Anda di halaman 1dari 12

Ahmad Asraff Al-Rasyid Bin Abdul Malik AlEa Jun Sen Anis Azirah Binti Yazid Nurfatin Binti

Idrus

1) Engage (melibatkan)
Peringkat ini memerlukan guru untuk menarik perhatian murid terhadap perkara yang akan dipelajari. Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar, melakonkan sesuatu situasi atau bertanya pelbagai jenis soalan untuk menarik perhatian murid.

Murid akan mempunyai minat untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran dan tidak berasa bosan. Contohnya: guru menayangkan video mengenai haiwan yang terdapat di zoo untuk menarik minat pelajar mempelajari topik ciriciri fizikal haiwan.

2) Explore (penerokaan)
Peringkat ini memerlukan pelajar meneroka dengan lebih mendalam sesuatu masalah yang diberikan oleh guru bagi memenuhi inkuiri murid. Murid boleh mengumpul, menyusun, mentafsir, menganalisis dan membuat penilaian terhadap data yang diperolehi.

Aktiviti hands on dan eksperimen dapat memberi peluang kepada murid membina sendiri pengetahuan tanpa bergantung kepada guru. Contohnya: murid menjalankan sendiri eksperimen bagi mengkaji objek yang boleh ditarik oleh magnet dan objek yang tidak boleh ditarik oleh magnet.

3) Explain (menerangkan)
Murid menerangkan kefahamannya kepada guru mengenai konsep yang dipelajari setelah selesai melakukan aktiviti hands-on. Guru memberi penjelasan dengan lebih mendalam supaya kefahaman murid menjadi kukuh dan dapat memperbetulkan sebarang miskonsepsi yang timbul dalam diri murid.

Murid menjelaskan kefahamannya manakala guru membantu murid membuat kesimpulan atau generalisasi umum mengenai tajuk yang dipelajari. Contohya: selepas melakukan eksperimen mengenai objek yang boleh ditarik dan tidak boleh ditarik oleh magnet, murid dapat membuat kesimpulan umum bahawa semua objek yang diperbuat daripada besi dapat ditarik oleh manget dan objek bukan besi tidak dapat ditarik oleh magnet. .

4) Elaborate (menghuraikan)
Guru mengaitkan konsep yang dipelajari dengan persekitaran dan pengalaman murid. Murid mengaplikasikan pengetahuan (konsep yang dipelajari) ini untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru dalam konteks yang berbeza.

Murid lebih faham tentang sesuatu perkara dengan dengan lebih jelas. Contohnya: murid menggunakan pengetahuan konsep magnet untuk mengasingkan serbuk besi daripada serbuk bendasing yang lain.

5) Evaluate (penilaian)
Guru dapat menilai kefahaman murid terhadap topik yang dipelajari melalui latihan yang diberikan. Guru juga dapat membuat penilaian mengenai pengetahuan sedia ada murid terhadap tajuk yang dipelajari. Guru dapat memperbaiki kelemahan murid dan dapat meningkatkan kemahiran murid.

Contohnya: melalui latihan mengasingkan serbuk besi daripada serbuk bendasing yang lain, guru dapat menilai kefahaman murid terhadap konsep magnet yang telah dipelajari.

SEKIAN TERIMA KASIH.