Anda di halaman 1dari 28

HALAL

Logo halal

Sijil dan logo halal bukan sahaja memberi jaminan kepada masyarakat Islam bahawa sesuatu makanan atau produk itu halal mengikut syarak tetapi ia juga mempunyai implikasi besar kepada industri atau pengusaha yang mengeluarkannya. Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Pada perspektif syarak, perkataan halal sudah cukup sebagai penunjuk aras bahawa sesuatu barangan itu dibenarkan atau harus digunakan sama ada dari segi hukum, keselamatan dan mutu. Sudah memadai dengan satu perkataan halal yang boleh berdiri sendiri.

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan 'Halal')1975 adalah seperti berikut:
Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau

benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak. Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak. Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak. Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN yang telah mendapat persetujuan bersama daripada semua Majlis Agama Islam Negeri dan diperakui Majlis Fatwa Kebangsaan. Ia penting supaya tidak mengelirukan pengguna. Logo tersebut mesti mengandungi: Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan perkataan 'Halal' bahasa Arab di tengah bintang Diikuti tulisan rumi 'HALAL Bulatan logo tertulis perkataan 'Malaysia' dalam tulisan Rumi dan dalam perkataan Arab Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Panduan syara dalam isu halal

PANDUAN SYARA DALAM ISU HALAL

Halal mengikut syara' bermaksud sesuatu perbuatan atau benda yang dibenarkan oleh Hukum Syara'. Sabda Rasulullah: 'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'" (HR. Bukhori) Sekiranya berbicara mengenai halal ini ramai lebih tertumpu kepada makanan. Namun, sebenarnya konsep halal ini meliputi segenap aspek dalam kehidupan kita. Coretan ini bukan mahu memberitahu tetapi mahu berkongsi mengenai halal ini dalam beberapa aspek.


Sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya. (QS. AlAnam: 119)


Dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik

dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk. (QS. Al-Araf: 157)


Daging mana saja yang tumbuh dari sesuatu yang

haram maka neraka lebih pantas untuknya

Makanan yang haram dalam Islam ada dua jenis: 1. Ada yang diharamkan karena dzatnya. Maksudnya asal

dari makanan tersebut memang sudah haram, seperti: bangkai, darah, babi, anjing, khamar, dan selainnya. 2. Ada yang diharamkan karena suatu sebab yang tidak berhubungan dengan dzatnya. Maksudnya asal makanannya adalah halal, akan tetapi dia menjadi haram karena adanya sebab yang tidak berkaitan dengan makanan tersebut. Misalnya: makanan dari hasil mencuri, upah perzinahan, sesajen perdukunan, makanan yang disuguhkan dalam acara-acara yang bidah, dan lain sebagainya.

KONSEP HALAL MENURUT SYARA

maksud

HALAL bermaksud dibenar dan tidak dilarang oleh Allah. Ia bukan sahaja berkait dengan makanan dan minuman, tetapi juga berkait dengan pakaian, alat-alat perhiasan, kosmetik dan sebagainya. Namun penggunaan istilah HALAL paling kerap digunakan pada makanan dan minuman. Mengguna atau menikmati makanan dan barangan HALAL adalah tuntutan Allah ke atas manusia terutama kaum muslimin. Allah berfirman di dalam al-Quran; Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168) Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman. (al-Maidah: 88)

) ( Maksudnya; Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada HALAL atau haram). Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatang-binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkan olehNya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati. (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Abdillah an-Numan bin Basyir r.a.)

konsep
Punca makanan tersebut iaitu seperti daging yang

digunakan. Kebanyakan masyarakat bukan Islam menganggap hanya khinzir makanan yang haram dalam Islam tetapi mereka perlu dijelaskan tentang konsep binatang yang haram dimakan dalam Islam seperti binatang yang bertaring serta binatang yang hidup dua alam dan binatang yang jijik seperti cicak dan sebagainya.

Seterusnya ialah kaedah penyembelihan haiwan.

Masyarakat bukan Islam tidak tahu konsep penyembelihan haiwan dalam Islam. Lebih menakutkan adalah sekiranya mereka sendiri yang menyembelih haiwan tersebut dan menjual di pasaran terbuka. Sedangkan antara syarat penyembelihan dalam Islam adalah penyembelih mestilah orang Islam. Selain itu, peniaga makanan bukan Islam juga perlu memastikan haiwan yang mereka beli di pasaran dibeli daripada peniaga Islam atau dari syarikat penyembelihan yang mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM.

Mereka juga perlu dijelaskan tentang cara

pengurusan makanan dan pemprosesan sesuatu bahan makanan. Adakah tempat untuk mereka proses terhindar dari sebarang najis. Adakah tempat penyimpanan makanan tersebut bercampur dengan bahan-bahan yang haram disisi Islam. Begitu juga dari segi pengangkutan. Adakah barang makanan tersebut dibawa dengan pengangkutan yang juga memuatkan bahan makanan yang haram disisi Islam seperti daging khinzir yang dicampur dengan ayam dalam sebuah lori.

Aspek seterusnya yang perlu diberi perhatian adalah

dari segi ramuan dalam bahan makanan. Sebagai contoh bahan makanan yang dicampur dengan alkohol ,minyak dari lemak khinzir dan sebagainya. Malah kedapatan restoran yang memaparkan lambang halal tetapi bahan makanannya dicampur dengan ramuan seperti alkohol dan sebagainya.Ini sering berlaku dikebanyakan restoran-restoran dan hotel yang menggunakan khidmat chef dari luar negara.

Seterusnya dari segi peralatan yang digunakan untuk

memasak dan memproses sesuatu bahan makanan. Pihak berkenaan perlu memastikan bahawa peralatan seperti kuali, periuk, pisau dan sebagainya tidak pernah digunakan untuk memasak bahan makanan yang haram mengikut syariat Islam. Kita tidak mahu kuali yang pernah digunakan untuk memasak daging khinzir digunakan pula untuk memasak makanan bagi orang Islam pula.

Perkara terakhir yang perlu diberi perhatian adalah

dari segi penjagaan kebersihan makanan dari bendabenda yang dianggap mengotorkan dalam Islam dan tidak suci. Mungkin pelanggan tidak menyangka restoran yang memaparkan logo halal dan mempunyai persekitaran yang bersih di luar tetapi di bahagian dapur berada dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak memenuhi ciri-ciri konsep halal dalam Islam.

Isu halal di malaysia

Isu Halal di Malaysia


MENTALITI : TIDAK MENGANDUNGI KHINZIR, BOLEH DI MAKAN.

SELESA UNTUK MAKAN DI RESTORAN NON-MUSLIM BAGAIMANA DENGAN KEBERSIHAN,CARA PENYEMBELIHAN? ( S E M U A P E R L U M E N G I K U T


SYARAK)

Syarat JAKIM Terlalu Ketat + Tak Masuk Akal??


Antara alasan pengusaha yang tidak mahu

memohon sijil halal JAKIM Memohon sijil halal syarikat swasta lebih efisien dan cepat. Contoh: "Contohnya Jakim meminta agar setiap produk Uncle
Lim's disenaraikan bahan mentahnya satu persatu dan ia adalah perkara yang tidak munasabah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Logically : untuk memastikan setiap ramuan yang digunakan halal dan tidak bertentangan dgn hukum syarak.

Penemuan DNA Babi

Laporan di keluarkan oleh Jabatan Kimia Malaysia

Langkah kerajaan dalam menangani isu halal di malaysia

Langkah Kerajaan Dalam Menangani Isu Halal di Malaysia


1.

Bidang-bidang kuasa:

JAKIM & Majlis Agama Islam Negeri: Penganugerahan sijil dan logo halal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di bawah Akta Pelabelan: Penguatkuasaan undang-undang

2. Usaha kerajaan menangani isu makanan halal &

haram
Mengamalkan prosedur pemeriksaan halal yang ketat Memperhebatkan operasi pemantauan dan penguatkuasaan secara meluas & berterusan Tidak mengiktiraf mana-mana produk yang diberikan pengesahan halal oleh badan-badan persendirian atau badan swasta atau syarikat-syarikat swasta yang tidak memenuhi spesifikasi yang ditentukan dan tanpa membuat pemeriksaan secara fizikal di premis berkenaan.

LOGO HALAL ANTARABANGSA

Anda mungkin juga menyukai