Anda di halaman 1dari 34

Mohd.Ramli Raman Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Kuala Lumpur ramlimr@um.edu.

my

Sejarah Keris Semenanjung:

1. Kerajaan Melayu telah wujud seawal abad ke 7 lagi seperti Chi Tan-tan (Ci La Tan) sebutan China, Ci Tu Tu (Ci Lu Tu) iaitu dua daerah di Pantai Timor Semenanjung Tanah Melayu yang juga disebut Malao, Mali-yu-eul, Mali-yu-erh (Braguinsky 1997, C.C Coedes,1968 dan D.G Hall, 1970). Negeri ini pula disebut oleh Ibnu Batutah sebagai Tawalisi dan Kaylukari (Ibnu Batutah,1322, terjemahan H.A Gibb 1929 , Gabriel Ferrand, 1913 dan Syed Nurul Akla Abdullah 2008).

2.

Sehingga abad ke 12, seperti Malayur, Mayirundingan (Jelutung/Perak), Langkasuka (Kedah), Mappapalam (Myamar), Mayilimbangan (Semenanjung Kra), Valaippanduru (Balai Penjuru, Kelantan) dan lain-lagi daerah di bawah penguasaan kerajaan Sriwijaya.

3. Daerah ini berkembang pesat dalam bidang

perdagangan dan inteletual serta keagamaan dari Hindu-Budha sehinggalah ke zaman Islamnya. Hubungan dengan Majapahit, Sumatera, Acheh, Melaka di sekitarnya, mahupun dengan barat yang kemudiannya menjadi penjajah.

4. Hubungan dengan Majapahit (Jawa) banyak

mempegaruhi struktur kebudayaan, kesenian dan budaya bendawi terutamanya bendawi keris. Keris memang asal Jawa. Peringkat awal seperti yang disebut Gardner (1936), bahawa Keris Majapahit milik Jawa sejak abad ke 7 lagi. Bagi H. Balfour (dipetik dari G.C Wooley 1998) mengatakan keris majapahit sebagai currency bar, nilai mata wang bagi daerah ini. Antara faktor penyebaran keris yang meluas dalam lingkaran nusantara dan daerah Melayu yang lain.

5. Tradisi agong bendawi keris Jawa inilah

kemudiaanya berkembang ke alam Melayu walaupun kerajaan Majapahit mula merosot sekitar awal abad ke 14, dengan munculnya kuasa baru Melaka , Acheh, Pattani dan lainlain lagi. Keris muncul dengan ciri-ciri tempatan mengikut:

(i) Gaya Bali, Lombok dan Madura (ii) Gaya Jawa (iii) Gaya Semenanjung dan Selatan

(iv) Gaya Bugis (v) Gaya Sumatera (vi)Gaya Kelantan Pattani (vii) Gaya Keris Suluk/Sundang 5. Ciri-ciri keris di luar Jawa ini walaupun masih memperlihat ciri-ciri Jawa, namun telah mengalami perubahan besar dari segi tempa sepuh, jenis besi, fungsi, tuah darjat dan sebagainya sehingga orang Jawa menyebutnya sebagai keris Melaka (A.R Hill 1998)

6. Untuk tujuan ini, pembicaraan akan dikhususkan

kepada keris Melayu Semenanjung iaitu keris yang digunakan secara meluas di daerah Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan berhampirannya termasuklah Singapura, Kepulauan Riau-Lingga di selatan dan Pattani di utara. Ciri-ciri khusus keris Melayu Semenanjung ini mula berubah dan berbeza apabila Kelantan Pattani (orang barat) menjadi pusat perkembangan intelektual terutamanya intelektual Islam sehingga abad ke 17 yang kemudiaanya diambilalih oleh Kelantan sehingga abad ke 19 terutamanya sistem pendidikan sekolah pondok (pasentren).

7.

Pengislaman juga terjadi dalam kebudayaan dan kesenian yang meliputi seni kepanggungan, perubatan dan perbomohan, walaupun tidak secara total. Ini juga terjadi apabila Pandai Saras (juga disebut Pandai Sarah) empu keris Pattani (lihat Hikayat Pattani 1970) yang dari keturunan Jawa (Majapahit) menghasilkan keris bersifat Melayu Pattani yang tidak lagi menggunakan hulu makara (gajah berbadan kuda laut/haiwan laut) dengan hulu pekakak (burung raja udang/kingfisher), juga disebut coteng dan tajung. Keris yang digunakan

Keris Tajung Pattani

Koleksi Cikgu Nasir Hassan

Keris Hulu Tajong

Koleksi Nasirgayong

Keris Pandai Saras/sarah

Koleksi NasirHassan

Pandai Sarah/Sarah

Koleks i Cikgu Nasir Hasan

Pandai Saras Hulu Tajong

Ehsan Keriswalikota

8. Pengaruh Pandai Sarah/Saras kemudiannya

mempengaruhi Tok Chu seorang pandai besi dari Palekbang Kelantan yang kemudiaan melahir jenis keris yang cukup popular sehingga kini iaitu keris Tok Chu yang hampir keseluruhannya diperbuat dari besi tunggal atau besi tarung. Ciri khususnya tidak mempunyai pamor atau motif kecuali pamor semula jadi. Ini adalah kerana Tok Chu tidak menggunakan banyak besi, baja dan bahan lain. Kelahiran keris jenis ini tidak dapat dipastikan, namun dijangka pada penghujung abad ke 18 dan awal abad ke 19.

Keris Tok Chu

Ehsan Kerisw alikota

Keris Tok Chu koleksi Keriswalikota

9. Di samping keris-keris di atas terdapat

beberapa bentuk keris yang cukup popular di Semenanjung: a. Keris Melela b. Keris Beko c. Keris Penyalang/panjang/dabus/terapang d. Keris anak alang e. Keris sepukal f. Keris unduk-unduk Terengganu g. Keris Bugis Pattani

10. Fungsi keris dalam budaya Melayu: a. Regalia Kekuasaan (Keris Diraja)

b. Pelengkap busana adat/perkahwinan c. Perubatan dan perbomohan d. Seni beladiri e. Keris upacara

A. Regalia kekuasaan/Keris Diraja Sehingga kini, di nusantara hanya Malaysia

sahaja yang mengamalkan sistem monarki berpelembagaan dan antara negara yang paling ramai mempunyai raja atau sultan iaitu 9 orang raja di sembilan buah negeri (propinsi) dan seorang Yang Di-Pertuan Agong sebagai tampuk tertinggi negara. Setiap negeri mempunyai seorang sultan atau raja. Dalam upacara pertabalan Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan atau Raja, terdapat alat kebesaran diraja iaitu payung diraja,tombak diraja, nobat, dan juga keris.

Keris Panjang Yang Di-Pertuan Agong

Keris Pendek Yang Di-Pertuan Agong

Upacara Mencium Keris Mengikut Adat Istiadat Diraja Terengganu

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginga Yang Dipertuan Agong

Yang DiPertuan Agong Malaysia dilantik setiap

lima tahun sekali melalui Majlis Mesyaurat Raja-raja Melayu dengan memilih salah seorang sultan atau raja dari mana-mana negeri (propinsi) mengikut giliran atau senioriti berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1957. Manakala Sultan atau Raja bagi negeri-negeri seperti Negri Sembilan, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Selangor juga akan ditabalkan setelah berlakunya kematian raja yang terdahulu dan penggantinya mestilah anak sulong (pertama). Upacara ini samalah

Dalam pembiaraan yang singkat ini, Negeri

Sembilan dipilih kerana sedikit berbeza dengan negeri lain kerana negeri tersebut tidak menggunakn keris pendek tetapi menggunakan 8 bilah kering panjang yang disebut gabus/terapang/penyalang. Malah tidak menggunakan istilah sultan atau raja tetapi Yam Di-Pertuan Besar Ngeri Sembilan. Namun status kuasanya sama dengan rajaraja negeri lain.

Keris Panjang/Terapang/Gabus Diraja Negri Sembilan

B. Keris pelengkap busana/perkahwinan

tidaklah segah seperti upacara pertabalan raja atau agong, Cuma keris-kerisan sesuai dengan raja sehari
C.

Keris perubatan dan perbomohan. Masyarakat Melayu walaupun telah mengalami arus permodenan, namun nilainilai tradisi warisan nenek moyang masih diamalkan sehingga kini. Pemilihan keris untuk tujuan ini tidaklah tetap. Apa juga jenis boleh digunakan.

D. Keris seni beladiri atau keris persilatan

adalah keris yang digunakan dalam latihan persilatan boleh berupa apa sahaja jenisnya namun kualitinya adalah rendah berbanding dengan keris-keris tujuan lain.
E. Keris upacara adalah keris khas bagi satu-

satu institusi. Keris ini biasanya diarak atau dipawai masuk ke dewan atau keris rasmi sesuatu intansi pemerintah, GLC, Universitas dan sebagainya.

Keris Upacara Konvokesyen Kolej Risda

Foto: Mohd Nasir Hassan

Foto: Mohd Nasir Hassan

Keris Panca Warisan/ Keris Pemuda UMNO Malaysia

DatoSeri Hisahamuddin Tun Hussin Sedang Memegang Keris Panca Warisan pada Rapat Umum Pemuda Umno 2006

Rujukan:
A.H Hill dkk, 1998, The Keris and The Other Malay Weapon, Kuala Lumpur: MBRAS A.Teeuw dkk, 1970, Hikayat Patani, The Hague: Martinus Nijhoff Hubungang Budaya Dalam Sejarah Dunia Melayu, Artikel Pilihan Dari Majalah Archipel, 2001, edited Daniel Peret dkk, Kuala Lumpur: DBP Mohd Ramli Raman, Raksi Keris: Filsafat Melayu, , 2006, Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu: Kuala Lumpur: APM, Universiti Malaya , Isoteri Seni Tempa Keris Melayu, dalam (edited), Rogayah Hamid dkk, 2007, Kepustakaan Ilmu Tradisional Melayu, Kuala Lumpur: DBP ,2008, (edited), Keris Melayu Semenanjung, Kuala Lumpur: Gateway Publishing & APM

Mohd Yusof Md Noor, 1984, (edited) Salsilah

Melayu Dan Bugis, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Mohd Zainudin Abdullah dkk, 2007, Senjata Warisan,Shah Alam: Lembaga Muzium Selangor Kasim Ahmad, 1964, (edited), Hikayat Hang Tuah, Kuala Lumpur: DBP Nik Safiah Karim dkk, 1985, Kelantan Dalam Perspektif Sosio-Budaya,Kuala Lumpur: JPM,Universiti Malaya. Shahrom Yob, 1967, Senjata Pusaka Melayu

Shahrom Yob,2006, Mata Keris dan

Bentuknya,Kuala Lumpur: Muzium Negara Malaysia. Zakarian Abdullah, 2007,Rahsia Keris dan Senjata Warisan Melayu, Kota Bharu: Muzium Negeri Kelantan. Koleksi dan Foto Kredit: 1. Mohd Nasir Hassan, Kg Dusun Durian, Tawang, Kelantan 2. Keriswalikota, Shah Alam, Selangor 3. Muzium Negri Sembilan, Seremban 4. Jabatan Kesenian dan Warisan Negara.

Anda mungkin juga menyukai