Anda di halaman 1dari 16

Sejarah Keluarga

• Khalid lahir pada 20/12/1965, umur 42 tahun di Felda Hutan


Percha Melaka, mempunyai 7 orang adik-beradik - 4 lelaki 3
perempuan.
• Anak yang keempat. Ibunya Arfah bt. Alang dan bapanya Mohamad
Nor b. Saleh adalah peneroka felda dan bekerja sebagai penoreh
getah sebagai punca pendapatan.
• Hubungannya dengan ibu bapa serta adik-beradiknya amat baik.
Beliau merupakan harapan keluarga dan satu-satunya anak yang
berjaya belajar sehingga ke tingkatan 6.
• Ibu bapanya menyifatkan Khalid anak yang baik, rajin, banyak
membantu bapanya di ladang getah setiap petang.
• Tetapi Khalid juga menyatakan bahawa akhirnya dia juga disifatkan
sebagai anak yang tidak baik kerana terlibat dengan gejala
penagihan dadah!
Sejarah Sosial
• Satu-satunya anak yang menjadi harapan keluarga dan
mendapat pendidikan sehingga ke tingkatan 6 di Sekolah
Menengah Hj. Talib Karim, Alor Gajah, Melaka.
• Khalid juga merupakan seorang pengawas sekolah bermula
dari tingkatan 1 hingga lima di Sekolah Menengah Dato’ Dol
Said, Alor Gajah Melaka dan aktif dengan sukan
sepaktakraw.
• Di kampung, Khalid juga aktif dengan persatuan Belia MAYC
dan dilantik menjadi setiausaha persatuan tersebut.
• Khalid pernah terlibat dengan pertukaran antara belia dari
Sabah dan Melaka. Malah, Khalid juga sering membantu
masyarakat kampung dengan kerja-kerja kahwin selain aktif
dengan sukan sepaktakraw.
• Beliau bercita-cita menjadi seorang guru dan pernah
mengambil peperiksaan tersebut sebanyak 4 kali namun
kesemuanya gagal.
• Kesan daripada kegagalan tersebut Khalid menyatakan Allah
mengujinya dengan najis dadah! Nauzubillah!!!!!
Sejarah Penagihan
• Terjerumus dengan masalah ketagihan dadah apabila putus
tunang disebabkan kecewa yang teramat sangat.
• Adik kepada abang iparnya yang baru balik dari Johor telah
memperkenalkan Khalid kepada najis dadah iaitu ganja namun
Khalid menolak kerana ganja memberi kesan kepada mata
(mata berair dan merah).
• Khalid mula menghisap rokok ketika belajar di tingkatan 6.
• Diperkenalkan pula dengan dadah jenis heroin dan akhirnya
mula ketagih dadah jenis ini.
• Kesan dadah jenis heroin ini telah menyebabkan Khalid
muntah-muntah dan tidak ingat apa-apa selama 2 hari.
• Setelah hampir satu tahun lebih menghisap dadah di
kampungnya, Khalid akhirnya lari ke Kuala Lumpur setelah
bapanya diberitahui oleh pihak polis.
Sejarah Penagihan
• Tiba di Kuala Lumpur, berhenti menghisap dadah selama 3
bulan disebabkan tiada wang dan pekerjaan.
• Khalid akhirnya mendapat pekerja di Kilang Lam Soon
sebagai operator pengeluaran dan bekerja selama 6 bulan
sahaja. Kembali menagih semula dadah jenis heroin
disebabkan percampuran dengan rakan-rakan.
• Pada tahun 1991 pada usia 27 tahun, Khalid bakal mendirikan
rumah tangga dengan gadis pilihannya yang bekerja di kilang
yang sama. 2 minggu sebelum mendirikan rumah tangga,
ditangkap oleh pengawal KL Plaza ketika sedang ‘Chasing The
Dragon’ dan diserahkan kepada pihak polis.
• Meringkuk selama 5 hari di dalam lokap Ibu Pejabat Polis
Daerah Dang Wangi. Akhirnya dibebaskan dengan bantuan
bakal abang iparnya yang bertugas sebagai anggota polis.
Sejarah Penagihan
• Selepas mendirikan rumahtangga, Khalid telah berhenti
menghisap dadah selama 4 tahun lebih. Dalam masa 4 tahun
ini, Khalid mendapat kekuatan dan bantuan daripada
isterinya yang sentiasa mengambil berat ke mana dia pergi
dan pukul berapa dia balik.
• Jarang balik lambat malah tidak tinggalkan solat 5 waktu dan
sering ke masjid. Pada masa yang sama, hubungan dengan
rakan-rakan sepenagihan dulu mula pudar dan jika bertemu
Khalid sekadar mengangkat tangan sahaja.
• Bergaul dengan komuniti di tempat kediamannya. Tidak dapat
menolak pandangan sinis sesetengah masyarakat yang
memandang hina kepada bekas penagih sepertinya tetapi
masih ada juga masyarakat yang menerima Khalid seadanya.
• Khalid juga mengakui bahawa kadang-kadang perasaan
penagih sendiri yang mengandaikan bahawa masyarakat luar
tidak menyukai bekas penagih selain penagih yang mempunyai
perasaan rendah diri.
Sejarah Rawatan
dan Pemulihan

• Tidak pernah mendapatkan rawatan secara farmakologi.


• Pusat Serenti Serendah pada tahun 1999 (1 tahun 1 bulan)
• Pusat Serenti Dengkil pada tahun 2003/2004 (14 bulan)
• Penjara Sg. Buloh (5 bulan). Keluar penjara 29/10/2007.
Jenis dadah yang
disalahgunakan
• Antaranya ialah Ganja, Heroin, syabu, pil-
pil psikotropik seperti Rochee, Eramin 5
dan pil kuda dan juga candu.
• Campurkan Heroin dan Rochee disebabkan
tidak dapat merasakan keseronokan apabila
mengambil heroin sahaja.
• Cara pengambilan/Administrasi –
Sedutan-‘chasing the dragon’,
Suntikan/Intravena.
Ciri-Ciri Heroin
• pKa : 7.6
• Sifat kimia: Dadah bes lemah
• Lebih banyak bentuk POLAR dlm sekitaran asid
• Lebih banyak bentuk TAK POLAR dlm sekitaran beralkali
• Dadah yang bersifat lipofilik (larut lemak) mudah menembusi
membran-dapat melepasi blood brain barrier dengan cepat.
• Disintesis daripada Morfin melalui proses pengasetilan.
• Mempunyai kekuatan 20-25 kali daripada morfin.
• Banyak dalam bentuk hablur putih
(Diacetylmorphine hydrochloride).
Mekanisme Tindakan
• Dikenali sebagai Opiod Semi Sintetik
• Bertindak pada reseptor otak dan juga
bahagian-bahagian lain di badan.
• Merencat tindak balas pada saraf otak.
• Reseptor yang terlibat ialah (mu), (kappa)
dan (delta) –Di Hipothalamus, Otak Tengah,
Sistem Limbik, Thalamus dan Spinal Cord.
• Banyak di reseptor mu – Pergantungan
fizikal, euforia, mengantuk, masalah
pernafasan, miosis & analgesia.
Kesan Mudarat Heroin
• Penggunaan jangka masa panjang:-
i. Pergantungan Fizikal – Badan perlukan dadah utk
proses fisiologi yg biasa & jika berhenti, sindrom
tarikan/withdrawal berlaku.
-Loya/muntah (Chemoreceptor Trigger Zone)
-Miosis, depresi pernafasan, resah
ii. Pergantungan Psikologikal/Psikik – Penagih
merasa gian/mengidam utk guna dadah supaya
berfungsi normal & mencapai ketenangan jiwa.
Kesan Mudarat Heroin
• Kesan tolerans – Perlu dos lebih tinggi
untuk dapat kesan sama.
-Kesan euforia, analgesia, mengantuk &
depresi pernafasan cepat berlaku. (Henry
Hitner & Barbara Nagle)
• HIV/AIDS – Jika berkongsi jarum
• Boleh membawa maut akibat pengambilan dos
berlebihan.
• Hepatitis – Sirosis hati
Sindrom Tarikan
• Berlaku selepas 12-16 jam digunakan. Kemuncak 24-48 jam &
menurun selepas 1 minggu.(Louis. A. Pagliaro)
• Bergantung pada jenis dan ketulenan heroin : Bes Heroin,
Heroin No. 3, Heroin No. 4, Brown Heroin & Heroin Black
Tar.
• Terbahagi kepada 4 peringkat :
i. Peringkat 1-Kurang serius –Selepas 4 jam pengambilan
terakhir. Tandanya: Keinginan kuat ambil heroin, rasa resah,
tak senang duduk. Selepas 8 jam, tak dapat heroin. Tanda:
Gelisah, menguap, berpeluh, berhingus & air mata banyak.
ii. Peringkat 2 - Naik bulu roma seluruh badan, menggeletar,
sakit-sakit badan, tak lalu makan, hilang sabar, marah tanpa
sebab & sakit perut.
iii. Peringkat 3 – Tidak tidur, rasa loya, selera makan
terbantut.
iv. Peringkat 4 – Hidap demam sejuk, loya, muntah & cirit-
birit.
Cadangan Rawatan
• Bagi mengurangkan rasa gian, euforia & sindrom tarikan heroin
:-
ii. METHADONE
• Tujuan detoksifikasi sahaja
• -menambat reseptor endorphine di SSP.
• -Biasa diambil secara oral.
• -Mencegah Relapse – JMT panjang- 24 jam.
• -Mengurangkan kesan euforia

ii. LEVO ALFA ACETYL METHADOL (LAAM)


-Lebih senang dikawal
-Kesan jangka sederhana
-Mencegah Sindrom Tarikan antara 72-96 jam
-Dapatkan dos 2 kali seminggu di klinik.
-Penagih boleh berfungsi normal 3 hari sebelum ambil dos
seterusnya.
Cadangan Rawatan
Buprenorphine
• -Agonis separa pada reseptor (mu)
• -Terikat kuat pd reseptor tiada kesan apabila guna heroin
• -Boleh sebab dependens
• -blh salah guna apabila disuntik (high)
Penutup
• Perubahan Diri Penagih
• Hidayah Tuhan/ Turning Point
• Didikan Agama dan Kerohanian
• Rawatan Farmakologi
• Sokongan Keluarga dan Masyarakat
• Pencegahan Relapse
• Pusat Khidmat AADK
Terima
kasih

Anda mungkin juga menyukai