Anda di halaman 1dari 18

PERANAN GURU DALAM MEMBENTUK PERSEKITARAN KONDUSIF

NIK NURRAHMATUNISA PATRICIA CHIU YAN HIDAYAH

DEFINISI PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF


Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989) Persekitaran merujuk kepada keadaan di sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu).

Menurut Noriati A. Rashid et. al ( 2009): Kondusif membawa maksud sesuai. Robert M. Gagne (1970) di dalam buku Mok Soon Sang (2008) Pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan.

Persekitaran dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya sekolah daripada segi fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Bukan itu sahaja, persekitaran di dalam dunia pendidikan paling sinonim merujuk kepada keadaan bilik darjah.

FIZIKAL

PERKEMBANGAN INTELEK

SOSIAL

PENGGUNAAN BAHASA

FIZIKAL
Kebersihan sekolah meliputi bilik darjah, tandas, kantin dan kawasan sekolah dan lainlain lagi. Kebersihan amat penting di dalam sesuatu perkara. Jika tidak menjaga kebersihan secara tidak langsung tumpuan belajar akan terganggu.

kemudahan sekolah seperti buku-buku, komputer, meja, kerusi Jika kemudahan tersebut mencukupi, murid-murid senang untuk memperolehi ilmu pengetahuan

SOSIAL
Bekerjasama : Bekerjasama di antara anggotaanggota sekolah, bersedia untuk bantumembantu dan rela menjalankan tugas masing-masing tanpa rungutan. Murid-murid bekerjasama untuk menuntut ilmu dan tidak lokek ilmu antara satu sama lain.

Mesra : Dimanifestasikan daripada pergaulan dan keriangan dalam aktiviti-aktiviti sosial di sekolah. Hubungan guru dengan murid mesra dan tidak ada benteng di antara mereka.

PERKEMBANGAN INTELEK
Merujuk kepada semangat ingin belajar. Sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Persekitaran sekolah yang selalu menitikberatkan pelajaran seperti budaya membaca buku akan menwujudkan satu keadaan yang kondusif kerana setiap murid mengamalkannya dan tidak berasa kekok apabila melihat satu sama lain mengamalkannya.

PENGGUNAAN BAHASA
Penggunaan bahasa merangkumi penggunaannya secara betul dan jitu di dalam dan di luar bilik darjah. Contohnya, di dalam kelas sebaik-baiknya hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan kerana memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran walaupun terdapat pelbagai kaum di dalam kelas tersebut supaya satu persekitaran yang kondusif dapat terbentuk.

Peranan guru dalam membentuk persekitaran kondusif


Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pmbelajaran guru haruslah merancang dengan teliti Guru perlu menyediakan rancangan mengajar berdasarkan perkembangan dan minat murid.

Guru mesti bersiap sedia menghadapi menghadapi kerenah dan tingkah laku murid meurut Noriati A. Rashid et. al (2009) Guru mesti memikirkan aktiviti yang mendorong penglibatan seperti perbincangan, perbahasan dan bermain Susunan kelas mestilah dapat memudahkan guru berinteraksi dengan murid

Suasana bilik darjah mestilah dapat mewujudkan perasaan dihargai dan kepunyaan serta mampu memotivasikan murid Guru menetapkan peraturan bagi mengurangkan salah laku murid bersikap penyayang dan mudah mesra dengan murid supaya tiada jurang yang wujud di dalam hubungan dua pihak tersebut

STRATEGI AUTORITATIF
Guru sentiasa memantau tingkahlaku muridmurid di samping menggalakkan mereka untuk berdikari dari segi pemikiran guru memupuk sikap tolak ansur dalam kalangan murid-murid guru juga bersifat prihatin tetapi tetap menentukan batasan-batasan tertentu dalam hubungan guru dengan murid .

Oleh itu, pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat dilaksanakan kerana murid-murid akan menjadi lebih aktif dan mempunyai kawalan kendiri.

MENGURUSKAN AKTIVITI BERKUMPULAN SECARA BERKESAN


Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah Mampu menangani situasi dalam bilik darjah Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan

Libatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran yang mencabar tetapi berada dalam tahap kebolehan mereka dan skop sukatan pelajaran