Anda di halaman 1dari 7

Surah An-Nasr

Madaniyyah 3 ayat

Pengenalan
1. Mengandungi berita gembira untuk Baginda saw dan para sahabah ra. 2. Bantuan kemenangan agama Islam. 3. Hati manusia dibuka :untuk beragama. 4. Arahan agar bertasbih dan mensucikannya.

Maksud Perkataan
Walfathu:kemenangan ; membuka kota atau memutuskan hukuman dalam sesuatu isu antara kamu dengan musuh-musuh Islam. Affujjan:berduyun-duyun; berpasuk-pasukan. Fasabihh :at-Tasbih bermaksud menyuci dan membersihkan-Nya. Al-Hamdu ialah puji-pujian kepada-Nya lantaran Dia layak menerima pujian tersebut.

Keterangan Ayat
Nabi saw amat perihatin agar manusia beriman. Timbul perasaan sedikit bimbang dan resah. Maka surah ini mengembirakan dan mengingatkan agar perasaan itu dijauhkan.

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemengan. ayat 1 Dan engkau lihat ramai manusia masuk agama Allah dengan beduyun-duyun ayat 2

Mesti berlaku kerana batuan dan dukungan Allah. Kota-kota dan hati-hati yang terkunci rapat terbuka. Manusia berpusu-pusu masuk kedalam agama Allah.

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat. ayat 3 Jika berlaku : Syukur dan pujilah dan bertasbihlah dan sucikanlah Tuhanmu. Puji-pujian : mengingati sifat-sifatNya dan namanamaNya. Istighfar dan minta ampun. Kita tidka terlepas dari dosa.

Penutup
Surah ini merupakan pengumuman berkenaan kematian Nabi-Nya. Pengertian ini difahami oleh beberapa orang sahabat lalu mereka menangis. Ya Allah ampunilah kami, selawat serta salam ke atas junjungan besar kami yang kami kasihi.amin.

Anda mungkin juga menyukai