Anda di halaman 1dari 43

Faktor yang telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum 1970

Apa buktinya perpaduan tidak boleh dicapai sebelum tahun 1970?

BERLAKUNYA PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969

SIAPA YANG TERLIBAT DALAM PERGADUHAN INI ?

ORANG MELAYU DAN CINA

MENGAPA KITA MASIH LAGI MAHU MENGUNGKIT KEMBALI PERISTIWA INI ?

Perbincangan ini bukan untuk melihat ketegangan yang berlaku atau melukakan kembali parut yang telah pun kering dalam peristiwa berkenaan tetapi tujuannya lebih menjurus untuk memperkatakan rentetan sebab musabab mengapa ianya terjadi seterusnya dapat menjadi pedoman kepada semua

APAKAH FAKTOR YANG MENYUKARKAN PERPADUAN PADA WAKTU ITU IAITU SEBELUM TAHUN 1970

Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun


Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris


Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.

TEMPAT TINGGAL
Orang- orang melayu dan penduduk asli dibiarkan terbiar diperkampungan dan dipedalaman seperti sediakala. Alasannya adalah untuk mengekalkan corak hidup mereka yang unik dan menarik pada pandangan penjajah. Etnik- etnik pendatang terpisah dari segi tempat tinggal.

ORANG CINA
TINGGAL DI BANDAR JALANKAN PERNIAGAAN DAN PERLOMBONGAN MEMILIKI ASET YANG TINGGI DALAM EKONOMI HINGGA KINI.

ORANG MELAYU
TINGGAL DI LUAR BANDAR SEBAGAI PETANI ATAU NELAYAN KECIL. EKONOMI SARA DIRI. MELAYU MENJADI MUNDUR, LEMAH SERTA KETINGGALAN.

KAUM INDIA
TINGGAL DI LADANG GETAH DAN MENJADI BURUH KASAR. EKONOMI BERCORAK SARA DIRI.

KESAN PENEMPATAN BERBEZA.


Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.

menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka

Pemilikan harta berpihak kepada penduduk bukan asli negara. 1969- pemilikan syer syarikat kebanyakannya dimiliki oleh rakyat asing iaitu 62.1%. - Orang cina = 22.8% - Melayu = 1.5% - India = 0.9 %

PENDIDIKAN.
Latar belakang pendidikan yang berbeza sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.

Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

Namun selepas merdeka iaitu sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan india yang mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang memberi impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan kerajaan cuba memperkenalkan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar dilakukan.

Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya . Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan .

Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka.

Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan

KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

PERTELINGKAHAN PARTI POLITIK.


Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu.Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu

Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali dengan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang. Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat.

Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan Melayu. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat sedikit. Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu

Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orang-orang Melayu amnya. Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan. Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ.

Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu". Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur

Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan. Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina.

Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969

Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.

Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 .

Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soalsoal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah

Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi

Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

Perbezaan agama dan budaya Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.

Masalah ekonomi Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.

Persatuan-persatuan etnik Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007) Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini.

Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.

Anda mungkin juga menyukai