Anda di halaman 1dari 29

SISTEM TRANSMISI AUTOMATIK

PENGENALAN
Sebuah sistem penghantaran kuasa dari enjin ke roda untuk disesuaikan dengan keadaan beban dan jalan. Tidak mempunyai pedal klac,akan tetapi mempunyai satu set gabungan klac yang kompleks dan fluid coupling di antara enjin dan transmisi. Selepas pemandu memilih kedudukan gear melalui tuilnya, nisbah gear akan bertukar secara automatik samada menaik atau menurun mengikut keadaan pemanduan dan keadaan jalan.

MAKSUD PENGGUNAAN TUIL PILIHAN GEAR


P

PARKING
REVERSE NEUTRAL DRIVE SECOND

R
N D 2 L

LOCK-UP

SITUASI PENGGUNAAN
PARKING - Kebiasaanya di gunakan semasa parking kenderaan
bagi mengelakkan dari kenderaan bergerak secara sendiri.

REVERSE - Digunakan semasa hendak mengundurkan kenderaan.

NEUTRAL - Digunakan untuk membebaskan gear.


DRIVE 2 nd - Digunakan ketika dalam keadaan pemanduan biasa. - Di gunakan ketika jalan dalam keadaan sesak@ jalan

bengkang bengkok.Penukaran gear hanya berlaku dalam gear 1 dan 2 sahaja. LOCK-UP - Digunakan bagi menuruni bukit yang curam.Gear yang berfungsi hanya gear 1 sahaja.

CARA MEMBUAT PENUKARAN GEAR


Untuk membuat penukaran gear dari rendah ke gear tinggi Cuma letakkan tuil gear pada DRIVE dan pandu seperti biasa.

Untuk membuat penukaran gear dari tinggi ke gear rendah ada dua cara yang boleh kita lakukan.
a) Dalam keadaan pemanduan, tekan pedal throttle hingga habis dan apabila gear telah bertukar,lepaskan kembali pedal hingga mencapai kelajuan dikehendaki. b) Cara seterusnya adalah dengan melepaskan pedal throttle sehingga habis dan tekan semula.(Kedua-dua proses ini dinamakan KICKDOWN).

PENYELENGARAAN
Jenis pelinciran yang perlu digunakan adalah:(3 AT ) ATF Dexron / ATF 1000 (4 AT ) Proton SP / Diamond Queen. (ALL TYPE) Proton SP 3. (Courtesy of Proton) *Pastikan ATF ditukar setiap 40000 km.Untuk prestasi yang lebih baik, gunakan Automatic transmission fluid changer. * Kelikatan minyak diukur menggunakan viscometer (Prinsipnya dalam 1 saat ada berapa titik.)

PENYELENGARAAN
WARNA CECAIR ATF:Merah (red) ---- Normal Seakan kehitaman (Blacklish) ---- Kehausan klac telah berlaku Varnish @ Syupy ---- Cecair berada dalam suhu yang tinggi pada masa yang lama.

Cara-2 untuk memeriksa cecair ATF :1. Suhu cecair dalam keadaan 70 ke 80 .
2. Keadaan tempat mestilah rata.

3. Lever gear mestilah neutral. 4. Takat cecair mestilah berada pada kawasan HOT.

BINAAN ASAS
Torque Converter atau fluid coupling Planetary Gear set. Satu siri brake band dan gabungan klac. Servo hidraulik dan set piston. Pam cecair transmisi automatik. Valve Body. Sistem penyejukan cecair transmisi automatik. Sistem kawalan manual seperti contoh POWER @ ECO.

FRONT CLUTCH (KLAC HADAPAN)


Terdiri dari piston , Klac plate , klac disc, hub dan snap ring. Berfungsi pada gear 3 dan undur sahaja.

REAR CLUTCH (CLUTCH BELAKANG)


Terdiri dari piston , Klac plate , klac disc, hub dan snap ring. Berfungsi hanya pada gear 1,2,3 sahaja.

LOW REVERSE BRAKE SET


Terdiri dari piston , Klac plate , klac disc, hub dan snap ring.Berfungsi hanya pada gear 1 L dan undur sahaja.

END CLUTCH SET


Terdiri dari piston , Klac plate , klac disc, hub dan snap ring. Berfungsi hanya pada gear 4 sahaja.

INPUT SHAFT
Terdiri dari sebatang shaft yang mempunyai beberapa lubang saluran cecair.Berfungsi sebagai penghantar kuasa dari Torque Converter ke pada transmisi.

PLANETARY GEAR SET


Terdiri dari beberapa jenis gabungan gear yang kecil.Berfungsi sebagai penukar pusingan penghantaran kuasa samada ke hadapan atau undur kebelakang.

FORWARD AND REVERSE SUN GEAR


Terdiri 2 jenis gabungan gear yang terletak di bahagian planetary gear set. Berfungsi untuk memandu planetary gear supaya kenderaan bergerak ke hadapan atau undur

TORQUE CONVERTER
Sebuah komponen yang berbentuk separuh bulat yang terletak di antara penyambungan enjin dan transmisi.Terdiri dari stator dan impeler.Berfungsi sebagai penukar torque dari enjin ke transmisi.

OIL PUMP(PAM MINYAK)


Terdiri dari sebuah pam berbentuk bulat jika dilihat dari atas.Pam ini mengepam cecair automatik untuk dihantar ke semua bahagian transmisi..

VALVE BODY(BADAN INJAP)


Terdiri dari sebuah perumah yang menempatkan pelbagai jenis injap.Berfungsi untuk mengawal penghantaran cecair ATF ke setiap bahagian klac.

SOLENOID VALVE(INJAP SOLENOID)


Terdiri dari beberapa buah injap solenoid yang menggunakan arus elektrik untuk beroperasi. Berfungsi untuk meninggikan atau kurangkan tekanan cecair ATF dalam salurannya.Hanya terdapat dalam sistem transmisi yng menggunakan kawalan elektronik sahaja.

INHIBITOR SWITCH(SUIS PENGENDALI)


Terdiri dari sebuah suis yang digunakan untuk lampu penunjuk gear dan juga Transmission Control Unit.

OVERDRIVE SWITCH.
Terdiri dari sebuah suis yang terletak pada tuil pemilih gear. Bertugas untuk kemasukan ke gear 4.Hanya terdapat pada sistem transmisi yang menggunakan kawalan elektronik.

GEAR SELECTOR(TUIL PEMILIH GEAR)


Terdiri dari sebatang tuil. Digunakan oleh pemandu untuk memilih kedudukan gear mengikut kesesuaian pemanduan.

COOLER (PENYEJUK)
Terletak di bahagian bawah radiator. Digunakan sebagai sistem penyejukan cecair automatik.

ELEMEN KLAC YANG BEKERJA BAGI SETIAP GEAR.


D(1)/2(1) - Rear Clutch/One Way Clutch L(1) - Rear Clutch/Low-reverse brake

D(2)/2(2) - Rear Clutch/Kickdown brake


D(3)/ D(4) Reverse - Front clutch/Rear clutch/End Clutch - End Clutch/Kickdown Brake - Front Clutch/Low-Reverse brake

Gunakan formula ini untuk mudah mengingati elemen klac yang bekerja bagi setiap gear. RORLRKFREEKFL

RO
RL RK FRE EK FL
Akhirnya dapat menjangka masalah.

Bagaimana mengesan kerosakan elemen klac Sebelum anda boleh mengesan elemen klac yang rosak,
pastikan anda mengetahui semua keadaan operasi gear.

Berikut adalah contoh keadaan operasi gear bagi transmisi


automatik proton 4 kelajuan. D Range Anda boleh merasai pertukaran gear dari 1 ke 4. 2 Range Anda boleh merasai pertukaran gear dari 1 ke 2 sahaja. L Range Anda akan merasai tiada pertukaran gear.(1 sahaja)

R Range Anda hanya boleh undur sahaja.


P,N Range Gear dalam keadaan bebas.

UJI KEFAHAMAN ANDA 1. Jikalau kenderaan tidak dapat bergerak dalam R range, apakah gear lain yang harus diperiksa kendaliannya dengan teliti?
Gear 3 dan 1 L. Perhatikan pula keadaan ini.Fikirkan kemungkinan elemen klac yang mungkin alami kerosakan. D range - Gear 3 dan 4 sahaja yang berfungsi 2 range - Gear 2 sahaja yang berfungsi. L range - O.K R range - O.K One way clutch.

INJAP SOLENOID YANG BEKERJA BAGI SETIAP GEAR.


VALVE SPEED

SCSV A
ON OFF OFF ON ON

SCSV B PCSV
ON ON OFF OFF ON ON OFF OFF OFF Duty Control

1 Speed
1 Speed(L)

2 Speed 3 Speed 4 Speed