Anda di halaman 1dari 20

KESELAMATAN DALAM PENGGUNAAN ROBOT INDUSTRI

PRESENTED BY : SUFFIAN AYOB

ACCIDENTS: PAST STUDIES.


Studies in Sweden and Japan indicate that many robot accidents do not occur under normal operating conditions but, instead during programming, program touch-up or refinement, maintenance, repair, testing, setup, or adjustment. During many of these operations the operator, programmer, or corrective maintenance worker may temporarily be within the robot's working envelope where unintended operations could result in injuries.

ACCIDENTS: PAST STUDIES.


Typical accidents have included the following: A robot's arm functioned erratically during a programming sequence and struck the operator. A materials handling robot operator entered a robot's work envelope during operations and was pinned between the back end of the robot and a safety pole. A fellow employee accidentally tripped the power switch while a maintenance worker was servicing an assembly robot. The robot's arm struck the maintenance worker's hand.

Operator entered a robot's work envelope during operations

AsimovsThree Laws Of Robotics


Menurut Isaac Asimov, melalui AsimovsThree Laws Of Robotics penggunaan robot industri tertakluk kepada tiga undang-undang iaitu : 1. Robot tidak boleh memudaratkan manusia atau penggunanya. 2. Robot mesti sentiasa mematuhi kehendak manusia. 3. Robot mesti melindungi dirinya daripada punca-punca bahaya.

PUNCA-PUNCA BAHAYA DALAM PENGGUNAAN ROBOT


1)Rekabentuk yang kurang baik Selalunya ia jarang berlaku, tetapi jika berlaku, ia selalunya menimbulkan banyak masalah. Contohnya, komponen-komponen elektrik atau mekanikal yang tidak dilindungi dari keadaan sekeliling menimbulkan masalah dari segi perisian seperti ia boleh menyebabkan pergerakan yang tidak diduga atau dijangka. 2)Komponen-komponen yang dipilih untuk sistem bermutu rendah Kemalangan akibat dari punca ini selalunya berlaku dari peringkat awal penggunaan sistem lagi. Contohnya ialah, komponen yang kurang bermutu digunakan di dalam rekabentuk sistem boleh menimbulkan masalah dari segi perkakasan seperti kebocoran, kerosakan dan juga kehilangan kuasa. 3)Kesilapan pengaturcaraan Kesilapan selalunya berlaku apabila aturcara yang baru hendak digunakan atau apabila robot menerima arahan yang tidak dapat difahami oleh perisian di unit kawalan robot tersebut.

PUNCA-PUNCA BAHAYA DALAM PENGGUNAAN ROBOT


4)Pemasangan yang tidak sempurna Selalunya berlaku di peringkat pemasangan, iaitu jika kepentingan susunatur perkakasan, kedudukan penghadang dan alatan keselamatan lain tidak diambil kira, risiko kemalangan akan menjadi amat tinggi. 5)Latihan yang tidak mencukupi Operator, juruteknik dan jurutera yang akan mengendalikan dan menyenggarakan system robot perlulah diberi latihan yang mencukupi. Kurangnya pengetahuan dan pengalaman mengunakan robot,boleh menimbulkan masalah semasa pengaturcaraan, penggunaan dan penyelenggaraan sistem ini.

PUNCA-PUNCA BAHAYA DALAM PENGGUNAAN ROBOT


6)Kecuaian manusia Operator yang mahir dalam menggunakan system robot juga tidak boleh lari dari mengalami kemalangan akibat dari kecuaian kerana telah terlalu biasa dengan system ini. Keadaan ini menyebabkan mereka menjadi cuai dan tidak menghiraukan lagi tatacara keselamatan yang telah ditetapkan. Orang yang tidak mempunyai pengetahuan untuk mengendalikan robot pula, boleh ditimpa kemalangan kerana kecuaiannya memasuki kawasan kerja robot. Ini juga berkaitan dengan keberkesanan alat-alat keselamatan yang terdapat pada robot tersebut. 7)Lain-lain kelemahan manusia Penyenggaraan yang kurang sempurna juga menyebabkan kerosakan pada komponen dan robot itu sendiri, seperti ia melakukan pergerakan yang tidak dijangka oleh pengendalinya. Kemalangan juga boleh berlaku sekiranya ada orang yang mengganggu alat-alat keselamatan robot ataupun tidak mengikut tatacara pengoperasian yang selamat.

Garis panduan Piawaian Keselamatan


Akta Keselamatan Kesihatan Kerja (The Occupational Safety And Health Act) atau dikenali sebagai OSHA telah memberi garispanduan piawaian keselamatan untuk merekabentuk dan menggunakan sistem robot. Piawaian dalam OSHA boleh dibahagikan kepada dua perspektif iaitu : i. Keselamatan di dalam sel kerja. ii. Keselamatan semasa menggunakan robot.

Keselamatan di dalam sel kerja.


Ia merujuk kepada penggunaan alat-alat keselamatan tambahan yang perlu dipasang pada sel kerja yang berbentuk halangan fizikal seperti penghadang , pagar dan penderia-penderia elektronik. Halangan fizikal ini perlu dipasang semasa peringkat pemasangan semua peralatan dalam sistem robot. Hasil dari ketetapan yang dibuat ke atas keselamatan sel kerja robot, timbul satu susunatur tertentu yang dicadangkan kepada kawasan kerja robot. Susunatur ini dipanggil Tiga Zon Keselamatan atau Tiga Aras Sistem Penderia Keselamatan. Rajah di sebelah menunjukkan susunatur bagi sistem robot.

Zon Keselamatan Robot

Zon 3 Zon 2 Pagar yang dilengkapi dengan electrical interlock

Zon 1

robot

Zon Keselamatan Robot


Zon 1 Dikenali sebagai zon pengawalan pencerobohan dalam zon kerja robot. Ia merupakan zon liputan kerja robot. Komponen-komponen yang perlu ada di dalam zon ni hanyalah komponen yang perlu untuk dikendalikan oleh robot semasa proses pengeluaran. Contohnya adalah konveyor, bahan mentah yang akan diproses dan perkakasan yang perlu untuk proses. Zon ini perlu dipisahkan dengan zon 2 dengan garisan kuning dan adang. Di dalam zon ini selalu ditempatkan penderia-penderia yang mengesan kehadiran bendasing seperti manusia atau perkakasan lain. Antara penderia yang sesuai diletakkan di sini adalah hamparan tekanan, lampu infrared atau pancaran laser.

Zon Keselamatan Robot


Zon 2 Dikenali sebagai zon pengawasan pencerobohan dalam sel kerja. Ia merupakan zon dimana operator bekerja. Zon ini berada di luar jangkauan lengan pengolah. Zon ini selalunya menempatkan alatan-alatan seperti rak untuk penstoran bahan mentah. Zon 2 dipisahkan dengan zon 3 dengan tirai cahaya atau pagar yang dilengkapi dengan penderia-penderia seperti electrical interlock .

Zon Keselamatan Robot


Zon 3 Dikenali sebagai zon pengawalan pencerobohan keliling. Zon ini selalunya menempatkan unit kawalan sistem. Mereka yang tidak bekerja secara langsung dengan robot tidak dibenarkan melepasi zon ini.

Keselamatan semasa menggunakan robot


Ia merujuk kepada penggunaan sistem robot. Operator perlu dibekalkan dengan mekanisma keselamatan sepanjang masa mereka bekerja dengan robot. 90% dari kemalangan yang berlaku dalam kerja berkaitan dengan robot adalah semasa penyenggaraan dan pemprograman. Jadi pekerja penyenggaraan dan pemprograman perlulah juga dibekalkan dengan peralatan keselamatan. Mereka juga perlu diberi kesedaran mengenai garispanduan yang perlu diikuti semasa bekerja dengan robot.

6 garispanduan keselamatan
Terdapat enam garispanduan yang perlu mereka ikuti iaitu seperti berikut : Hormati robot. Jangan membuat anggapan tentang pergerakan yang akan dilakukan oleh robot. Kedudukan suis kecemasan perlu diketahui oleh operator atau penyenggara. Elakkan berada di titik yang merbahaya atau berisiko semasa berada di dalam sel kerja robot. Cuba memehami sistem robot. Kenalpasti bunyi-bunyi yang tidak menyenangkan semasa system beroperasi. Jangan benarkan operator yang tidak terlatih mengendalikan robot. Jangan mengubah peralatan kawalan robot tanpa latihan atau panduan yang sepatutnya.

MEKANISMA KESELAMATAN
Hamparan tekanan Lampu infrared atau pancaran laser Zon 3 Zon 2 Pagar yang dilengkapi dengan electrical interlock

Zon 1

Suis kecemasan

robot

Adang dan garisan kuning

MEKANISMA KESELAMATAN
Di antaranya mekanisma keselamatan yang digunakan ialah :1)Pagar Robot perlu berada dalam satu kawasan yang dipagar. Sebaiknya pagar yang digunakan adalah pagar saling kunci atau interlocked enclosure . Selalunya ia akan diletakkan antara Zon 2 dan Zon 3 ( sila rujuk rajah 9.1 : Zon keselamatan robot). Pagar ini hanya dilengkapi dengan satu pintu sahaja dan orang yang tidak berkenaan tidak boleh dibenarkan memasuki pagar ini. Apabila robot sedang beroperasi, pintu pagar akan dikunci dan sekiranya ada yang membuka pintu pagar, secara otomatiknya robot akan berhenti bergerak. Sistem akan terhenti dengan sendirinya. Pagar ini selalunya cukup tinggi untuk mengelakkan ianya dari mudah dimasuki dari atas.

MEKANISMA KESELAMATAN
2)Hamparan

Hamparan adalah satu lagi mekanisma yang biasa ada pada sistem robot. Hamparan diletakkan di kawasan atau lantai yang mana merupakan kawasan pergerakan robot. Ini untuk memastikan apabila ada bendasing yang pijak di kawasan tersebut, pergerakan robot akan terhenti. Hamparan yang biasa digunakan adalah jenis hamparan tekanan. 3)Adang Adang adalah sekatan yang selalunya diletakkan di antara zon 1 dengan zon 2 (rujuk rajah 9.1). I Ianya digunakan untuk menghalang operator daripada memasuki kawasan kerja robot.. Ia juga menghalang bendakerja atau sisa buangan dari proses pembuatan seperti tatal, terpelanting keluar dan mengenai operator.

MEKANISMA KESELAMATAN
4)Suis

Pelbagai jenis suis digunakan untuk mempastikan keselamatan berkesan untuk robot dan juga operator. Kebanyakan suis yang digunakan adalah suis kecemasan. Kegunaan suis adalah sebagai pengesan kepada suatu keadaan yang tidak normal dalam pengoperasian litar elektrik atau robot itu sendiri. Jenis-jenis suis yang digunakan adalah : i. Suis tekan ( push button swiches ) ii. Suis had ( limit switches ) iii. Suis tekanan ( pressure switches )

Anda mungkin juga menyukai