Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pengaruh Islam meluas sehingga ke China dan India pada zaman Umayyah dan Abbasiyah. Pertembungan dengan Tamadun Eropah berlaku sewaktu orang Islam memerintah Andalusia dan Sicily. Pertembungan dengan Tamadun Eropah berlaku melalui perniagaan,peperangan,diplomatik,kebud ayaan dan pusat pengajian.
1) Falsafah dan Pemikiran Tamadun Islam telah mencelikkan orang Eropah terhadap hubungan manusia dengan alam dan tamadun tinggi lagi holistik (merangkumi seluruh kehidupan manusia).
Pada
zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah.
Asas
kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan umat Islam. Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian kebenaran berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga menimbulkan kekeliruan serta kecelaruan yang tidak berpanjangan.
Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. Tetapi juga meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan kemanusiaan. Walaupun segelintir ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai golongan yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik, sosial, budaya, dan bidang-bidang lain.
Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan akal seperti yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban Islam. Kerana itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke negara China. Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam motivasi kepada para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan sama ada di timur ataupun barat.
Perubatan
Sains
Perubatan Islam adalah hasil sintesis at-Tib an-Nabawi atau perubatan tradisi Nabi Muhammad s.a.w dengan perubatan yang berasal dari budaya ilmu Yunani, Parsi, Mesir, Babylon, Cina & India. terawal perubatan terdiri dari golongan Arab Nestorian yang beragama Kristian seperti Hunayn Ibn Ishaq, Yahya alMasawayh & Jurjis bin Bakhtishu.
Tokoh-tokoh
Buku
Zakaria Al-Razi (865-925M), Al-Hawi, Al-Mansur & Al-Asrar telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. tentang penyakit & pemulihan campak, cacar tulen & campak biasa. & pengarah pertama hospital
Kajian
Pengasas
Baghdad.
Ibn Sina (980-1037M) yang dikenali sebagai failasuf & tokoh perubatan. 250 buku dalam berbagai bidang falsafah & sains. agung beliau dalam bidang ini ialah AlQanun fi At-Tib yang merupakan gabungan pengalaman perubatan Yunani, Islam & hasil cerapan beliau sendiri.
Menghasilkan
Karya
Rusyd (1126-1198M) yang juga tersohor sebagai failasuf Islam Sepanyol dengan karya utama ialah al-Kulliyat fi at-Tibb. Ibn Nafis (1288M) dari Syria yang menghasilkan karya perubatan berjudul alSyamil fi al-Sinaat al-Tibbiyah yamng memberi penjelasan tentang sistem peredaran darah melalui rongga jantung & paru-paru.
Ala Al-Din
Matematik
Bidang
Matematik Islam berkembang hasil dari aktiviti ahli matematik Islam yang menggabungkan metodologi matematik India, Yunani, Mesir & Mesopotamia. penemuan matematik Islam ialah sistem nombor, sistem perpuluhan arismatik, algebra, trigonometri & geometri.
Antara
Tokoh
paling cemerlang dalam matematik Islam ialah Muhammad bin Musa alKhawarizmi (780-863M) dari Britain telah berguru dengan orang Islam dan menterjemahkan karya alKhawarizmi tentang geometri dalam matematik dan statistik.
Adelard
Astronomi
Merupakan
sains kajian bintang yang melibatkan kedudukan, pergerakan & perkiraan serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang. astronomi generasi pertama Islam muncul pada pertengahan abad ke 8M di Baghdad. terawal mengenai pencerapan astronomi dalam dunia Islam pada 184H apabila Ahmad AlNahawandi mencerapi pergerakan matahari di Parsi.
Ahli-ahli
Rekod
Karya Abu Masyar dan al-Khawarizmi telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin.
Umat Islam berjaya mencipta kompas,astrolab, alat pengukur bulatan dunia dan alat menimbulkan kapal yang tenggelam. Para astronomi Islam telah diarahkan oleh Khalifah Al-Mamun untuk mengukur lilitan bumi. Mereka mendapati nilainya sebanyak 40,253KM, sedangkan nilai yang diukur pada hari ini hanyalah 40,063KM melalui Khatulistiwa & 40,000KM melalui kutub, perbezaan kurang dari 0.5%.
Astronomi
yang bernama al-Faraghani yang hidup sezaman dengan al-Khawarizmi telah menulis 2 karya yang penting dalam bidang ini :
Usul Al-Falk ( Prinsip Astronomi ) Jawami ilm al-nujum wa Usul al-Harakat al-Samiya ( Sains Bintang & Prinsip Pergerakan Cakerawala )
Botani
Di kota2 besar seperti Cordova, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah. Ibn Arabi menulis buku tentang Botani. Al-Ghafiqi menerbitkan buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. Ibn Baytar menyusun buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang,tumbuhtumbuhan dan bahan galian.
di seluruh dunia Islam sebagai bukti umat Islam memiliki kemahiran dan estetika tinggi dalam seni bina, seni halus, seni lukis dll. Prinsip kejuruteraan Islam :
Kesertaan (mizan) : Prinsip yang membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu berada di dalam kedudukan yang betul di dalam sistem Keseimbangan (tawazun) : Sistem ini diperlukan untuk mengekalkannya di dalam kedudukan tersebut.
Pelayaran
Ramai tokoh pelayaran Islam seperti alMasudi, Ibn Jubayr dan Ibn Batuttah.
Kehebatan Orang Islam dalam bidang pelayaran dan perkapalan tidak menjadikan mereka bangsa perosak seperti bangsa Eropah Portugis, Belanda, Sepanyol, British yang menggunakan kapal mereka untuk menjarah dan menjajah orang lain.
AL-BIRUNI
Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) diBirun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam.
Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi. Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India.
Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam sepanjang hidupnya
Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk. Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan AlSaidalah fi al-Tibb, tentang ubat-ubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M.
Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.
Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal. Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya.
Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Sebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan. Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban manusia. Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri.
Hasil kebijaksanaan dan kreativiti ulama Melayu, mereka telah berjaya menyesuaikan tulisan Arab dengan sistem tulisan Melayu. Justru, terbentuklah tulisan Jawi. Menerusi bahasa Melayu/Jawi,ilmu agama seperti tauhid, fiqh dan tasawuf telah berkembang dengan pesatnya.
Kegiatan menulis ini sudah lama bermula, tetapi oleh kerana usaha pemeliharaan dan penjagaannya tidak ada menyebabkan naskhah2 lama itu musnah begitu saja. Usaha pemuliharaannya hanya bermula pada zaman penjajahan Portugis, Belanda hingga ke zaman British.
Kegiatan intelektual umat Islam terus berkembang dari semasa ke semasa hinggalah ketibaan pengaruh penjajah Belanda dan British pada abad ke 18M.
Tekanan politik pada ketika itu menyebabkan kegiatan intelektual ini lesu dan pudar hinggalah negara2 di Nusantara mencapai kemerdekaan.