Anda di halaman 1dari 25

Disediakan oleh: Mohd Afiq Syazwan Bin Jame an Prabhu A/L Ragawan 7 PISMP PJ/PK/PSK

Matlamat Sasaran Kiasan sesuatu yang hendak dicapai, tujuan kempen akan dijalankan sehingga matlamat yang dikehendaki itu berjaya Bermatlamat mempunyai matlmat Bermatlamatkan mempunyai sesuatu sebagai matlamat

PENGENALAN: Atlet perlu menetapkan matlamat-matlamat untuk memberi arah tuju usahanya. Penetapan matlamat penting bukan hanya ia merangsang pemikiran atlet untuk menuju ke arah sasarannya, tetapi juga memberinya cara berperingkat peringkat untuk sampai kepadanya. Ini bermakna, penetapan matlamat diperlukan untuk pertandingan & latihan. Jurulatih harus berupaya membantu atlet menentukan matlamat-matlamat ini.

Sambungan
Goal atau matlamat mempunyai ciriciri penting:1. Ia mempunyai pergerakan ke arah sesuatu. 2. Ia mempunyai sedikit intensiti ke arah sesuatu.

Sambungan
Matlamat mungkin menjadi sesuatu yg SANGAT PENTING dalam hidup atlet atau hanya sbg. SEDERHANA PENTING sahaja Jurulatih/atlet selalu menetapkan matlamat untuk MENANG: Menang pertandingan akan datang, atau menang banyak pertandingan dlm. sesuatu musim. Ini adalah Matlamat Hasil ( Outcome goal)

Sambungan
Matlamat Perlakuan (Performance Goal) Jurulatih/atlet perlu juga menetapkan matlamat perlakuan. Matlamat Perlakuan terhad kepada tingkah laku atlet secara spesifik. Contoh: Mendapatkan ketepatan sebanyak 90% dalam rejaman bola tampar atau lain-lain kemahiran.

Sambungan
Dalam latihan, matlamat perlakuan lebih bermakna /berguna, kerana atlet dapat mengawal perlakuannya berbanding dengan matlamat hasil sesuatu pertandingan. Hasil sesuatu pertandingan kadang-kadang sukar dikawal/ ditentukan oleh atlet kerana ia bergantung kepada faktor- faktor lain seperti rakan sepasukan atau lain-lain.

Sambungan
Tahap kawalan:
Sebaik-baiknya, atlet hendaklah menetapkan matlamat perlakuan yg 100% di bawah kawalannya, tetapi kebanyakan matlamat ini tidak boleh 100% di bawah kawalan atlet.

Oleh itu, atlet hendaklah menetapkan matlamat-matlamat yg dia sendiri boleh kawal sebanyak mungkin.

Sambungan
Harga Diri dan Pencapaian:
Dalam sukan, pencapaian diukur dengan KEMENANGAN.

Menang dilihat sebagai kejayaan dan kalah sebagai kegagalan. Pemenang dikira lebih berharga dari orang yg. kalah.
Apabila atlet menilai harga dirinya dengan kemenangan, maka keyakinan dirinya bergantung kpd. menang atau kalah yg ditentukan oleh orang lain. Jika begitu, maka keyakinan diri akan menjadi tidak stabil.

Kajian Berkaitan
Frierman, Weinberg dan Jackson (1990)
Tertumpu kpd penentuan matlamat khusus dan hubungkait dengan prestasi atlet sukan Penentuan matlamat jangka panjang lebih berkesan berbanding matlamat jangka pendek. Namun mereka tidak dapat mengesan perbezaan secara signifikan antara kumpulan yang mengabungkan penentuan matlamat jangka pendek dan jangka panjang.

Kajian Berkaitan
Weinberg, Burton, Yukelson dan wiegand (1993)
Berpendapat penentuan matlamat yang bersifat peroleh kejayaan, mempertingkatkan prestasi dan memperoleh keseronokan merupakan matlamat yang paling digemari. Mendapati atlet lebih gemar menentukan matlamat yang mempunyai kesukaran yang tinggi dan sederhana tinggi. Mendapati pemain-pemain utama lebih mengunakan strategi penentuan matlamat daripada pemain-pemain simpanan.

Prinsip Penetapan Matlamat


1. Tetapkan matlamat yang spesifik lebih baik daripada matlamat umum 2. Penetapan matlamat yang dapat dinilai 3. Tetapkan matlamat yang mencabar lebih baik daripada matlamat yang senang. 4. Tetapkan matlamat jangka pendek 5. Utamakan matlamat pencapaian prestasi diikuti dengan pencapaian hasilan 6. Matlamat harus ditulis dan dijalankan bagi mengekalkan motivasi. 7. Matlamat harus diterima atlet agar efektif.

Matlamat spesifik
Secara amnya, matlamat spesifik mempunyai peningkatan yang baik berbanding matlamat umum(Burton, 1989) Matlamat SPESIFIK lebih berkesan kerana ia mengarahkan perlakuan yg lebih tepat dgn menentukan kriteria kejayaan secara spesifik. Matlamat spesifik mesti boleh diukur (quantifiable). Contoh: Untuk berlari 1500m dlm masa 3:50 di pertandingan esok.

Matlamat yang dapat dinilai


Matlamat khusus ditetapkan untuk menilai keberkesanan matlamat yang telah diusahakan. Cth= Pemain sofbal ingin meningkatkan purata mata pukulan kepada 50%. **Matlamat ini dapat diukur berbanding matlamat yang menyatakan pemain akan melakukan pukulan yang lebih baik.

Matlamat yang mencabar


Matlamat yg mencabar menghasilkan prestasi yg baik. Atlet akan memastikan matlamat yang ditetapkan akan menjadi kenyataan. Oleh itu, atlet berkenaan akan berlatih bersunguh-sunguh. Cth= Berlari 2.4 km dalam masa 4 minit adalah tidak realistik namun boleh menjadi satu cabaran kepada atlet.

Matlamat Jangka Panjang dan Jangka Pendek


Matlamat jangka pendek perlulah digunakan sebagai menyedarkan matlamat jangka panjang (Gould,1983,1986, Locke & Latham,1985) Matlamat jangka pendek lebih mencabar dan realistik. Menjadi asas kepada pencapaian matlamat jangka masa panjang.

Matlamat pencapaian prestasi di ikuti matlamat pencapaian hasilan


Fokus pada atlet terlebih dahulu. Atlet akan beri penumpuan sepenuhnya terhadap prestasi diri agar dapat beraksi dengan baik. Cth ; Pemain bola sepak negara diberi ditumpuan untuk meningkatkan mutu permainan. Usaha ini akan membantu dapat menghasilkan kejayaan pasukan.

Matlamat harus ditulis dan dijalankan bagi mengekalkan motivasi


Ditulis bagi hasilkan perancangan dan strategi. Strategi dan perancangan ini akan menghasilkan matlamat. Penetapan matlamat ini akan mengalakan kepada proses memperbaiki kemahiran Melaksanakan latihan seperti yang dirancang. Lakukan penilaian matlamat untuk kenalpasti prestasi atlet.

Sambungan
Cth Pasukan sepak takraw sekolah merancang untuk melatih kemahiran tekong. Hasilkan matlamat iaitu 90% tekong berjaya dilakukan. Jurulatih perbaiki pemain dalam kemahiran tekong. Laksana latihan. Penilaian matlamat samada dapat melakukan 90% tekong atau tidak.

Faedah Penetapan Matlamat


1. 2. 3. 4. 5. Meningkatkan prestasi Meningkatkan kualiti latihan Menjelaskan harapan/ ekspektasi Boleh bantu melegakan kebosanan Meningkatkan keazaman bagi motivasi dalaman 6. Meningkatkan kepuasan, kebanggaan dan keyakinan diri

7 Langkah Penetapan Matlamat


1. Menetapkan matlamat spesifik 2. Menetapkan matlamat sederhana sukar tetapi realistik 3. Tetapkan Matlamat jangka panjang dan jangka pendek 4. Tetapkan matlamat persembahan, proses dan hasilan 5. Tetapkan matlamat latihan dan pertandingan. 6.Merekodkan matlamat. 7.Membentuk strategi pencapaian matlamat

Matlamat Berpasukan
Matlamat yang ditentukan oleh ahli-ahli dalam satu pasukan menerusi kata sepakat. Minda ahli-ahli sepasukan perlu diselaraskan. Penting supaya kesemua ahli dalam kumpulan berkenaan memiliki hala tuju yang sama. Ini berbeza dengan matlamat individu dimana matlamat individu hanya melibatkan matlamat yang akan dicapai oleh individu berkenaan Penetapan matlamat berpasukan perlu dilaksanakan mencapai keselarasan minda yang sama.

Merekabentuk Sistem Penetapan Matlamat


3 peringkat 1) Persediaan dan Perancangan -Menilai kebolehan altet -Menilai keperluaan latihan kemahiran -Menetapkan matlamat dari aspek kemahiran individu , kemahiran kumpulan dan tahapkecergasan. -Pelaksanaan latihan dengan menetapkan matlamat. -Rancangan cara mencapai matlamat.

2)Pendidikan dan Persoalan -Kenalpasti contoh matlamat yang berkesan -Rancang strategi serta program latihan ikut prestasi kebolehan atlet. 3)Tindakan Susulan -Kenalpasti prosedur menilai matlamat yang sesuai. -Perancangan sesi latihan perlulah dirancang awal -Penetapan matlamat sesuai dengan program latihan -Sediakan sokongan untuk kemajuan atlet. -Perancangan penilaian semula matlamat. -Perlu mengenalpasti kelemahan yang ditemui pada matlamat.

Masalah Penetapan Matlamat


Gagal tetapkan matlamat spesifik Terlalu banyak penetapan matlamat dalam satu masa Gagal ubahsuai matlamat Gagal menetapkan matlamat prestasi dan proses Tidak melakukan tindakan susulan dan penilaian.

Anda mungkin juga menyukai