Anda di halaman 1dari 50

L/O/G/O

API2032 PENGANTAR
FIQH ISLAM

SEJARAH PEMBINAAN HUKUM ISLAM :


PERINGKAT KEDUA (ZAMAN KHULAFA’ AL-
RASYIDIN)
PENGENALAN
• Bermula selepas daripada kewafatan
Rasulullah SAW (zaman Khalifah Abu Bakar al
Siddiq ) sehingga penghujung zaman Khulafa’ al
Rasyidin. TAHUN 11H – 40H.
• Baginda SAW meninggalkan dua pesaka yang
berharga:
• 1- al-Quran
• 2-al-Sunnah
• Para sahabat meneruskan misi penyebaran
ISLAM ke seluruh dunia.
SAMB…
• Perundangan Islam yang berlansung pada
zaman Khulafa’ al-Rasyidin merangkumi
zaman Sahabat Utama (Kibar al-
Sahabah). Khulafa’ al-Rasyidin adalah:
• 1- Saidina Abu Bakar Al-Siddiq RA
• 2- Saidina Umar al-Khattab RA
• 3- Saidina Uthman bin Affan RA
• 4- Saidina Ali bin Abi Thalib KWH
SAMB…
• Para sahabat menghadapi tugas yang
berat kerana terpaksa berhadapan dengan
pelbagai peristiwa dan masalah yang
tidak pernah wujud pada zaman Nabi
SAW.
• Para sahabat berpegang kuat kepada al-
Quran dan al-Sunnah.
• Para sahabat hanya berijtihad apabila
tidak terdapat hukum dari kedua-dua
sumber tersebut.
SUASANA POLITIK
• Kewafatan Nabi SAW pada awalnya tidak
dapat diterima secara total oleh umat
Islam.
• Saidina Umar RA pernah mengancam
untuk membunuh sesiapa yang
mengatakan Baginda SAW telah wafat.
• Namun diselesaikan oleh Abu Bakar RA
dengan memetik firman Allah SWT dalam
surah ‘Ali Imran: 144
NAS AL-QURAN
‫َل‬ ‫َق‬‫ان‬ ‫ِت‬‫ُق‬ ‫َأ‬ ‫َت‬ ‫ا‬ ‫َّم‬ ‫ن‬ ‫ِإ‬‫َف‬‫َأ‬ ۚ ‫ُّر‬‫ل‬ ‫ا‬ ‫ِلِه‬ ‫ن‬ ‫ِم‬ ‫ْت‬ ‫َل‬ ‫َخ‬ ‫ْد‬ ‫َق‬ ‫وٌل‬ ‫اَّل‬‫ِإ‬ ‫ٌد‬ ‫َّم‬ ‫ا‬ •
‫ْم‬ ‫ُت‬ ‫ْب‬ ‫َل‬ ‫ْو‬ ‫ُل‬ ‫ُس‬ ‫ْب‬
‫َق‬ ‫ُس‬‫َر‬ ‫ُمَح‬ ‫َم‬ ‫َو‬
‫َّل‬ ‫ِز‬ ‫َّل‬ ‫ِه‬ ‫ِق‬ ‫ِل‬ ‫ِب‬
‫ُه‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ي‬ ۗ
‫َه ْي َو َسَيْج‬‫ا‬‫ًئ‬ ‫َش‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫َّر‬ ‫ُض‬ ‫ن‬ ‫َل‬
‫َبْي َف َي‬ ‫َع‬ ‫ٰى‬‫َل‬ ‫َع‬ ‫َعَلٰى َأْع َق ا ْم َو َم َي ْب‬
‫َق‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ۚ ‫ُك‬
)144( ‫الَّش اِكِريَن‬
• Terjemahan:
• Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang
sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah
mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau
terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi
kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir)
maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah
sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan
pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat
Islam yang tidak ada bandingannya itu). Surah ‘Ali Imran:
144
ZAMAN PEMERINTAHAN SAIDINA
ABU BAKAR RA
• Selepas kewafatan baginda SAW, maka teraju
kepimpinan dipegang oleh Saidina Abu Bakar al-
Siddiq RA.
• Pemerintahan Saidina Abu Bakar meghadapi ujian
kerana timbulnya golongan yang enggan
membayar zakat dan mereka yang mengaku
menjadi nabi palsu.
• Selepas masalah itu berjaya ditangani, maka
Saidina Abu Bakar memulakan usaha membuka
wilayah Iraq dan Syam.
ZAMAN PEMERINTAHAN SAIDINA UMAR
AL-KHATTAB RA (13H-23H)
• Selepas kewafatan Saidina Abu Bakar, maka kepimpinan umat Islam
dipegang Saidina Umar RA.
• Banyak kemajuan dan pembangunan yang dilakukan Saidina Umar.
• Diantaranya ialah Melakukan perluasan wilayah Islam meliputi Hijjaz,
Syiria, Iraq, Mesir dan Palestin.
• Melantik gabenor pada setiap wilayah tersebut dan dikehendaki datang
ke Mekah untuk mereka membuat laporan setiap tahun selepas
menunaikan haji.
• Sebelum gabenor dilantik, setiap mereka dikehendaki mengsiytiharkan
harta bagi mengelakan mereka terlibat rasuah.
• Disamping itu, melantik sahib bait al-mal yang mengawasi
perbendaharaan negara.
• Melantik Sahib al-Kharaj yang berperanan mengutip cukai.
• Melantik ketua polis (sahib al-ahdath) untuk mengawasi keamanan)
CONTOH ISU YANG
BERLAKU
• Berlakunya wabak penyakit thaun ‘Imwas di bumi Syam.
(18H)
• Maka akhirnya Saidina Umar RA membatalkan perjalanan
ke bumi Syam.
• Bagi mencegah penularan wabak penyakit taun.
• Selepas kewafatan Baginda S.A.W, Allah mentakdirkan
peristiwa kedua dan ketiga berlaku di zaman Umar Al
Khattab R.A. Pembukaan Baitul Maqdis berlaku pada bulan
Rabi’ul Akhir tahun 16H/637H, selepas pembukaan Syam,
kemudian disusuli pula dengan tersebarnya wabak tha’un
pada tahun 18H. – (At Tarikh Al Islami Al Wajiz, Dr.
Muhammad Suhail Thaqqus)
ZAMAN PEMERINTAHAN SAIDINA
UTHMAN BIN AFFAN RA (23-36H
• Terbahagi 2 fasa:
• 1- Zaman keamanan
• 2- Zaman fitnah al-kubra
• Kejayaan yang ketara Saidina Uthman:
• Perluasan kuasa kepada beberapa buah
negara.
• Mengatasi empayar Rom dan empayar
Parsi.
• Pembukuan al-Quran.
SAMB…
• Zaman perpecahan
• Menyebabkan terbunuh Saidina uthman.
• Pemerintahan menjadi kucar-kacir dan
kemajuan tidak dapat dilaksanakan lagi.
ZAMAN SAIDINA ALI BIN
ABI THALIB RA (36H-40 H)
• Mewarisi pemerintahan yang kurang stabil pasca
kematian Saidina Uthman RA.
• Berhadapan tuntutan untuk mencari pembunuh Saidina
Uthman dan mentadbir negara.
• Penekanan Saidina Ali ialah menguruskan kes
pembunuhan Saidina Uthman secara sulit dan
mengembalikan kestabilan dalam pemerintahan.
• Beliau dituduh melengahkan pencari pembunuh Saidina
Uthman.
SAMB…

• Kemudian berlaku perang Jamal antara tentera


Saidina Ali dan tentera Saidatina Aishah R.Anha.
• Selepas itu, berlaku pula perang Siffin antara tentera
Saidina Ali dan tentera Muawiyah.
• Berakhir dengan peristiwa tahkim dan jawatan
khalifah Saidina Ali berakhir.
• Saidina Ali akhirnya mati dibunuh pada tahun 40
Hijrah ketika dalam perjalanan ke masjid.
• Kematian Saidina Ali menandakan berakhirnya era
Khulafa’ al Rasyidin.
PUNCA MASALAH…
• 1- Setiap wilayah/negeri umat Islam
mempunyai akhlak, budaya, adat dan
sistem hidup yang tersendiri.
• 2- Peperangan dan peluasan wilayah
yang berlaku melahirkan pelbagai
kes.
• 3- Perhubungan dan sistem
muamalat yang berlaku antara orang
Islam dan bukan Islam.
HASILNYA…
• Maka munculnya ijtihad sebagai sebagai
sumber istinbat hukum yang tersendiri
sedangkan di zaman Nabi tidak
diperakukan.
• Kadangkala IJTIHAD bertukar kepada
IJMA’ dan menjadi satu sumber hukum.
• Ijmak adalah kesepakatan para ulama
mujtahid dikalangan umat Islam selepas
kewafatan Nabi SAW di atas satu-satu
hukum Syara’.
Cara-cara sahabat mengenalpasti
hukum
• Para fuqaha’ sahabat setiap kali berhadapan
dengan masalah yang memerlukan jawapan
hukum Syarak , maka mereka akan meneliti
hukumnya dalam al Quran.
• Jika tiada, mereka akan menelitinya dalam al
Sunnah pula.
• Jika tidak ditemui dalam al-Quran dan Sunnah,
maka mereka akan berbincang dan jika tercapai
kesepakatan, maka lahirlah al-Ijmak sebagai
satu sumber hukum.
• Jika tidak ditemui,barulah mereka akan
BERIJTIHAD.
1- Merujuk al-Quran
• Para Khulafa’ al-Rasyidin akan terus merujuk
al-Quran apabila muncul masalah
/dibentangkan sesuatu perkara tentang
hukum.
• Mereka mencari nas yang telah ditetapkan di
dalamnya mengenai hukum.
• Penekanan kepada al-Quran kerana sumber
pertama perundangan Islam selaras saranan
wajib mentaati perintah Allah dan
mengembalikan kepada al-Quran apabila
wujud masalah.
SAMB…
• Firman Allah SWT:

• “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan


taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-
orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu
berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-
Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada
Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu),
dan lebih elok pula kesudahannya”
• (An-Nisaa' 4:59)
2- Merujuk kepada Hadis
• Setelah mengkaji al-Quran dan mereka
tidak menemui nas, maka mereka akan
merujuk kepada Sunnah dan dan fatwa
nabi SAW yang mereka tahu.
• Hal ini selaras dengan Sunnah selaku
sumber kedua perundangan Islam.
• Mereka juga mengadakan perbincangan
dan bertanya mana-mana sahabat lain,
adakah mereka pernah mendengar hadis
atau mengetahui Nabi SAW pernah
menghukum masalah tersebut.
SAMB…
‫• َفِإ ن َتَناَزْع ُت ِفي َش ٍء َف ُّدوُه ِإَلى الَّلِه الَّرُس وِل‬
‫َو‬ ‫ْي ُر‬ ‫ْم‬
• Terjemahan:
• Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara,
maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah
(Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya (al-
Nisa’: 59)
3- al-Ijmak Sahabat
• Jika mereka mengkaji al-Quran dan al-
Sunnah, setelah ditanya para sahabat
tentang hadis serta fatwa Baginda SAW dan
mereka tidak mengetahuinya, maka mereka
akan berbincang.
• Sekiranya mendapat kesepakatan semua
sahabat, maka ia dikenali sebagai al-Ijmak
atau Ijmak Sahabat.
• Hukum yang diperolehi berdasarkan ijmak
sahabat tidak boleh diingkari kaum
muslimin pada waktu itu dan selepasnya.
‫‪4- Ijtihad para sahabat‬‬
‫‪• Nabi SAW pernah membenarkan sahabat‬‬
‫‪untuk berijtihad.‬‬
‫• َأَّن وَل الَّل ِه َّلى الَّل َل ِه َّل َث اًذا ِإَلى‬
‫ُه َع ْي َو َس َم َبَع ُمَع‬ ‫َص‬ ‫َرُس‬
‫الَيَم ِن ‪َ ،‬فَق اَل ‪َ« :‬ك ْي َف َتْق ِض ي؟»‪َ ،‬فَق اَل ‪َ :‬أْقِض ي ِبَم ا ِفي‬
‫ِكَت اِب الَّل ِه‪َ ،‬ق اَل ‪َ« :‬ف ِإ ْن َلْم َيُك ْن ِفي ِكَت اِب الَّل ِه؟»‪َ ،‬ق اَل ‪:‬‬
‫َل‬ ‫ِإ‬ ‫َف‬ ‫«‬ ‫‪:‬‬ ‫َل‬‫ا‬ ‫َق‬ ‫‪،‬‬ ‫َّل‬ ‫ِه‬ ‫َل‬ ‫َّل‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ى‬‫َّل‬ ‫ِه‬ ‫َّل‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ِل‬‫و‬ ‫ِة‬‫َّن‬ ‫ِب‬
‫ْم‬ ‫ْن‬ ‫ُه َع ْي َو َس َم‬ ‫َص‬ ‫َف ُس َرُس‬
‫َيُك ْن ِفي ُس َّنِة َرُس وِل الَّل ِه َص َّلى الَّل ُه َعَلْي ِه َو َس َّلَم ؟»‪َ ،‬ق اَل ‪:‬‬
‫َأْج َتِه ُد ْأِيي‪َ ،‬ق اَل ‪« :‬الَحْم ُد ِلَّل ِه اَّل ِذ ي َّف َق ُس وَل ُس وِل‬
‫َر‬ ‫َو َر‬ ‫َر‬
‫الَّلِه‬
SAMB…
• Terjemahan:
• “Nabi mengutus Muaz ke Yaman. Maka Nabi bertanya
kepadanya:
• “Bagaimana kamu akan memutuskan hukum apabila
dibawa kepada kamu sesuatu permasalahan?” Muaz
menjawab: “Saya akan memutuskan hukum
berdasarkan kitab Allah” Nabi bertanya lagi: “Sekiranya
kamu tidak mendapati didalam kitab Allah?” Jawab
Muaz: “Saya akan memutuskan berdasarkan Sunnah.”
Tanya Nabi lagi: “Sekiranya kamu tidak menemui di
dalam Sunnah?” Muaz menjawab,’ Saya akan berijtihad
dengan pandanganku. Nabi pun bersabda: “Segala puji
bagi Allah yang telah memberI taufiq kepada utusan
Rasulullah.”
Riwayat Ahmad dalam Musnad (22007) (22061) (22100), Abu Daud (3592), al-Termizi (1327)
DAFTAR ISTILAH
i- IJTIHAD :
• Bahasa : mencurahkan tenaga
untuk melakukan sesuatu
perbuatan
• Istilah : mencurahkan segala
usaha oleh seorang mujtahid
untuk mengetahui hukum Syara’
dengan cara istinbat.
• ii- MUJTAHID : Mereka yang
mempunyai keupayaan untuk
mengkaji,menyelidik,menggali dan
mendapatkan hukum-hukum Syara’ yang
amali dari dalilnya yang terperinci.
• Iii- ISTINBAT : Menyelidik dan
mengeluarkan hukum Syara daripada nas-
nas Syara’.
PENDEKATAN YANG TEPAT DALAM
MENGENALI HUKUM SYARA’
• 1- Di dalam al Quran dan al Sunnah
terdapat banyak ayat dan keterangan
yang mewajibkan kita mengikuti hukum-
hukum yang terdapat di dalamnya.

• Ii- Ijtihad dengan al Ra’yi (fikiran)


dimulakan oleh Rasulullah sendiri dan
Baginda mengizinkan para sahabat
melakukannya.
SAMB...
• Iii- Selain itu, ada hukum-hukum yang
dibina telah disertakan dengan illat
(hikmah) daripada pensyariatan
hukum tersebut.
• Iv- Pembinaan sesuatu hukum adalah
bertujuan untuk memberi kebaikan
(maslahah) dan menolak kerosakan
(mafsadah).
Maksud al Ra’yu
• Para sahabat telah berijithad dan
menggunakan fikiran mereka dalam
perkara yang ketiadaan nas.
• Al Ra’yu disini menurut Ibn al Qayyim al
Jauzi, “Apa yang dilihat oleh hati
setelah berfikir , diamati dan dicari bagi
mengetahui jalan yang betul daripada
sesuatu yang terdapat padanya alamat
yang bertentangan”.
SAMB...
• Al Ra’yu tidak terbatas pada satu makna
sahaja tetapi juga merangkumi beberapa
konsep seperti :
i- QIYAS
ii- MASALIH AL MURSALAH
Iii-SADD AL ZARAI’
QIYAS
• MENYAMAKAN SATU HUKUM YANG
SEDIA ADA DENGAN SATU ISU YANG
BARU DENGAN DILIHAT PADA
PERSAMAAN ILLAH
• CONTOH:
• ARAK= HARAM= SEBAB MEMABUKAN
• TUAK= HARAM = SEBAB MEMABUKAN
MASLAHAH MURSALAH
• Al Maslahah bermaksud satu keadaan yang boleh
mendatangkan manfaat atau menolak kemudaratan.

• Apa sahaja perkara yang membawa kebaikan atau


menjauhkan kerosakan dikatakan maslahah.

• Turut ditakrifkan sebagai sesuatu manfaat yang tiada


keterangan nas secara langsung sama ada yang
menyokong atau menolaknya.
• Contoh: pembukuan al-Quran, penyusunan hadis, kalendar
Islam takwim hijrah, penubuhan Baitul Mal, pembinaan
penjara dan sebagainya.
SADD AL-ZARAEI’
• Bermaksud menghalang sesuatu
perkara yang boleh membawa
keburukan/menutup jalan yang
membawa kemudaratan.
• Contoh; Mencegah sebarang
perbuatan yang membawa kepada
zina seperti pergaulan bebas, melihat
aurat wanita ajnabi dan sebagainya.
ILLAT HUKUM DIPERUNDANGKAN
MENJADI ASAS KAJIAN PARA FUQAHA’.

• Setiap ijtihad para fuqaha’ atau mujtahid


adalah berasaskan kepada kajian dan
penelitian kepada illat dan sebab yang
terkandung disebalik pensyariatan sesuatu
hukum.
• Sesuatu hukum yang disyariatkan adalah
bertujuan mementingkan kemaslahatan
manusia dan menghindarkan kerosakan.
‫جلب المصالح ودفع المفاسد‬
CONTOH-CONTOH HUKUM
BERKAITAN

I- Peruntukan zakat bagi orang


muallaf

ii-Menghentikan perlaksanaan
hukuman hadd bagi jenayah Sariqah
I- Peruntukan zakat bagi
orang muallaf
• Terdapat nas yang jelas memperuntukan
hak zakat kepada muallaf.
• Firman Allah SWT:
SAMB…
• Terjemahan:
• Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah
untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan
amil-amil yang mengurusnya, dan ORANG-ORANG
MUALLAF yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-
hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-
orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada)
jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan)
dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu
ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari
Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.
• (At-Taubah 9:60)
TINDAKAN SAIDINA UMAR
RA
• Beliau tidak memberikan peruntukan zakat
kepada asnaf muallaf tersebut.
• Beliau hanya MENANGGUHKAN
perlaksanaan pemberian zakat ini
bukannya membatalkan/menasakhkan
nas.
ILLAH HUKUM….
• illahnya atau sebab penangguhan kerana
syarat-syarat perlaksanaan tidak
cukup.
• Orang Islam pada zaman tersebut ramai,
NEGARA ISLAM digeruni pada segenap
aspek.
• Ini mendorong orang Islam terus kekal
dengan akidahnya, orang bukan Islam
cenderung kepada islam dan berhenti
menyakiti orang Islam.
II-MENANGGUHKAN PERLAKSANAAN HUKUMAN HADD
BAGI JENAYAH SARIQAH

• Terdapat nas yang jelas berkaitan


hukuman hudud bagi jenayah mencuri.
• Firman Allah SWT:
SAMB…
• Terjemahan:
• “Dan orang lelaki yang mencuri dan
orang perempuan yang mencuri maka
(hukumnya) potonglah tangan mereka
sebagai satu balasan dengan sebab
apa yang mereka telah usahakan, (juga
sebagai) suatu hukuman pencegah dari
Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana”
• (Al-Maaidah 5:38)
ULASAN…
• Rasulullah s.a.w. bersabda:

‫• ادرؤوا الحدود بالشبهات‬


• Maksudnya: “Ditolak Hudud dengan sebab
keraguan”.
.1344 ‫ برقم‬،‫ باب ما جاء يف درء احلدود‬،‫• أخرجه الرتمذي يف كتاب احلدود‬
Syubhat yang berlaku di zaman Saidina Umar sehingga beliau
tidak menjatuhkan hukuman potong tangan ialah kerana kerana
dhorurat kelaparan yang membawa kepada seseorang mencuri
sehingga tahun itu digelar Tahun Kelaparan.
Maka syubhat itu kuat sehingga digugurkan hudud kepada
syubhat. Orang yang mencuri ketika tahun kelaparan tidak
disifatkan mencuri kerana dia melihat bahawa dirinya mempunyai
hak terhadap apa yang diambil. Ada pun curi adalah apabila
seseorang mengambil bukan haknya secara bersembunyi. (Lihat
Dr. Al-Qaradhawi, As-Siasah As-Syari’yyah, 203).
PERKARA YANG TIMBUL HASIL DARIPADA
IJTIHAD DENGAN AL RA’YU

i- Menghargai pandangan orang


lain

2- Timbulnya perbezaan
pendapat.
ASBAB AL IKHTILAF BAINAL FUQAHA’ ( SEBAB-
SEBAB IKHTILAF PARA FUQAHA’)

• 1- PERBEZAAN DALAM MEMAHAMI NAS-


NAS AL-QURAN
• Berbeza dalam memahami kalimah quru’
samada membawa maksud suci atau haid.
ۚ ‫• َواْلُم َطَّلَق اُت َيَتَرَّبْص َن ِبَأنُفِس ِه َّن َثاَل َثَة ُقُروٍء‬

• Dan isteri-isteri yang diceraikan itu


hendaklah menunggu dengan menahan
diri mereka (dari berkahwin) selama tiga
kali suci (dari haid). (al-Baqarah:228).
ii- Perbezaan dalam memahami
Sunnah
• Ia berbeza kerana dua sudut:
• 1- Perbezaan pengetahuan mengenai
hadis. Ada sahabat yang menghafal
banyak hadis dan ada yang hafal sedikit.
• Jadi ia memberi kesan kepada ijtihad para
sahabat samada bertepatan hadis atau
tidak.
SAMB…
• 2- Perbezaan pada syarat penerimaan
hadis. Saidina Abu Bakar dan Umar
meminta seorang saksi bagi
mengesahkan hadis yang dibawa seorang
periwayat.
• -Saidina Ali KWH pula meminta perawi
hadis tersebut bersumpah akan
kebenaran riwayat yang dibawa.
• Ini bagi mengelakan sebarang kesalahan
pada hadis tersebut.
iii- Perselisihan disebabkan ijtihad dalam
masalah yang tidak kedapatan nas

• Ini berlaku kerana perbezaan dalam


mengsitnbatkan hukum menggunakan nas-nas
syarak.
• Ada sahabat yang menggunakan qiyas, atau
masalih mursalah, istihsan atau lain-lain nas.
• Contoh: Umar berpendapat seorang yang
mengahwini wanita dalam iddah dan bersetubuh
maka haram wanita itu bagi lelaki tersebut selama-
lamanya selepas dipisahkan sebagai pencegahan
dan pengajaran (Sadd al-Zaraei’). Namun Saidina
Ali berpendapat tidak diharamkan namun hanya
dipisahkan dan dikenakan takzir sahaja.
PERBEZAAN HANYA SEDIKIT
• Kerana sahabat masih duduk berdekatan dalam bumi
Hijaz dan tidak tinggal berjauhan.
• Belum meluas periwayatan hadis.
• Para sahabat banyak berbincang sehingga lahirnya
ijmak.
• Sahabat hanya membincangkan hukum yang berlaku
(fiqh waqie) dan tidak membuat andaian pada perkara
yang belum berlaku.
• Sesetengah sahabat berhati-hati dan takut berfatwa
melainkan terpaksa.
• Sifat warak sahabat. Saling meraikan pendapat dan
tidak menolak pandangan orang lain secara melulu.
PEMBUKUAN PADA ZAMAN SAHABAT

• i- Pengumpulan dan pembukuan al Quran telah


dilakukan dengan sempurna pada zaman
sahabat. Ini adalah hasil inisiatif Umar r.a yang
bimbang akan kematian dikalangan para Huffaz
Quran.
• Maka beliau berbincang dengan Abu Bakar r.a.
dan dipersetujui Abu Bakar r.a.
• Maka Abu Bakar r.a mengarahkan Zaid b. Tsabit
bagi melakukan tugasan yang besar dan berat
ini.
• Ii- Sunnah belum dibukukan pada zaman
tersebut.
KESIMPULAN
• 1- Pembinaan hukum Islam pada
peringkat ini bergantung kepada konsep
kepimpinan Khulafa’ al Rasyidin.
• 2- Sumber hukum pada zaman tersebut
adalah al Quran,al Sunnah dan al Ijmak.
• 3- Ijtihad secara meluas dilakukan oleh
para sahabat dalam mengkaji dan
menyelidik sesuatu hukum yang tidak
terkandung nas di dalamnya.
•SESI SOAL
JAWAB

Anda mungkin juga menyukai