Anda di halaman 1dari 4

KITAB TAUHID

JILID 1 FASAL 2
Kepentingan Ilmu Tauhid dalam Islam

Iman adalah asas amalan


Allah s.w.t. hanya menerima amalan orang yang beriman. Orang kafir melakukan sesuatu amalan bukan kerana Allah. Oleh itu, amalan orang kafir tidak akan dibalas pahala; sebaliknya, mereka akan menerima azab yang pedih. Orang kafir ini menggunakan segala milik Allah tanpa keizinan dan petunjuk-Nya. Dalil al-Furqan 25: 23, Ibrahim 14: 18, an-Nuur 24: 39

Pintu masuk Islam mengucap dua kalimah syahadah


Islam meletakkan syahadatain sebagai rukun Islam yang pertama. Maksud Asyhadu an la ilaha illaLlah ialah mengakui dan mempercayai bahawa alam ini ada Tuhan Maha Esa yang mencipta, membuat, mengatur dan memerintahnya. Maksud Asyhadu anna Muhammadar RasuluLlah ialah beriman, percaya dan yakin bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pesuruh Allah yang diutus Tuhan untuk membawa hidayah dan keterangan tentang perintah dan larangan-Nya.

Jika ilmu Tauhid tidak diketahui dan difahami, syahadah yang dilafazkan batal dan tidak sempurna. Ilmu Tauhid wajib dipelajari supaya syahadah yang dilafazkan dan agama Islam yang dianuti sah, serta amalan yang dikerjakan diterima. Dalil Muhammad 47: 19, Ali Imran 3: 18

Anda mungkin juga menyukai