Anda di halaman 1dari 15

Konsep ibadah dalam islam

Khansa’
Nurul Liyana
Raja Nurshahidayu
SALAH FAHAM TERHADAP
PENGERTIAN IBADAH
• Banyak di kalangan kita berpendapat bahawa ibadah itu hanya
solat, berpuasa, menunaikan haji, berdoa dan berzikir semata-mata.
• Ada yang menganggap ibadah itu perbuatan mengasingkan diri,
atau terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya
dilakukan melalui perantaraan orang-orang tertentu.
• terdapat juga di kalangan umat Islam yang mengaku beribadah
kepada Allah, tetapi tindak-tanduknya menunjukkan bahawa ia
melaksanakan ubudiyyah kepada sesuatu yang lain daripada Allah.
• terdapat juga orang yang berpendapat bahawa ruang lingkup
ibadah itu tidak ada kaitan langsung dengan urusan masyarakat,
terutamanya dalam bidang politik dan pemerintahan.
RUANG LINGKUP IBADAH
DALAM ISLAM
• Syumul Ibadah Merangkumi Agama Seluruhn Seluruhnya
• Sebenarnya ibadah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia
sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam.
• Islam amat istimewa hingga menjadikan seluruh kegiatan manusia sebagai
ibadah apabila diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allah demi mencapai
keredhaanNya serta dikerjakan menurut cara-cara yang disyariatkan
olehNya

Firman Allah: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)
untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu
yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi
Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). (Al-Mulk:2)

• ruang lingkup ibadah dalam Islam sangat luas,seluas tempoh hayat


seseorang Muslim dan kesanggupan serta kekuatannya untuk melakukan
apa saja amal yang diredhai oleh Allah dalam tempoh tersebut.
Kewajipan menunaikan ibadah
• Manusia diciptakan oleh Allah S.W.T. dengan matlamat
• yang tertentu, yang telah ditetapkan oleh penciptanya.
• Matlamat itu ialah beribadah kepada Allah S.W.T. Hal ini
• dinyatakan dalam surah al-Zariyaat, ayat 56 yang
bererti:
• “Dan tiadalah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali
• supaya mereka memperhambakan diri kepada-Ku.”
Hakikat ibadah dalam Islam
• Pengertian ibadah (menurut Abu Al-Ala Al-Maududi) :
– Bahasa: Merendah diri, tunduk, patuh dan taat
– Istilah : Taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah.
Jelasnya, ibadah ialah pengabdian dir sepenuhnya kepada
Allah subhaanahu wa taaala.
• Al-Quran menjelaskan bahawa ibadah sebagai
ubudiyyah dan ketaatan.

Firman Allah:Wahai orang-orang yang beriman!


Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang
telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah
kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat
kepadanya. (Al-Baqarah:1-2)
Matlamat & tujuan ibadah
• Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah
• Untuk mencari keredhaan Allah
Pembahagian ibadah
• Ibadah khusus : Merupakan perintah-
perintah yang wajib dilakukan
• Ibadah umum : Segala perkara atau
amalan selain daripada kumpulan ibadah
khusus di atas yang dilakukan semata-
mata untuk mencari keredhaan Allah
Ibadah khusus
• sebagaimana yang terkandung di dalam Rukun
Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan
beberapa amalan khusus seperti tilawah Al-
Quran, zikir dan seumpamanya.
• Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu dilaksanakan
menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w dan berhenti setakat sempadan
yang telah ditentukan oleh syara’ dan
sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh
Rasulullah s.a.w tanpa boleh ditambah atau
dikurangkan atau membuat sebarang
perubahan terhadapnya.
Ibadah umum

• Sesuatu amalan dikira sebagai ibadah dengan


syarat :
– Niat yang benar
– Pelaksanaannya benar, tidak melanggar syariat atau
peraturan Tuhan
– Perkara (subjek) kegiatan tersebut dibenarkan oleh
syariat dan mendapat keredhaan ALLAH
– Natijah (hasil) mesti baik kerana merupakan
pemberian ALLAH ataupun nikmat-Nya kepada
hamba-Nya.
– Tidak meninggalkan ibadah-ibadah asas
Rukhsah
Pengertian
Hukum
Pembahagian kesukaran
contoh
Rukhsah dalam ibadah
• Pengertian : peraturan tambahan yang
dijalankan berhubung adanya hal-hal yang
membebankan sebagai pengecualian daripada
peraturan-peraturan asas
• Contoh :
– Dalam keadaan terpaksa, bangkai boleh dimakan
asalkan tidak berlebih-lebihanSolat jama’ dan qasar
– Solat ketika sakit – solat secara duduk, menelentang
atau berbaring
– Solat khauf – ketika perang
– Tayammum – menyapukan tanah suci ke muka dan
kedua tangan dengan syarat-syarat tertentu apabila
ada halangan untuk berwudhu’0
• Hukum
– Selama tidak ada hal-hal yang menyebabkan
adanya rukhsah maka kita harus mengambil
peraturan asas tetapi apabila ada hal-hal
yang memberatkan kita boleh mengambil
rukhsah.
– Jika melihat kepada rukhsah itu sendiri, maka
hukumnya adalah mubah (kebolehan)
– Ayat albaqarah 173
– 101 an-nisa
Kelebihan ibadah
• Solat yang benar-benar khusyu’ akan mempengaruhi
seluruh kehidupan seseorang itu sehingga ia merasakan
jijik untuk dan benci untuk melakukan sebarang
kejahatan dan kemungkaran.
• Ruh yang dibawa oleh sistem zakat pula
mengembangkan daya kerja yang tinggi di kalangan
orang-orang beriman
• Puasa yang mengukuhkan sifat taqwa di dalam jiwa
mukmin
• Manfaat haji yang besar adalah dorongan bagi seluruh
ummat Islam mengukuhkan kesatuan Muslim.
kesimpulan
• setiap ibadah itu jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh
akan dapat melahirkan ummah yang kuat, bersatu dan diredhai oleh
Allah subhaanahu wa taaala.
• Dua perkara utama yang menjadi ibadah asas ialah rukun iman
yang terdiri dari enam rukun dan rukun Islam yang terdiri dari lima
rukun. Kedua rukun itulah yang merupakan tapak untuk
menegakkan segala amalan yang lain.
• Bila seseorang itu telah mempunyai aqidah yang kukuh maka:
– Hidupnya hanyalah untuk beribadah kepada Allah
– Menolak segala kepatuhan dan ketaatan yang selain dari ketaatan
kepada Allah.
• Islam adalah agama yang syumul, merangkumi semua aspek dlam
kehidupan, dari perkara-perkara yang kecil; makan, minum
sehingga kepada perkara-perkara yang besar; ekonomi, pendidikan
dsb.
rujukan
• Konsep-konsep Umum Islam - Abu Urwah
• Al-Ibadah Fil Islam - Dr Yusuf Al-Qardhawi
• Usul Fiqh – A.Hanafie
• Panduan asas fardhu ain – Azhar Ahmad
• Capaian internet
– http://www.mail-archive.com/itb@itb.ac.id/msg394
– UNITAR faculty
– http://noradila.tripod.com/ - skima usrah

Anda mungkin juga menyukai