Anda di halaman 1dari 16

PROBLEM BASE LEARNING

KUMPULAN 6

AHLI KUMPULAN :
NORASHIKIN IBRAHIM SPM 0115/10 ROSNIYATI IDRIS @ SALLEH HO PEI YAO SPM 0149/09 PPM 0062/10

GOH SUW WEI

SPM 0044/09

AZHAWATI MOHD NOOR SPM 0022/09

SENARIO PERMASALAH
Anda merupakan seorang kaunselor yang bertugas di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan berlokasi di Zon Barat Daya, Bayan Baru, Pulau Pinang. Anda telah didatangi oleh tiga orang pelajar tingkatan empat yang menghadapi masalah dalam pemilihan jurusan dan mata pelajaran elektif mereka.

PELAJAR PERTAMA
Siti Syamimi Bt Muhamad, seorang yang aktif dan peramah. Keputusan PMR yang baik membolehkannya ditempatkan di kelas beraliran Sains 4 Harmoni. Tidak meminati Subjek Matematik dan Sains. Ingin ditukarkan ke kelas beraliran Perdagangan. Bimbang tidak boleh menguasai subjek Sains dan subjek yang memerlukan pengiraan seperti Matematik, Matematik Tambahan, Fizik dan Prinsip Akaun. Ingin lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM

PELAJAR KEDUA
Dinesh Kumar A/L Maniah, mempunyai perwatakan yang ceria dan peramah. Mendapat keputusan PMR yang kurang memberansangkan, iaitu 4C dan 4D. Tidak berminat dengan subjek yang memerlukannya banyak membaca seperti mata pelajaran Perdagangan dan Tasawwur. Lebih berminat dengan kerja-kerja kemahiran tangan. Berharap agar dapat ditukarkan dari jurusan Perdagangan ke jurusan Kejuruteraan.

PELAJAR KETIGA
Kamal Raj A/L Baskeran, amat cenderung dalam bidang perniagaan. Petah berbicara, ceria dan senang diajak berbual. Mendapat keputusan PMR yang kurang memuaskan, sekadar mendapat 1B, 1C dan 6D sahaja. Kurang berminat dengan keja-kerja kemahiran. Baginya aliran Vokasional bukanlah sesuai berbanding jurusan Perdagangan. Berwawasan tinggi untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Sebagai

kaunselor adalah menjadi tanggungjawab anda membantu ketiga-tiga pelajar ini untuk menyelesaikan masalah mereka. mereka perlu ditangani dengan bijaksana supaya mereka lebih yakin untuk menghadapi SPM pada tahun 2012

Masalah

ISU-ISU PEMBELAJARAN

Persaingan untuk mengikuti sesuatu jurusan Permohonan yang tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan. Pelajar terpaksa menurut kehendak ibubapa atau keluarga. Pelajar-pelajar yang ditawarkan untuk mengikuti jurusan yang dipohon pula, ada di antaranya yang telah membuat pilihan yang tidak tepat disebabkan oleh kurang pengalaman dalam membuat keputusan, ataupun kurang keyakinan diri. Rakan sebaya memainkan peranan dalam mempengaruhi seseorang pelajar membuat pilihan.

SAMBUNGAN..

Penguasaan Bahasa Inggeris buku-buku rujukan kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris. Masalah ini biasanya dialami oleh pelajar-pelajar dari sekolah luar bandar yang majoriti ibubapa tiada latar belakang penguasaan Bahasa Inggeris. Kurang pengetahuan sedia ada kebanyakkan pelajar tidak tahu prospek pekerjaan di masa hadapan

SOROTAN KAJIAN

Penjurusan adalah suatu proses penempatan pelajar untuk pemilihan program pengajaran dan pembelajaran yang lebih spesifik di peringkat sekolah menengah. Tujuan penjurusan adalah supaya pelajar dapat menerima pendidikan yang sesuai dengan minat, bakat, kemampuan, potensi dan kecekapan mereka.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jurusan pelajar termasuk : faktor sosoiekonomi (Ismail, 1997; Davies et. al., 2008) faktor pencapaian akademik (Ismail, 1997; Umam, 2007) pengaruh persekitaran (Ismail, 1997; Yahya & Ismail, UTM, Abd Manaf, UTM) faktor demografi, bangsa, dan jantina (Ismail, 1997) faktor rancangan kerjaya pelajar, nilai ekonomi mata pelajaran faktor personaliti pelajar (Korpershoek et. al., 2010).

METODOLOGI
TUJUAN KAJIAN INI UNTUK MEMBANTU PELAJAR MEMILIH SUBJEKPENGKHUSUSAN DAN KERJAYA MENURUT MINAT DAN KEBOLEHAN DIRI.
Kaedah Kajian : Instrumen Self-Directed Search (SDS), 192 item - Soal selidik utk memahami diri , kebolehan dimiliki , minat

kerjaya
- 3 Bahagian : A.Kesukaan (60) B. Kecekapan (60) C. Pekerjaan (72) Temu Bual : mendapat maklumat ttg ciri-ciri personaliti sampel. - minat, bakat, kegemaran, pandangan, cita-cita, harapan. - Keputusan peperiksaan PMR, situasi dan masalah yang dihadapi. Sampel Kajian

- 3 orang pelajar lepasan PMR yang baru naik ke tingkatan 4


- menghadapi masalah dalam pemilihan jurusan & mata pelajaran elektif

DAPATAN KAJIAN
i) PROFIL UJIAN SDS : PERSONALITI PEKERJAAN ii) TEMU BUAL : CIRI-CIRI PERIBADI : MASALAH MEMILIH SUBJEK RESPONDEN A
( PELAJAR PEREMPUAN BANGSA MELAYU)

-Profil Ujian SDS : Kod Ke-3 Holland = SAE -Individu berprofil sosial, suka bekerja dan berinteraksi dgn org, minat memberitahu, mahir berkomunikasi, membuat kebajikan. -Pekerjaan : guru, kaunselor kerjaya, peguam, kaunselor bimbing - Minat : berkawan, menyertai aktiviti kokurikulum, badminton. -Cita-cita : guru, usahawan, kaunselor. -PMR : BM -A, BI -B, M -D, S -B, Sej -A, Geo -B, KH -C, AG -A. -Kelas skrg : 4 Harmoni Add M, Fizik, Kimia, Biologi, P/Akaun. -Masalah : Memohon masuk 4 Cahaya Perdagangan, tasawwur. -Sebab : Tak minat kira2, sukar faham M& S, tak yakin dpt skor.

RESPONDEN B ( PELAJAR LELAKI BANGSA INDIA ) Profil Ujian SDS : Kod ke - 3 Holland = SAC -Individu berprofil sosial,suka bekerja dan berinteraksi dgn org, minat memberitahu, mahir berkomunikasi, suka membuat kerja kebajikan.
-Perbezaan

Kod C : Sifat konventional, suka bekerja dgn data dan nombor, patuh kepada arahan. -Pekerjaan: guru, kaunselor, kerani bank, operator komputer -Minat : melukis, mereka cipta , bergaul dgn kawan. -Cita-cita : Pelukis grafik, jurutera. - PMR : BM C, BI D, M C, S D, Sej- C, Geo -D, KH-D, MRL-C -Kelas skrg : 4 Arif Perdagangan, P. Seni Visual. -Masalah : Memohon masuk ke Tg 4 Ihsan - Reka Cipta, LKJ. -Sebab : Tidak berminat dengan subjek perdagangan yg perlu banyak pembacaan, minat melukis, membuat reka cipta.

RESPONDEN C ( PELAJAR LELAKI BANGSA INDIA )


Profil Ujian SDS : Kod ke - 3 Holland = SCE -Individu berprofil sosial, suka bekerja dan berinteraksi dgn org, minat memberitahu, mahir berkomunikasi, suka membuat kerja kebajikan. -Perbezaan Kod E : Sifat Enterprising , cenderung berniaga. -Pekerjaan : pegawai trafik, pegawai lalu lintas, pegawai perhubungan awam. - Minat : melayari internet, chating dlm facebook, kriket, muzik. - Cita-cita : pegawai polis, ahli koporat , peniaga. - PMR : BM C, BI B, M C, S D, Sej- D, Geo -C, KH- C, MRL-C. - Kelas skrg : 4 Ceria Kelas MPV : Membuat Perabot -Masalah : Memohon masuk Tg 4 Arif perdagangan, P. seni V. - Sebab : Tak minat kerja yang perlu kemahiran tangan, lebih minat berniaga dan ingin menjadi ahli koporat yang berjaya.

REFLEKSI

Ingatan dan nasihat kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah dan dilema sebegini, rujuklah kaunselor di sekolah masing-masing ataupun berbincang dengan ibubapa,guruguru ataupun pihak-pihak yang dapat memberikan input yang bernas demi meneruskan cita-cita dan impian mereka. Kami akan memastikan penyelesaian yang dibuat merupakan penyelesaian yang terbaik. Disamping itu, kami perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong penyelesaian yang diambil. Kumpulan kami seharusnya mampu untuk memastikan keputusan yang dipilih boleh mengembangkan atau menghadkan penyelesaian masalah serta keputusan yang dipilih merupakan alternatif yang terbaik. Apa yang kumpulan kami harapkan ialah agar suara sebilangan kecil anak-anak pelajar yang menghadapi masalah ini diambil perhatian oleh pihak-pihak yang terlibat bagi memastikan kesinambungan cita-cita mereka.....

REFLEKSI Pencapaian PMR telah menjadi standard terunggul pemilihan jurusan antara golongan pelajar ini dan seterusnya faktor seperti minat dan kebolehan mereka dalam sesuatu bidang atau jurusan kurang diberi perhatian. Namun masih belum terlambat bagi mereka untuk mencari halatuju ataupun mengubah keadaan kerana pencapaian SPM dan STPM juga boleh menentukan pemilihan jurusan mereka di universiti nanti, seterusnya untuk kerjaya pada masa hadapan.