Anda di halaman 1dari 14

NILAI-NILAI MURNI

• 1 BAIK HATI

1.1. Belas kasihan - bersimpati terhadap kesusahan


orang lain
1.2. Bertimbang rasa – mengambil kira keperluan
dan perasaan orang lain.
1.3. Murah hati – memberi bantuan secara ikhlas
kepada yang memerlukan.
1.4. Saling memahami – sanggup memberi dan
menerima pandangan serta memahami perasaan
dan keperluan orang lain.
1.5. Saling bermaafan – sanggup meminta maaf dan
memaafkan.
2. BERDIKARI
2.1. Berupaya bertindak sendiri – sanggup dan
boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang
lain.
2.2. Yakin kepada diri sendiri – percaya kepada
kebolehan diri dan sanggup mencuba.

4. BERHEMAH TINGGI
3.1. Kesopanan – berbudi bahasa dan beradab dalam
pergaulan.
3.2. Mengakui kesilapan sendiri – sedia mengaku
kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima
nasihat.
3.3. Ramah mesra – sedia bergaul mesra dengan
semua orang.
4. HORMAT
4.1. Hormat dan taat kepada ibu bapa dan penjaga –
memulia dan patuh kepada mereka.
4.2. Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih
tua, guru, rakan jiran dan pemimpin –
menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan
yang baik kepada mereka.
4.3. Hormat kepada kerajaan dan negara – menerima
dan hormat kepada kerajaan serta lambang
kebesaran negeri dan negara.
4.4. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam
pelbagai kaum – menghormati kepercayaan dan
adat resam semua kaum.
4.5. Patuh kepada undang-undang – mematuhi
undang-undang setiap masa.
5. KASIH SAYANG
5.1. Sayang diri sendiri dan orang lain –
menyayangi diri sendiri dan orang lain.
5.2. Sayangkan alam sekitar – Memelihara dan
memulihara kehidupan flora dan fauna
untuk kesejahteraan hidup.

6. KEADILAN
6.1. Adil – Membuat pertimbangan dan
keputusan secara positif, menyeluruh dan
bersesuaian.
6.2. Saksama – tidak menyebelahi sesuatu
pihak dalam membuat keputusan.
7. KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG

• Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar


batasan peraturan dan undang-undang yang tersurat
dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyuarakat negara
dan agama.
8. KEBERANIAN
• 8.1. Berani mencuba – Berani melakukan
sesuatu perkara yang baru dan mencuba
untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain
dengan mengambil kira risiko yang akan
dihadapi.
• 8.2. Berani kerana benar – Berani
mempertahankan sesuatu yang diakui
kebenarannya dengan menunjukkan bukti
yang nyata.
9. KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
• 9.1. Kebersihan diri – Merupakan kebersihan anggota
yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk
kehidupan yang sihat.
• 9.2. Kebersihan persekitaran – Pemeliharaan alam
sekeliling supaya rapi dan bebas daripada
kekotoran dan pencemaran.
• 9.3. Kebersihan mental – Pertuturan dan perlakuan
yang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang
dalam hubungannya dengan orang lain.
10. KEJUJURAN

• 10.1. Amanah – Bertanggungjawab dalam melakukan


sesuatu tugas yang diberikan dan dapat
menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang
lain.
• 10.2. Bercakap benar – Menyatakan perkara yang
benar tanpa menokok tambah atau berselindung.
• 10.3. Ikhlas – Melakukan sesuatu suci hati tanpa
mengharapkan balasan.
11. KERAJINAN

• 11.1. Daya usaha – Berusaha bersungguh-sungguh


dengan inisiatif, kreatif dan enovatif untuk
menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
• 11.2. Dedikasi – Berminat dan rela mengorbankan
masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.
12. KERJASAMA

• 12.1. Gotong-royong – Melakukan sesuatu tugas


secara beramai-ramai dan sukarela.
• 12.2. Toleransi – Bertolak ansur serta dapat mengawal
mengelakkan berlakunya perselisihan.
• 12.3. Perpaduan – Bersefahaman dan bekerjasama di
peringkat keluarga, masyarakat, negara dan
antarabangsa
13. KESEDERHANAAN

• 13.1. Pertuturan dan pelakuan yang sederhana –


Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui
batas serta menyinggung perasaan atau
menimbulkan kemarahan orang lain.
• 13.2. Kesederhanaan dalam menimbangkan
kepentingan diri dan orang lain – Membuat
pertimbangan yang sewajarnya supaya
memuaskan diri sendiri dan orang lain.
14. KESYUKURAN

• 14.1. Berterima kasih – Melahirkan perasaan untuk


menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan
terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau
pemberian.

15. RASIONAL

15.1. Membuat pertimbangan – Berupaya mengambil


kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum
membuat keputusan.
16. SEMANGAT BERMASYARAKAT

• 16.1. Bermaufakat – Mengutamakan persetujuan dan


kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi
kepentingan bersama.
• 16.2. Kerajinan – Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-
menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga
dan masyarakat.
• 16.3. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat
– Memahami masalah masyarakat dan sedia
berusaha menyelesaikannya.
17. PATRIOTIK

• 17.1. Cintakan negara – Berbangga dan taat setia serta


berusaha untuk memajukan negara.
• 17.2. Berkorban untuk negara – Sanggup melakukan
apa sahaja demi mempertahankan negara daripada
diceroboh.