Anda di halaman 1dari 8

ULUM HADITH : Gelaran Ahli Hadith

Oleh: Fazierul Firdaus Afiq Ikhwan Amir Razin (5 Syukur)

Istilah Al-Muhaddith, Al-Hafiz, Al-Hujjah dan Al-Hakim ialah gelaran yang diberikan kepada perawi hadith sebagai penghargaan di atas usaha dan kegigihan mereka dalam bidang hadith. Usaha mulia mereka menghafaz dan meriwayatkan hadith amat besar manfaatnya kepada umat Islam dan patut diberi pujian serta gelarangelaran tertentu supaya mereka akan terus dikenang oleh umat Islam sepanjang zaman.

Al-Muhaddith

Al-Hafiz

Al-Hakim

Al-Hujjah

Gelaran untuk ulama yang menguasai hadith sama ada dari segi riwayat atau dirayat, mampu membezakan hadith daif dan hadith sahih. Mengetahui sifat-sifat orang yang meriwayatkan hadith, menguasai periwayatan hadith yang mukhtalif dan hal-hal lain berkaitan dengan ilmu hadith. Tokoh-tokoh yang mendapat gelaran ini ialah: i. ii. iii. iv. v. Abu Al-Qasim bin Abdul Rahman Muhammad bin Abi Jamrah Ahmad bin Hajar Al-Haitami Ahmad bin Qutaibah Ad-Daunuri Abu Bakar Ahmad bin Marwan Al-Maliki

Gelaran untuk ulama yang memiliki sifat-sifat Al-Muhaddith disamping dapat menghafaz dan menguasai tidak kurang daripada seratus ribu (100 000) hadith dari segi sanad dan matannya. Tokoh-tokoh yang mendapat gelaran ini ialah: i. ii. iii. iv. v. Abu Bakar bin Abi Shaibah Abdullah bin Muhammad Abdullah bin Abdul Rahman Ad-Darimi Muhammad bin Hibban Abdul Rahman bin Abi Hatim Ar-Razi Ibnu Majah

Gelaran untuk ulama yang memiliki sifat-sifat Al-Hafiz dan menghafaz serta menguasai tidak kurang daripada tiga ratus ribu (300 000) hadith beserta matannya. Tokoh-tokoh yang mendapat gelaran ini ialah: i. ii. iii. iv. Malik bin Ismail Al-Hindi Al-Hajjaj bin Manhal Ahmad bin Salamah Al-Barraz Bishr bin Al-Mufaddhal bin Lahiq

Gelaran untuk ulama yang dapat menguasai melebihi tujuh ratus ribu (700 000) hadith dari segi riwayat dan dirayat. Tokoh-tokoh yang mendapat gelaran ini ialah:

i. ii. iii. iv. v.

Malik bin Anas Imam Ahmad bin Hanbal Muhammad bin Ismail Al-Bukhari Muslim bin Al-Hajjaj Muhammad bin Isa At-Tarmizi

Berusaha gigih serta sanggup berkorban harta-benda dan jiwa raga mereka untuk mencari, mempelajari dan menghafaz hadithhadith. Sanggup mengembara walaupun pada usia yang muda untuk mencari dah menghafaz hadith. Rajin menyusun dan mengumpul hadith sehingga lahirnya kitabkitab hadith dan ilmu yang berkaitan.