Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan Ilmu Falak

Pengertian
• Perkataan falak diambil daripada perkataan
Arab, iaitu ‫ فلك‬yang bermaksud lintasan benda
langit.

• Di dalam bahasa Arab, ‫ فلك‬membawa maksud


yang sama dengan perkataan ‫ مدر‬yang
bermaksud orbit.
• Perkataan ‫ فلك‬disebut sebanyak 2 kali di dalam
al-Qur’an, iaitu pada:

1) Surah al-Anbiya’ 21: 33

‫َو ُه َو اَّلِذي َخ َلَق الَّلْيَل َو الَّنَه اَر َو الَّش ْم َس َو اْلَق َم َر ۖ ُك ٌّل يِف َفَلٍك َيْس َبُح وَن‬

Maksudnya: Dan Dia lah (Tuhan) yang telah


menjadikan malam dan siang, serta matahari
dan bulan; tiap-tiap satunya beredar
terapung-apung di tempat edaran masing-
masing (di angkasa lepas).
2) Surah Yasin 36: 40

‫ْن ِغي ا َأْن ُتْد ِر َك اْلَق اَل الَّل اِب الَّن اِر ۚ ُك ٌّل يِف َلٍك‬
‫َف‬ ‫َم َر َو ْيُل َس ُق َه َو‬ ‫اَل الَّش ْم ُس َي َب َهَل‬
‫َيْس َبُح وَن‬

Maksudnya: (Dengan ketentuan yang


demikian), matahari tidak mudah baginya
mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat
mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya
beredar terapung-apung di tempat edarannya
masing-masing.
• Al-Farabi berpendapat ilmu astronomi adalah
ilmu bintang yang merangkumi dua bahagian
ilmu:
(1) Pemerhatian dan pembuktian sesuatu
fenomena menggunakan bintang
(2) Pembelajaran sains secara sistematik
berkaitan objek langit dari aspek bentuk, saiz,
nama, kedudukan dan peredarannya.
• Ibn Khaldun mendefinisikan ilmu falak sebagai
ilmu yang mempelajari pergerakan bintang-
bintang tetap dan planet-planet. Pemerhatian
cara mana pergerakan itu berlaku,
membolehkan ciri-ciri pergerakan dan
kedudukannya diketahui dengan geometri.
Konsep dan Ruang Lingkup
• Pada zaman ketamadunan terdahulu sebelum
Islam, ilmu falak dikenali sebagai ilmu bintang
dan ia digunakan bagi dua tujuan:
(1) Untuk mengetahui pergerakan bintang
supaya dapat mengetahui tentang musim dan
perjalanan angin.
(2) Untuk mendapatkan kesimpulan bagi
mengetahui ramalan nasib manusia.
• Namun begitu, semasa tamadun Islam
berlangsung kajian dilakukan bukanlah untuk
mengetahui nasib seseorang manusia itu,
tetapi ia merupakan saranan daripada al-
Qur’an sama ada untuk mengkaji keagungan
ciptaan Allah SWT dari aspek hikmah atau
rahsia alam semesta dan fungsinya ke atas
manusia.

• Isu-isu berkaitan seperti arah kiblat, waktu


solat, takwim, hari raya, zakat, iddah dan
sebagainya.
• Surah al-Baqarah 2: 189

ۗ ‫َيْس َأُلوَنَك َعِن اَأْلِه َّلِةۖ ُقْل ِه َي َم َو اِقيُت ِللَّناِس َو اَحْلِّج‬

• Maksudnya: Akan mereka itu bertanya


kepadamu wahai Muhammad, berkenaan
peredaran bulan. Katakanlah: Itu ialah waktu-
waktu yang ditentukan bagi faedah manusia
dan ibadat haji.
• Surah Yunus 10: 5

‫ا َقَّد َناِز َل ِل َل ا َد الِّس ِن‬ ‫ِض‬ ‫ِذ‬


‫َتْع ُمْو َع َد َنْي‬ ‫ُه َو اَّل ْي َج َعَل ْم َس َي ًء َو َق َم َر ُنْو ًر َو َر ُه َم‬
‫ْل‬‫ا‬ ‫آ‬ ‫الَّش‬
‫ا‬ ‫اِحْل‬
‫َو َس َب‬

• Maksudnya: Dialah yang menjadikan matahari


sebagai penerang dan bulan bercahaya dan
Dia telah menentukan perjalanannya supaya
kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan
perhitungan.
• Ilmu falak dapat disimpulkan sebagai:

“Sebuah ilmu yang membahaskan mengenai


alam semesta tentang kedudukan dan
pergerakan objek-objek samawi untuk
menentukan takwim, mencari arah, serta
menetapkan waktu yang berkaitan dengan
hukum-hukum dalam aspek ibadah, aqidah
dan akhlak berlandaskan hukum syarak.”

Anda mungkin juga menyukai