Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARATHEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI
PPG 2011
Politik
Media
Pengaruh dan dominasi barat tidak hilang,contohnya dalam konteks kebebasan dan hak untuk membuat keputusan terutama dalam hal politik dan keselamatan antarabangsa.
Banyak isu-isu yang berkaitan antara tamadun Barat dan tamadun Islam yang menunjukkan ketidakadilan yang berlaku antara dua tamadun.
Pengaruh barat dalam badan dunia seperti PBB.Melalui pengaruh barat dalam badan dunia ini kita dapat mengetahui banyak negara Islam yang teraniaya dan dikenakan pelbagai tindakan seperti sekatan ekonomi,perang,pencabulan hak asasi serta penguasaan mereka dalam hal politik negara-negara Islam.
Melemparkan pelbagai tuduhan palsu pada negara-negara Islam bertujuan untuk mengekalkan,menjamin dan memenuhi segala kepentingan mereka.-berat sebelah. Pertubuhan-pertubuhan dakwah Islam Tabligh,Taleban,Mujahidin dan Ikhwa-nul Muslimin diharamkan.
Globalisasi
Istilah global dan globalisasi merujuk kepada idea tentang dunia tanpa sempadan seolah-olahnya ia menjadi satu walaupun penduduk berada pada tempat yang berlainan atau jauh. Menurut Anthony Giddens, globalisasi boleh didefinisikan sebagai hubungan sosial serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga perkara disebaliknya (Giddens,A.2000)
Proses dan perkembangan globalisasi dipengaruhi dengan proses yang dinamakan pengantarabangsaan Ekonomi.
Globalisasi memberikan kesan yang mendalam kepada negara maju dan sedang membangun
Bahasa Inggeris merupakan bahasa global pada masa kini.Globalisasi bahasa boleh dikatakan sebagai kedominan satu bahasa yang dinamakan sebagai bahasa global.
Peranannya dianggap penting dalam perhubungan antarabangsa sebagai bahasa ibunda globalisasi
Hasil daripada Teknologi Maklumat terkini ianya memberi peluang kepada AS menyebarkan kepentingan, budaya dan nilai-nilainya ke serata dunia termasuklah jalinan hubungan antara kerajaan dengan rakyatnya.
Media dalam era globalisasi bukan sahaja bertindak sebagai agen berita,maklumat,pendidikan, hiburan atau propaganda tetapi jauh daripada itu ia berperanan untuk menerapkan dan membentuk keperluan sesuatu produk terhadap orang khalayak ramai
Hegemoni Barat
Definisi Hegemoni:
Hegemoni berasal daripada perkatan Yunani, hegemon, yang bermaksud ketua (Mclean,1,1996.The Concise Oxford Dictionary of Politics, Oxford: University Press, p. 218). Mengikut Kamus Dewan (2002 (edisi ketiga): 448), hegemoni ialah pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negaranegara lain.
Hegemoni bahasa inggeris yang pertama berlaku sewaktu penjajahan British di Tanah Melayu. Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama dalam bidangbidang yang penting seperti pendidikan, pentadbiran dan perdagangan. Selepas kemerdekaan,Bahasa melayu telah berkembang dengan pesat.Namun berlaku pula hegemoni bahasa inggeris yang kedua mulai awal tahun 90-an.Bahasa inggeris merupakan bahasa yang menjadi wahana penyebaran globalisasi.
Dari segi diplomatik pula, sesuatu konflik atau permasalahan tidak akan berjaya tanpa penglibatan AS. Politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat.
Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom telah campur tangan dalam politik
RUMUSAN
Kehidupan bertamadun dalam konsep globalisasi sentiasa menghadapi pelbagai bentuk cabaran. Namun bukanlah satu ketetapan bahawa barat akan selamanya menguasai arus globalisasi tanpa ada peluang pada tamadun lain untuk mendominasi.Segalanya bergantung kepada diri masing-masing.
Rujukan
http://sinar.cikedis.com/punca-umat-islamditindas http://nushaqrasah.blogspot.com/2010/06/ keperluan-perpaduan-dalammasyarakat.html http://webku.cz.cc/search/punca-puncapeperangan-berlaku-di-serata-dunia