Anda di halaman 1dari 9

Unit 4 :

Sosial

1- Konsep sosial dalam Islam


sosial ialah perhubungan diantara manusia dalam masyarakat dengan tujuan menjaga kepentingan bersama. sosial dalam tamadun islam telah diasaskan oleh Nabi Muhammad. hasilnya, hubungan masyarakat islam pada ketika itu sangat kukuh.

2- Persamaan taraf

3- Pendidikan

khalifah telah menambah tempat belajar khususnya kepada kanak-kanak untuk meningkatkan pendidikan islam.

sekolah Kuttab (asas) diperkenalkan untuk menempatkan kanak-kanak belajar membaca, menulis, mengira dan menghafaz.

Khulafa Ar-Rasyidin meneruskan tradisi menjadikan masjid sebagai satu daripada tempat penting untuk menyampaikan dakwah, pentadbiran dan pendidikan.

Kuttab didirikan berhampiran dengan masjid untuk memudahkan muridmurid mempraktikkan pelajaran.

4- Memelihara agama
Pada zaman Khalifa Abu Bakar As-Siddiq, kira-kira 70 orang penghafaz Al-Quran terkorban ketika memerangi kaum murtad.
Pada zaman Khalifah Usman Bin Affan, orang islam bertambah ramai.

Ketika itu, Al-Quran belum lagi disusun dan dibukukan.

Khalifah Usman mengarahkan Zaid Bin Thabit, Abdullah Bin Zubair dan Abdul Rahman Bin Harith menulus dan membukukan Al-Quran.

Khalifah Abu Bakar memberi tugas kepada Zaid Bin Thabit atas cadangan Umar Al-Khattab untuk mengumpulkan Al-Quran.

Salinan Al-Quran dihantar ke setiap bandar dalam wilayah-wilayah islam untuk dijadiakn rujukan.

5- Keadilan sosial
pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin, orang bukan islam dijamin keselamatan harta benda, jiwa dan kebebasan beragama.

orang islam dilarang menggunakan tempat ibadah orang bukan islam sebagai tempat tinggal.

orang bukan islam tidak boleh dipaksa menukar agama mereka.

6- Kebajikan
Khalifah Umar Bin AlKhattab telah memperuntukkan sebidang tanah khusus untuk keperluan fakir dan miskin. Penternak kecil-kecilan digalakkan menggunakan kawasan padang ragut tersebut untuk memelihara ternakan. Seorang pengawal ditugaskan untuk mengawasi kawasan tersebut bagi menghalang penternak kaya menggunakannya.

Khalifah Umar Al-Khattab memerintahkan pengurus Baitul Mal memberi bantuan peruntukkan fakir miskin kepada seorang yahudi buta. Khalifah juga telah membatalkan jizyah yang dikenakan kepada yahudi tersebut.

Peranan kepimpinan memajukan bidang sosial

Khalifah mengambil berat mengenai masalahmasalah dan keperluan rakyat. Khalifah sentiasa memantau keperluan rakyat dari semasa ke semasa. Ketegasan pemimipin sangat penting bagi memastikan tugas yang dilakukan berjalan lancar.

Faktor kejayaan kepimpinan dalam bidang sosial


Semangat pengorbanan
Khulafa Ar-Rasyidin sanggup mengorbankan harta bagi membiayai angkatan perang.

Kesederhanaan

Khulafa Ar-Rasyidin bersederhana dalam kehidupan seperti tempat tinggal, kenderaan dan pakaian. Khulafa Ar-Rasyidin bersikap adil terhadap kepentingan rakyat, tidak mengira kaum, bangsa atau agama. Khulafa Ar-Rasyidin mempunyai ilmu dan luas pengalaman, cekap dalam pentadbiran dan tegas menjalankan tugas.

Keadilan

Kecekapan

keperihatinan

Khulafa Ar-Rasyidin sangat perihatin terhadap kebajikan rakyat.

Anda mungkin juga menyukai