Anda di halaman 1dari 12

PROJEK KHAS 1968

MOHD SHAFIQ BIN MOHD SUKARDI MUHAMMAD ALIFF BIN ALI DANIEL BIN OTHMAN SYUKRI BIN SAPUAN

Projek Khas Diperkenalkan pada 1968 kerana masalah kelemahan pelajar sekolah rendah di kawasan pedalaman khususnya dalam pelajaran sains. Projek Khas memperkenalkan kaedah pendekatan baru untuk mengajar Sains dengan kerangka sukatan pelajaran yang sedia ada. Rasional memperkenalkan pendekatan pengajaran yang baru ini daripada menukar kurikulum adalah kerana guru telah terbiasa dengan sukatan pelajaran yang sedia ada.

Projek ini menekankan tentang berpusatkan murid, berorientasikan aktiviti, pengajaran penemuan dan pembelajaran Sains menggunakan buku kerja. Ia juga menyediakan bantuan guru terus-menerus untuk melaksanakan sukatan pelajaran sedia ada khususnya di kawasan pedalaman.

Panduan guru, buku kerja dan bahan-bahan yang memperkenalkan pendekatan berorientasikan inkuiri untuk mengajar Sains telah dihasilkan untuk Tahun 1 hinggan Tahun 6.

Haji Hamdan bin Sheikh Tahir menulis di pengenalan semua buku panduan:

Objektif Projek Khas ialah untuk mempersiapkan guru dengan kaedah-kaedah pengajaran yang baru dengan harapan mampu menghasilkan murid yang mampu melakukan ujikaji dan berfikir serta faham akan semua konsep yang akan diajar oleh guru. Semua aktiviti yang ada pada buku panduan akan mengurangkan kebergantungan murid pada pembelajaran hafalan tetapi menggalakkan mereka untuk mendapat pengalaman pada konsep yang akan diajar. Diharapkan ia mampu menarik minat murid pada Sains bukan saja pada peringkat sekolah rendah malahan ke peringkat sekolah menengah. ( Standard One Science Guide-book, 1971)

Pada 1970, satu pelan tindakan telah dilakar dengan satu pandangan untuk menentukan satu tarikh sasaran yang mana beberapa fasa kerja projek sepatutnya diselesaikan. projek khas berfungsi untuk mewujudkan dan menyediakan panduan kepada guru. Penulisan buku panduan guru mengikut corak umum. Silibus yang mempunyai standard tersendiri telah dikaji dan dibincang oleh kakitangan yang terlibat dalam eduation sains contohnya pensyarah universiy, pelatih guru, jemaah nazir sekolah, pakar kurikulum dan guru-guru.

Topik-topik tersebut diatur semula, dan sekiranya perlu, jenis pengalaman yang boleh disediakan bagi murid-murid juga dikenal pasti. Kemudiannya, pelbagai sumber diperiksa untuk idea-idea yang relevan dan berguna. Seterusnya, uji kaji dijalankan dan draf dihasilkan. Akhirnya, buku panduan dihasilkan.

Beberapa pusat khas dikenali sebagai Pusat Kegiatan diwujudkan untuk menampung penyebaran pengetahuan dan sumber untuk guru sekolah rendah di semua negeri. Sebilangan guru telah dilantik sebagai kakitangan penting dalam Pusat Kegiatan. Pada 1970, 40 orang guru daripada 30 pusat kegiatan telah dilatih di Kuala Lumpur kemudian guru-guru tersebut balik semula ke seloha dan melatih guru-guru mengajar Tahun Satu pada 1971 untuk menggunakan buku panduan dan kertas kerja. Dan berterusan hingga ke Tahun Enam.

Guru juga telah didedahkan dengan teknik-teknik dan bahan mengajar yang betul.

Walau bagimanapun beban kerja guru yang berat dan kekurangan tenaga pengajar yang terlatih menghalang proses latihan dan pelaksanaan inovasi. Perancangan jadual yang tidak realistik gagal untuk mengesan masalah yang wujud semasa perlaksanaanya.

LAPORAN DAN PANDANGAN TENTANG PEMBANGUNAN DAN PERLAKSANAAN PROJEK KHAS.


The cost of curriculum development and implementation has got to be paid in time, not merely in cash and personnel. The ultimate price of having to untangle knots of mis-implementation as a result of hurried efforts will be more than whatever time is saved in pushing through an ill-planned crash programme. (Ali Razak, 1973; p. 218)

It does provide for what might be called science literacy, but the orientation of the syllabus is towards mastery of scientific facts with little emphasis on social and religious meaning and significance of scientific discoveries. In other words, the syllabus is cognitively orientated with little attention given to the affective domain of educational objectives... The orientation of the textbooks reinforces memory work and encourages very little, if at all, enquiry skills. .. The teaching of science subjects seems to be guided almost entirely by two powerful variables, namely, examination and textbooks. (Tan Sri Professor Awang Had Salleh, 1983; p.63-64)

Tiada jalan pintas untuk pembangunan kurikulum. Walaupun pada mulanya pelan untuk melengkapkan buku panduan dalam masa 2 tahun, tetapi ia telah mengambil masa 4 tahun. Manakala proses untuk perlaksanaan meningkat kepada 7 tahun.

Anda mungkin juga menyukai