Ancaman Komunis Dan Pengisythiharaan Darurat

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 11

Bab 5:

Ancaman Komunis
dan
Pengisythiharaan Darurat

Kumpulan Lelaki:Adif,Arif
Lee,Ruzairy,Aqmar,Adam, Hakeem,
Syahmi, Riezlan, Amir, Miqhael, Halysh,
Soalan 1 Disediakan oleh : Halysh
Terdapat pelbagai latar belakang pengaruh komunis di negara kita. Antaranya adalah bermulanya
kemasukan pengaruh komunis dari China.Ideologi komunis mula dibawa masuk ke negara kita sejak
awal tahun 1920-an melalui cawangan Parti Kuomintang ( KMT ) yang beribu pejabat dari China.
Cawangan KMT ditubuhkan pada hampir setiap bandar di negeri Melayu bagi menyebar pengaruh
komunis. Antara bandar tersebut adalah Muar, Melaka, Seremban, Klang, Kuala Lumpur & Sungai
Petani. Terdapat sebuah lagi pertubuhan, iaitu Main School yang bergerak dalam kalangan orang
Hailam di bawah Parti Komunis China ( PKC ). Tidak lama selepas itu, perpecahan berlaku antara
KMT & PKC. ( Comitern ) iaitu The Communist International mengarahkan penubuhan Parti
Komunis Nanyang ( PKN ). Namun begitu, PKN tidak berjaya mencapai matlamatnya. Daripada
keadaan ini, Comitern mengarahkan penubuhan Parti Komunis Malaya ( PKM ). Seterusnya,
kemasukan pengaruh komunis dari Indonesia juga merupakan latar belakang pengaruh komunis di
negara kita. Beberapa orang pemimpin komunis dari Indonesia pada ketika itu seperti Tan
Malaka,Moeso dan Alimin menyebarkan fahaman komunis di Seberang Perai,Pulau Pinang,Perak
Utara dan Kedah. Selepas itu, kegagalan Parti Komunis Indonesia ( PKI ) menguasai Pulau Jawa
menyebabkan PKI berusaha membuka cawangan di Tanah Melayu. Namun begitu, usaha mereka
gagal mendapat sambutan orang Melayu kerana komunis menggunakan kekerasan untuk mencapai
matlamat mereka. Selanjutnya, antara latar belakang pengaruh komunis di negara kita adalah berpunca
daripada berlakunya penubuhan Parti Komunis Malaya ( PKM ). PKM bergerak melalui kesatuan
sekerja,pertubuhan,penerbitan akhbar dan sekolah Cina. Pada zaman pendudukan Jepun di Tanah
Melayu, PKM bertindak menjalinkan kerjasama dengan British dalam usaha melawan Jepun. PKM
Soalan 2 Disediakan oleh : Riezlan
Antaranya ialah komunis telah melumpuhkan ekonomi negara.Komunis menyasarkan lombong biji
timah dan juga ladang getah.Hal ini menyebabkan pekerja lombong dan ladang getah
menderita.Selain itu,komunis turut nerosakkan infrastruktur.Komunis mensabotaj kemudahan asas
seperti sistem pengangkutan dan perhubungan.Komunis menyerang pekerja awam yg bertugas dan yg
menjalankan penyelidikan di tapak skim hidroelektrik.Kesannya,kehidupan harian penduduk terjejas
kerana infrastruktur tidak dpt diselenggara.Di samping itu,komunis mengancam keselamatan
rakyat.Contohnya,komunis mencampakkan bom bom tangan di Shuem
Circus,Kampar.Impaknya,rakyat terpaksa menanggung kesengsaraan dan
penderitaan.Seterusnya,komunis mengancam pasukan keselamatan.Komunis menyasarkan pasukan
keselamatan dan menyerang balai polis.Hal ini dikatakan demikian untuk mencetuskan huru-hara dan
menunjukkan ketidakupayaan kerajaan untuk melindungi rakyat.
Soalan 3 Disediakan oleh : Adam
Antara usaha menangani ancaman komunis adalah dengan melalui akhbar seperti Utusan
Melayu.Seterusnya,melakukan bantahan besar-besaran.Contohnya,Cikgu Zaharah berucap
membantah pelaksanaan malayan union.Selain itu,menghimpunkan orang melayu untuk membantah
Malayan Union.Kesannya,perhimpunan tersebut dapat menggesa orang melayu bangkit menentang
penjajahan British.
Soalan 4 Disediakan oleh : Miqhael
Kesan-kesan zaman darurat di negara kita adalah dari aspek politik ialah penubuhan MCA darurat
mendorong Gurney mengambil langkah menawan hati penduduk cina ke arah penubuhan parti politik
berorientasikan tempatan . tan cheng lock membentuk MCA di KL meyakinkan BR bahawa bkn
semua org cina menyokong komunis MCA bersedia berganding bahu dgn kerajaan memerangi
komunis MCA mempunyai 250 orang ahli . Dari segi sosiekonomi pula meningkatkan kos
perbelanjaan darurat menjejaskan perkembangan ekonomi dan meningkatkan kos perbelanjaan BR
utk menangani ancaman . selain itu menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan kepada rakyat .rakyat
menghadapi penderitaan semasa zaman darurat . kawasan ladang dan lombong menjadi sasaran
serangan komunis . akhir sekali merenggangkan hubungan kaum penempatan semula kampung baru
didominasi oleh kaum tertentu iaitu kaum cina dikumpulkan di kwsn petempatan yg sama dan kaum
lain di petempatan lain.
Soalan KBAT 1 Disediakan oleh : RUZAIRY
Kepentingan sikap berhati-hati dalam menghadapi anasir yang menggugat kestabilan negara sangatlah
penting. Dalam situasi seperti ini, tindakan hati-hati dapat menghindarkan negara dari kerugian besar.
Dengan sikap yang berhati-hati, kita dapat menganalisis dan mengevaluasi ancaman dengan
bijaksana, mempertimbangkan konsekuensi jangka panjang, serta mengambil langkah-langkah yang
tepat untuk menjaga keamanan dan stabilitas negara. Sikap berhati-hati juga membantu mencegah
konflik berskala besar yang dapat merusak perekonomian, kesejahteraan rakyat, dan reputasi negara
di mata dunia internasional. Oleh karena itu, dalam menghadapi anasir yang menggugat kestabilan
negara, sikap berhati-hati menjadi landasan penting untuk menjaga keamanan dan mengambil
keputusan yang tepat guna melindungi kepentingan nasional.
Soalan KBAT 2 Disediakan oleh : Haiqal
Pemimpin yang mempunyai pemikiran strategik penting bagi mentadbir negara.Antaranya adalah
dapat memajukan lagi ekonomi negara.Hal ini kerana pemimpin yang strategik dapat memikirkan
pembelanjaan negara dengan betul bagi mengelakkan kerugian.Sebagai contoh pemimpin perlu
membeli barang yang penting bagi rakyat sahaja seperti beras,bahan mentah dan minyak.

Selain itu, pemikiran strategik juga dapat mengukuhkan pertahanan negara.Hal ini kerana pemimpin
dapat mengatur strategi yang bijak bagi melawan musuh ketika peperangan.Sebagai contoh kita dapat
melihat peperangan yarmuk(Islam menentang romawi) dimana Khalid bin Al-Walid yang menjadi
pemimpin bagi tentera islam(24000 tentera) menentang romawi (lebih 100000 tentera) dan
memenangi perang tersebut.

Seterusnya, pemikiran strategik dapat membuat negara lebih harmoni.Hal ini kerana rakyat dapat
hidup dengan lebih selesa dan bahagia.Hal ini demikian kerana negara yang aman dan tenteram dapat
membuat rakyat hidup selesa dan harmoni.
Soalan KBAT 3 Disediakan oleh : adif
Rakyat adalah tunjang untuk menjamin keamanan negara. Antara kepentingan rakyat ialah menjadi
tentera untuk menjaga keselematan negara. Hal ini kerana, negara memerlukan tentera sekiranya
berlaku pencerobohan oleh negara-negara asing.

Selain itu, rakyat perlulah saling menghormati dan bertoleransi sesama sendiri untuk melahirkan
suasana yang aman. Hal ini kerana, apabila negara luar melihat perbalahan dalam negara mereka
memandang rendah justeru menganggap negara kita tidak aman.

Seterusnya, rakyat perlulah menanam sifat patriotisme dalam diri. Sebagai contoh, rakyat boleh
menyambut Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Hal ini menyebabkan
rakyat sedar betapa pentingnya keamanan negara yang diperjuangkan oleh askar-askar dahulu.
Soalan KBAT 4 Disediakan oleh : amir
Pelbagai cara yang dapat saya mainkan untuk menggerakkan masyarakat supaya menghargai
sumbangan pasukan keselamatan.Antaranya adalah saya dapat mengajak masyarakat untuk memberi
penghargaan atau anugerah kepada pasukan keselamatan.Hal ini sedikit sebanyak dapat menunjukkan
rasa hormat kita kepada pasukan keselamatan dan dapat meningkatkan semangat mereka dalam
menjaga keamanan negara.

Selain itu,saya juga dapat mengajak masyarakat untuk hadir meraikan hari pahlawan yang di sambut
setiap 31 Julai.Hal ini kerana hari pahlawan merupakan hari untuk rasa terima kasih kita kepada
pasukan keselamatan negara seperti polis,bomba dan tentera.Kesannya kita secara tidak langsung
dapat melihat pengorbanan yang mereka lakukan dari segi masa dan tenaga malahan ada juga yang
sanggup mengorbankan nyawa demi negara.

Seterusnya,saya juga menggalakkan masyarakat untuk bersikap jujur pada pasukan keselamatan
sekiranya di soal tentang sesuatu perkara.sebagai contoh kita dapat bersikap jujur apabila menjadi
saksi sesuatu kejadian.Hal ini dapat memudahkan lagi kerja mereka untuk menyelesaikan masalah.
Kesimpulan
Dengan mempelajari bab ini saya dapat
sedar akan kepetingan menjaga negara
daripada ancaman komunis. Sebagai
rakyat di negara yang aman kita
haruslah mengelakkan ideologi
komunis merebak agar tidak
tercetusnya konflik di dalam negara.
Jika berlaku konflik, ekonomi negara
akan terjejas dan akan lebih senang
dijajah kuasa asing.
Sekian,
Terima
Kasih!

Anda mungkin juga menyukai