Anda di halaman 1dari 9

Terapi Seni ( Art Therapy )

Netty Azieana Mohd Ayob Nor Aishah Adenan Nur Zuliana Izyan Zolkalple

Sejarah Terapi Seni


1940

Pakar psikaitris dan psikoanalis di hospital di Great Britain telah menggunakan lukisan dan catan sebagai proses terapi Ramai pelukis dan guru lukisan berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan klinik yang kemudiannya dilantik sebagai penasihat psikaitris atau pengasas perubatan National Joint Service for Social services hanya mengiktiraf Siswazah menjawat perkhidmatan Terapi seni. Maka semakin berkembanglah karier terapi seni (art therapy) sehingga hari ini.

1950 1960

1980 -1990

Apakah Terapi Seni?


Suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan proses kreatif seni untuk mengembangkan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi seseorang. Dikenali sebagai Terapi Seni Kreatif. Sesuai digunakan bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

Tujuan Terapi Seni


Menggalakkan seseorang menghurai dan memahami emosi mereka sendiri melalui ekspresi seni dan ekspresi kreatif. Digunakan dalam kaunseling sebagai mengubati, merawat, membaik pulih dan psikoterapi. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya dan tidak perlu berbakat atau seorang ahli seni.

Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk seni luar . ( Judith Peck )

BERIKUT MERUPAKAN ILUSTRASI EMOSI DARIPADA LUKISAN KANAK-KANAK

GEMBIRA

BIMBANG

SEDIH

MARAH

Bagaimana Terapi Seni dilaksanakan?


Seseorang itu boleh menerangkan mengenai diri sendiri melalui pelbagai bentuk seni. Contoh: mewarna, melukis, seni foto, ukiran atau lain-lain jenis seni visual ekspresif lain Dilakukan melalui komunikasi non-verbal. Matlamat adalah untuk kita menyelesaikan masalah semata-mata dan bukan menghasilkan karya yang menakjubkan.

Malchioi (2006) Didalam sesi terapi seni, yang difokuskan ialah pengalaman dalaman, iaitu perasaan, persepsi, dan imaginasi. Dalam terapi seni, imej, fikiran dan idea sentiasa menjadi fokus yang utama dibawah pengalaman klien.

Kebaikan Terapi Seni


Dapat menambahbaik keadaan emosi atau mental seseorang. Bukan bertujuan sebagai rawatan sahaja tetapi membantu mengurangkan stress/ ketegangan. Sebagai alat untuk kita teroka sifat diri sendiri. Seseorang meluahkan perasaan melalui pelbagai bentuk seni. Menghasilkan sesuatu yang kreatif.