamu berjual-beli antara satu sama lain”.


(Al-Baqarah:275)
HUKUM JUAL-BELI
Hukum asal adalah harus (Al-Baqarah:275)
Jual-beli hukumnya akan berubah mengikut keadaan:
1) wajib: ketika sangat memerlukan barangan keperluan asasi
2) Sunat: jualan barangan keperluan harian
3) Makruh: menjual barangan setelah berkumandang azan yang
pertama pada hari Jumaat
4) Haram: jual beli dilaksanakan setelah berkumandangnya azan yang
ke dua pada hari Jumaat.
Jual bel terhadap benda-benda yang menjadi najis dan haram dari
segi syara’ (arak dan bangkai).
RUKUN JUAL BELI
1)
DALAM ISLAM
Penjual

-sempurna akal fikiran, baligh, rushd, tidak muflis dan tidak safih

- Jual beli secara sukarela dan merdeka

2) Pembeli

-sempurna akal fikiran, baligh, rushd, tidak muflis dan tidak safih

- Jual beli secara sukarela dan merdeka

3) Barang

-barang mestilah wujud

-dimiliki secara sah oleh penjual atau pihak yang berkontrak

-barang tersebut boleh diserahkan kepada pembeli pada masa yang ditetapkan

-barang mestilah bersih dari segi syara’

-barang terdiri daripada barang yang mendatangkan faedah dan bermanfaat

-penjual dan pembeli mesti tahu jenis, kadar dan sifat barangan jualan.

3) Harga

-penipuan harga barangan dilarang oleh Islam


-jelas pengertian
-penerimaan bersesuaian dengan tawaran
-penerimaan dituruti daripada tawaran
-pihak yang berakad bersungguh dan memahami kontrak
CARA IJAB DAN QABUL
Dilakukan secara lisan
Dilakukan secara bertulis
Dilakukan melalui pesanan melalui wakil yang dipercayai
Dilakukan melalui isyarat dan gerakan tangan terutamanya jika orang
yang membuat ijab itu bisu dan tuli atau penerima tidak faham
bahawa seseorang membuat tawaran.
Ijab dan qabul boleh dibuat secara perbuatan
ISU DALAM AKAD
Pelanggan atau pihak yang berakad kebanyakannya tidak membaca
kontrak yang ditanda tangani dan tidak menyoal jika terdapat klausa
yang tidak difahami, hatta melibatkan satu-satu perkataan.
Gharar (ketidakjelasan) di dalam akad yang termeterai
RIBA’
Definisi:
Bahasa: pertambahan (ziyadah) atau pertambahan (idafah) kepada
sesuatu
-pertambahan dan perkembangan dalam harta melebihi modal asal.
Istilah syara’: akad dan perjanjian tambahan bagi sesuatu pertukaran
barang atau nilai tertentu dengan sebab tangguh sama ada tidak
diketahui persamaannya dari segi syara’ ketika akad atau diketahui
persamaannya waktu akad dan sama ada menangguhkan kedua
tukaran itu atau salah satu darinya.
Riba’ dalam istilah syara’ merangkumi 3 aspek berikut:
1) Bayaran lebihan dari wang asal berdasarkan perjanjian yang telah
termeteraidari awal.
2) Kontrak ke atas pertukaran barangan tertentu yang tidak diketahui
nilai persamaannya dalam bentuk timbangan ataupun sukatan yang
diakui syara’
3) Pertangguhan yang berlaku bagi salah satu barangan yang ditukar
atau diperdagangkan bagi pertukaran matawang dan barang ribawi
Imam al-Nawawi dalam kitab Majmu’:
“ Telah disepakati oleh semua ulama’ islam tentang pengharaman riba’
dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga
riba’ diharamkan oleh semua agama, antara yang berpendapat
sedemikian ialah Imam al-Mawardi”.
JENIS-JENIS RIBA’
Riba’ terbahagi kepada 2 iaitu:
a) Riba’ al-buyu’
- Jual beli yang tidak sama timbangan atau sukatan atau semasa
penyerahan barang-barang tertentu atau mata wang pada ketika
berjual beli atau secara tukar-menukar, bahan atau barangn tsbt
yang sama sejenis (bahan ribawi).
b) Riba’ al-duyun (hutang-piutang)
- Berlaku apabila adanya lebihan yang disyaratkan atau dijanjikan
untuk diberi kpd penghutang.
“ Emas dgn emas, perak dgn perak, barli dgn barli, tamar dgn tamar,
garam dgn garam, serupa dgn serupa, unjuk-berunjuk (scr tunai),
sesiapa juga yg membayar lebih atau meminta leih maka dia telah
terlibat dengan riba. Orang yang mengambil dan membayar adaah
sama”.
(Riwayat Muslim, Al-Tirmidhi, Al-Nasai)
BAHAN RIBAWI
Terdiri drpd 2 kelompok:
A Emas dan perak Mata Wang
B Gandum, Barli, Kurma, Garam Bahan Makanan Asas

Mata Wang: ulama’ tlh khususkan emas dan perak dlm apa saja bntk
dan bhn lain yg diterima pakai sbg wang
Bahan Makanan Asas: ulama’ telah kiaskan bhn makanan spt dlm
hadis td kpd semua jenis makanan asas yg lain.
RIBA’ AL-BUYU’ (JUAL
BELI)
Riba’ al-fadhl
- Jual beli antr bhn ribawi sama sejenis tetapi tanpa persamaan
timbangan/sukatan yg sama semasa berlakunya jual beli itu
Riba’ al-nasiah
-Berlaku antara bhn ribawi sama jenis tetapi melibatkan penangguhan
bayaran, yakni tanpa penyerahan pada waktu yg sama.
Penyelesaian: penggunaan wang sebagai media atau perantaraan
untuk memudahkan urusniaga.
RIBA’ AL-DUYUN
(HUTANG)
Riba’ Al-Qardh
-hutang/pinjaman yg disyaratkan atau dijanjikan sesuatu
faedah/manfaat untuk kepentingan si pemiutang dan penghutang.
Riba’ Al-Jahiliyyah
-Bayaran lebih dari hutang asal (pokok pinjaman) yg dikenakan ke
atas org yg berhutang sekiranya ia tidak membayar hutang tsbt dalam
tempoh yang ditetapkan. Caj/bayaran lebihan itu atas tambahan
tempoh bayaran hutang.
Cnth: kredit kad
RIBA’
Penurunan ayat Al-Quran tentang pengharaman riba’ dalam bentuk
berperingkat-peringkat
Peringkat pengharaman riba’ dimulakan dengan nasihat secara
negatif, sindiran, larangan sebahagian dan akhirnya dalam bentuk nas
yang terang, tegas dan menyeluruh.
PERINGKAT PERTAMA
Firman Allah:
“Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang
kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta
manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak
mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah
yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah
semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang
yang beroleh pahala berganda-ganda”. (Al-Rum: 39)
PERINGKAT KE DUA
Firman Allah:
“ Dan disebabkan mereka memakan riba’, padahal sesungguhnya
mereka telah dilarang daripadanya, dan kerana mereka memakan
harta orang dengan jalan yang batil, Kami telah menyediakan untuk
orang-orang yang kafir di antara mereka itu seksa yang pedih”.
(Al-Nisa’:161)
PERINGKAT KE TIGA
Firman Allah:

“ Hai orang-orang yang beriman! Jangan kamu makan riba berganda-


ganda dan bertaqwa kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan”.
(Al-Imran:130)
PERINGKAT KE EMPAT
- ayat-ayat yang diturunkan pada peringkat ini adalah urutan ayat Al-
quran dr surah Al-Baqarah ayat 275 sehingga ayat 281.
KEUNTUNGAN VS RIBA
Ada yang beranggapan keuntungan dr jual beli adalah sama dengan
faedah atas pinjaman
Dr sisi agama, keuntungan tidak sama dgn riba’
Al-Baqarah:275
KEUNTUNGAN RIBA’
Matlamat perniagaan Islam tidak mengiktiraf
adalah keuntungan bunga dr hutang
Untung: Harga Jualan >
kos
Wang yg disimpan dan Riba’ adalah konsep
tidak dilabur akan statik. yang mementingkan satu
Jika cukup nisab dan kepentingan sahaja dan
haul, berlaku penyorotan berunsur penindasan
krn 2.5% pmbyrn zakat.
Pembekuan matawang
ditentang Islam.
GHARAR
Definisi gharar:
Bahasa: ketidakpastian/keraguan
Istilah: apa2 yg tdk diketahui kptsn akhir dan risiko mgkin akan
berlaku atau tidak
Jenis gharar: gharar fahish (besar) dan gharar yasir (sedikit)
Hikmah larangan gharar:
-jaga kemaslahatan dan thp keredhaan dua-dua pihak
-boleh menyebabkan pertengkaran dan pergaduhan
CONTOH-CONTOH
GHARAR
M’jual brgn yg blm dimiliki dan sukar didapati oleh p’jual
M’jual brg yg dak diperincikan sewajarnya
M’jual brg dgn harga yg tidak diputuskan scr muktamad
M’jual brgn dgn harga b’gantung pd keadaan
M’jual brgn tanpa p’incian yg dip’lukn bg meengelak p’tikaian
M’jual brgn sambil m’ngikatnya dgn syarat-syarat yg tdk dapat
dipastikan dgn tepat.
Salah satu drpd cabang gharar
Maisir-judi (gambling)
Hukum :haram

Hikmah larangan berjudi


- Mengikuti sunnatullah dlm b’kerja mencari wang-judi bergantung kpd sedekah dan
angan-angan kosong
- Islam menjadikan harta manusia sebagai barang berharga yang dilindungi. Oleh karena
itu tidak boleh diambilnya begitu saja, kecuali dengan cara tukar-menukar sebagai
yang telah disyariatkan, atau dengan jalan hibah dan sedekah. Adapun mengambilnya
dengan jalan judi, adalah termasuk makan harta orang lain dengan cara yang batil.
- Berjudi mewujudkan pertelingkahan-makin berkurang pendapatannya, makin
dimabuk oleh kemenangan sehingga dia beralih dari kemegahan kepada suatu
kesusahan yang mendebarkan.
PERBANKAN ISLAM
Perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam.
Prinsip-prinsip asas: perkongsian risiko antara pihakpihak yang
berurus niaga, jaminan keadilan untuk semua dan urus niaga
berdasarkan aktiviti perniagaan sebenar.
Prinsip-prinsip ini disokong oleh nilai-nilai teras perbankan Islam
yang menggalakkan aktiviti yang memupuk keusahawanan dan
perdagangan yang membawa manfaat kepada pembangunan
kemasyarakatan.
Larangan terhadap sebarang kegiatan yang melibatkan unsur-unsur
faedah (riba), perjudian (maisir) dan urus niaga spekulatif (gharar).
Industri perbankan Islam di Malaysia telah wujud lebih daripada 35
tahun dan semakin berkembang pesat.
KONTRAK WADI’AH
KONTRAK WADIAH
Bahasa: jagaan
Istilah: suatu akad/perjanjian di antara tuan punya barang dengan
pihak yang menyimpan barang tertentu untuk disimpan.
Tujuan penjagaan: satu amanah (menjaga keselamatan) dan
menghalang dr kerosakan, kehilangan,kecurian
Jenis-jenis wadi’ah:
1) Wadi’ah Yad Al-Amanah
2) Wadiah Yad Al-Dhamanah (Jaminan)
RUKUN WADI’AH
1) Tuan punya barang (orang yang memberi amanah)
2) Orang yang diamanahkan
3) Barang yang disimpan
4) Sighah: ijab dan qabul

# wadi’ah adlh akad yg dihalalkan syara’ kecuali trdpt ciri-ciri yg


ditegah syara’.
KONSEP WYA DAN WYD
WYA:
Tanggungjawab menyimpan adalah satu amanah
Tidak boleh digunakan atau dikenakan upah menjaganya
Jika ingin guna/dapat faedah dari barang simpanan mestilah mendapat keizinan tuan
barang
Kerosakan bkn krn kecuaian: tidak wajib bayar/ganti kerana tolong menyimpan dgn
penuh amanah
Kerosakan disebabkan kecuaian: wajib bayar/ganti kerana tanggungjawabnya untuk
menjaga barang tsbt dgn baik
WYD:
Menyimpan barang dgn dikenakan bayaran
Kerosakan barang: wajib bayar/ganti sama ada kerana kecuaiannya sendiri atau tidak
kerana ia telah berubah kpd hukum dhamanah (jaminan)
APLIKASI SEMASA
WADI’AH
Konsep yg diamalkan di bank di Malaysia iaitu amanah dan
dhamanah.
Amanah: penyimpan harta pelanggan dr kehilangan atau kerosakan
Cnth: barang kemas, dokumen-dokumen,sijil-sijil dan barang-barang
berharga.
Dhamanah: penjagaan brg tersebut disertai jaminan
Jika hilang, bank akan menanggung/menggantikannya
Simpanan berbentuk wang: bank meminta keizinan pelanggan untuk
mengambil faedah daripadanya dgn cara yang diterima syara’.
Keuntungan dr harta yg diniagakan menjadi hak bank 100%.
KONTRAK AL-QARDH
Definisi:
Pemberian hutang yang bebas daripada unsur riba. Memberi hak
milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang
tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan
RUKUN AL-QARDH
Sighah : Ijab dan qabul
Pihak yang terlibat: pemiutang dan penghutang
Subjek hutang: harta yang diberikan sebagai hutang.
AKAUN SIMPANAN
DAN AKAUN
SEMASA
Produk: Wadiah Saving Account dan Wadiah Current Account
Wadiah Saving Account
- menggunakan konsep wadiah yad dhamanah
- Pelanggan deposit duit ke dalam bank bagi tujuan jaminan penjagaan
wang dan keselesaan untuk menggunakannya apb diperlukan
- Bank minta kbnrn dr pelanggan untuk menggunakan tabungan mrk
selagi tabungan mereka masih berada di dalam bank.
- Keuntungan yg diperolehi oleh bank menjadi hak bank
- Pihak bank boleh beri sebahagian keuntungan kpd pelanggan sekiranya
ia mahu.
- Bank bekalkan buku bank dan kad ATM
Wadi’ah Current Account
- menggunakan konsep wadiah yad dhamanah
- Pelanggan deposit duit ke dalam bank bagi tujuan jaminan penjagaan wang
dan keselesaan untuk menggunakannya apb diperlukan
- Bank minta kbnrn dr pelanggan untuk menggunakan tabungan mrk selagi
tabungan mereka masih berada di dalam bank.
- Keuntungan yg diperolehi oleh bank menjadi hak bank
- Pihak bank boleh beri sebahagian keuntungan kpd pelanggan sekiranya ia
mahu.
- Bank bekalkan buku cek
- Akaun dimiliki oleh individu, syarikat, badan kerajaan dan entiti-entiti yg
sah dr segi undang-undang negara.
AL-QARDH DEPOSIT
ACCOUNT
Berkuatkuasa akhir Julai 2018 : semua institusi perbankan Islam yang
menggunakan wadiah savin account perlu menukarkannya kepada al-Qard
Savings/Deposit Account.
Aplikasi:
1. Pendeposit ialah pemiutang dan bank adalah penghutang: pelaksanaan
akad al-Qardh.
2. Pendeposit akan meletakkan sejumlah wang dalam akaun simpanan.
3. Bank akan memanfaatkan wang simpanan tersebut untuk dilaburkan
dalam perniagaan.
4. Bank akan menerima hasil keuntungan (100% milik bank).
5. Pihak bank memberi bonus atau dividen yang dianggap hibah kepada
pendeposit (atas budi bicara bank).
AKAUN SIMPANAN TETAP
(FDA)
Akaun simpanan tetap = Fixed Deposit Account.
simpanan di bank atau akaun pelaburan yang menjanjikan pelabur kadar
faedah yang tetap.
pelabur bersetuju untuk tidak mengeluarkan dana tersebut dalam jangka
masa yang ditetapkan.
Pelabur mempunyai pilihan untuk memilih tempoh simpanan (satu bulan,
tiga bulan, enam bulan, satu tahun, atau sebagainya).
Tempoh simpanan adalah berbeza di antara satu bulan sehingga lima tahun.
Setiap tempoh atau jangka masa pelaburan memberikan kadar faedah yang
berbeza.
Simpanan tetap patuh Syariah? Bincangkan.
PEMBIAYAAN
PERUMAHAN
BAI’ BI THAMAN AJIL
2.
- Jual dengan harga tunai RM90 000
- Bayaran tunai terus kepada penjual asal. Customer
Seeking
Property Purchase financing
Agreement

4.
Pelanggan bayar dengan harga
tertangguh secara ansuran sebanyak 1.
RM600/bulan selama 120 tahun - Akad jual beli
Bank - Bayaran 10% (down
Islam payment)

Developer/ Sales &


3.
Bank Islam jual semula kepada pelanggan dengan ansuran: Original Purchase
Agreement
RM90 000 + RM30 000 (untung) = RM120 000 House
Owner
Property Sales Agreement
BAI’ BI THAMAN AJIL
Konsep BBA: Pembelian dengan bayaran harga dibuat secara
bertangguh.
Hukum: ulama’ bersepakat konsep BBA, bai al-taqsit,bai’ al-muajjal,
bai’ al-nasiah dan bai’ ajil hukumnya HALAL.
Dalil yg disandarkan:
“ Drpd Aisyah r.h.a bahawa Rasulullah SAW membeli makanan drp
seorang Yahudi dengan byrn bertempoh, dan Baginda mencagarkan
baju besinya yang diperbuat daripada besi”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bayaran secara ansuran dlm tempoh yg ditetapkan atau bayaran akan
diselesaikan pada tarikh tertentu pada masa akan datang secara lump-
sum (sekaligus) diharuskan.
Situasi 1: bayaran tunai RM100 dan jika bayaran dibuat secara
tangguh melalui konsep BBA, harganya RM150. Adakah ianya
halal?
Disebabkan tempoh masa yg perlu ditunggu oleh pihak penjual dan
risiko yang terdedah ke atasnya, perbezaan harga ini dianggap
sebagai halal dengan syarat ia telah dipersetujui pada awal akad dan
tidak lagi berubah selepas itu. Kenaikan harga akibat tempoh ini
dianggap halal oleh majoriti mazhab dan ulama’.
Murabahah termasuk dlm BBA sekiranya ianya dibayar scr ansuran.
BBA ialah cara pembayaran manakala murabahah merujuk kepada
modal dan harga mark-up.
Konsep asal BBA diterima dan diharuskan oleh sepakat ulama’ tetapi
aplikasinya di dlm bank di Malaysia dan Brunei tidak disepakati oleh
majoriti ulama’ dunia kerana ianya berkaitan dengan Bai’ Inah.
2. BAI’ BI THAMAN AJIL
- Jual dengan harga tunai RM90 000
- Bayaran tunai terus kepada penjual asal. Customer
Seeking
Property Purchase financing
Agreement

4.
Pelanggan bayar dengan harga tertangguh
secara ansuran sebanyak RM600/bulan 1.
selama 120 tahun - Akad jual beli
Bank - Bayaran 10% (down
payment)
Islam

3. Developer/ Sales &


Purchase
Bank Islam jual semula kepada pelanggan dengan ansuran: RM90
000 + RM30 000 (untung) = RM120 000 Original Agreement

House Owner
Property Sales Agreement
1) Pelanggan tandatangani SPA dengan pemaju. Pelanggan
membayar deposit sebanyak 10% drp RM100 000 = RM10 000
2) Sah pemilikan atas aset terbabit, pelanggan dapatkan bank
bagi pembiayaan baki 90%. Jika bank setuju, bank akan membeli
rumah/aset yg dimiliki pelanggan dgn harga RM90 000. Bayaran
dibuat scr tunai terus ke akaun pelanggan atau terus kepada pemaju
atas persetujuan pelanggan.
Bank tandatangani PPA. Pemilikan aset berpindah kepada bank
(beneficial ownership). Legal ownership masih lagi di tangan
pelanggan.
3) Setelah bank memiliki beneficial ownership, bank akan jual
semula kpd pelanggan dgn PSA Bank menjual dengan harga
mark-up.
4) Pelanggan membayar dengan harga tangguh secara ansuran
MUSYARAKAH
MUTANAQISAH
Diterima oleh ulama’ sedunia
Alternatif kepada BBA
Definisi Musyarakah: persepakatan antara 2 pihak atau lebih untuk
menggabungkan sama ada modal, kerja atau komitmen dengan
sasaran mendapatkan keuntungan.
Hukum: harus berdasarkan ayat Al-Quran,surah shod ayat 24.
ALIRAN KONTRAK
3. Bayar 90% harga

BANK ISLAM

5. Jual secara ansuran

DEVELOPER/
PENJUAL
ASET

4. Sewakan
bahagiannya 1. Beli rumah
bayar 10%

PELANGGAN
2. Kontrak
musyarakah
1. Beli Aset: Pelanggan ingin membeli aset atau rumah yang telah
siap (completed asset). Setelah mengenal pasti, pelanggan
membelinya dengan membayar deposit sebanyak 10% (RM100
000) drpd harga aset. Cth: harga aset RM1 000 000.
2. Kontrak Musyarakah: Bagi mendapatkan baki 90% drpd harga
aset, pelanggan memohon pembiayaan Musyarakah
Mutanaqisah. Setelah bank setuju, kedua-dua mereka
menandatangani kontrak musyarakah.
3. Bank bayar 90%: Bank tidak boleh membeli aset tsbt drpd
penjual kerana aset itu telah pun dibeli oleh pelanggan. Justeru,
hasil kontrak musyarakah, bank akan menyuntik 90% iaitu
RM900 000 kpd pelanggan tetapi dibayar terus kepada penjual.
Bayaran tersebut dikira sebagai modalnya. Hasilnya, pemilikan
atas aset adalah 90:10
4. Sewa Berbangkit: Dengan pemilikan Beneficial Ownership sebanyak 90% aset,
bank memeterai kontrak sewaan dengan pelanggan di mana ia menyewakan
bahagiannya kepada pelanggan secara bulanan untuk tempoh 20 tahun.
Drpd sudut kiraan, penentuan harga sewaan ditentukan berdasarkan sasaran
Click to add
jumlah keseluruhan keuntungan yangtext
disasarkan oleh bank dalam pembiayaan
ini. Jika sebagai contoh bank menetapkan untung daripada pembiayaan ini
sebanyak RM200 000, maka komputasi kiraan secara bulanan akan
menghasilkan jumlah tersebut di akhirnya.
5. Jual secara beransur: Sebagai financier, bank tidak memerlukan kepada aset
tersebut. Jadi, bank turut memeterai kontrak jual bahagian miliknya secara
beransur kepada pelanggan untuk tempoh 20 tahun. Harga keseluruhan jualan
adalah nilai pembiayaan iaitu RM900 000. Perlu diingat penjualan yang dibuat
adalah menepati syarat jual beli Islam iaitu “dalam satu majlis”. Apa yang
dilakukan di sini adalah pihak pelanggan memberikan wa’ad atau janji drpd
sebelah pihak untuk membeli setiap bulan sehingga tamat tempoh 20 tahun.
PEMBIAYAAN
KERETA
AL-IJARAH
1. Janji
BANK

3. Sewakan

2. Beli
Aset
4. Jual atau
pindah milik
PELANGGAN

PENJUAL ASET

1. Deposit?
1. Deposit: Sekiranya pelanggan membayar deposit kepada pemilik
aset, maka seluruh produk akan dikira bermasalah menurut
ulama’ Timur Tengah kerana berlaku pertembungan hak milik
antara pelanggan dan bank yang akan membeli. Oleh itu,
sebarang jual beli antara penjual aset dan pelanggan hendaklah
dielakkan jika mahu menggunakan konsep ini dengan baik.
Janji: Pelanggan memberi janji kepada bank untuk menyewa
aset dari bank. Ia dilakukan setelah pihak pelanggan mengenal
pasti aset yang dikehendaki. Sebagai alternatif deposit biasa,
pelanggan boleh membayar security deposit (booking) dan
perjanjan jual beli antaranya dan penjual MESTILAH belum
dimeterai. Jika tidak, ia akan menjadi bai’ ‘urbun.
2. Beli aset: pihak bank akan membeli aset dari penjual dengan
harga tunai.
3. Sewakan: Selepas memiliki beneficial ownership terhadap aset,
pihak bank akan menyewakannya kepada pelanggan. Adapun
dalam praktis di Malaysia, kebiasaannya legal ownership akan
ditukar kepada penyewa. Di sinilah timbul isu hukum syariah.
4. Pindah milik penuh: Iaitu setelah selesai tempoh akhir sewaan,
pihak bank akan menyerahkan keseluruhan hak pemilikan
kepada pelanggan sama ada melalui hadiah (ia dinamakan Ijarah
Wal Iqtina’ dan Ijarah Muntahiyah Bit Tamleek) atau jualan
dengan harga minimum. (ia dinamakan Ijarah thumma al-bai’)
Situasi: bagaimanakah bank ingin menjual bahagiannya sedangkan ia
sedang menyewakannya dalam masa yg sama?
Jawapan: Terdapat 2 cara bagaimana produk ini berfungsi:
a) Harga sewa adalah tetap tetapi harga jualan aset berubah-ubah.
b) Harga sewa berubah-ubah manakala harga jualan tetap.
ISU BERBANGKIT
Kaedah jika pelanggan ingin menjual aset tersebut sebelum sampai tempoh
tamatnya (early settement).
Penalti lewat bayar sewa dan pembelian bahagian, pembiayaan bagi aset dalam
pembinaan dan kaedah jika terbengkalai
Cara pengurusan jika pelanggan tidak mampu membayar “in the event of default”.
Cara penentuan harga sewa dan harga jualan bahagian yang bersandarkan kepada
ukur rujuk (benchmark) konvensional.
Tanggungjawab penyeliaan atas aset, adakah atas tanggungan bersama berdasarkan
peratusan bahagian atau diserahkan terus kepada pelanggan?
Tanggungjawab pembayaran cukai tanah dan cukai pintu.
Jualan ansuran shares atau saham atau bahagian yang dimiliki oleh bank tidak
menurut harga pasaran tetapi adalah harga yang telah dikira sejak dari awal lagi.
Adakah ini diharuskan?
PEMBIAYAAN
PERIBADI
BAI’ AL-INAH
Definisi Istilah:
Menurut al-Rafi’ie drpd Mazhab Syafi’i:
“ Iaitu apabila seseorang menjual satu barangan dengan harga
tangguh dan menyerahkan barang tersebut kepada pembeli,
kemudian dia (penjual tadi) membeli semula sebelum menerima
bayaran (daripada hasil jualan pertama) dengan harga yang lebih
rendah secara tunai”.
STRUKTUR ASAS BAI’ AL-
INAH
1. Jual RM10 000, bayar tangguh

BANK PELANGGAN

2. Jual semula RM3 000tunai


KETERANGAN RAJAH
1. Pelanggan memerlukan wang tunai sebanyak RM3000. Dia
memohon kpd Bank Islam. Sejurus setelah bank Islam
meluluskan, pihak bank Islam akan menjual satu asetnya kepada
pelanggan dengan harga RM10 000 dgn bayaran scr bertangguh
selama 4 tahun (sbg contoh).
2. Sesudah memiliki aset bank tersebut, pelanggan akan terus
menjualnya kembali kpd pihak bank dgn harga RM3000 tunai.
Hasilnya:
pelanggan yang tadinya memerlukan wang tunai sebanyak RM3000
telah memperolehinya apabila dia menjual aset yang dimilikinya
melalui transaksi dengan bank.
Pihak bank pula akan mendapat untung RM7000 dalam tempoh 4
tahun secara ansuran.
ISU-ISU SEMASA
Bai’ Al-Inah dipertikai dan tidak diiktiraf oleh majoriti ulama’ dunia
kecuali Brunei dan Malaysia.
Pertama: ia kembali kpd pertikaian berkenaan hukum Bai’ Al-Inah.
Kedua: teknik sebegini teramat jelas satu helah pihak bank untuk
meniru semua khidmat bank konvensional.
WASSALAM.. THE END

Anda mungkin juga menyukai