Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Fitrah merupakan suatu pemberian atau anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk fizikal atau mental. Fitrah kejadian manusia boleh dilihat dari dua perspektif iaitu perspektif agama dan biologi. Kedua-dua perspektif ini mempunyai persamaan dan perbezaan yang tersendiri.

Persamaan Fitrah Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama dan Biologi

i.

Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai keunikan tersendiri anugerah daripada Pencipta-Nya.

ii. Pemerolehan ilmu adalah bertujuan untuk melahirkan individu yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. iii. Keperluan hidup mendorong manusia untuk mengembangkan potensi diri mereka ke tahap maksimum. iv. Perkembangan manusia adalah merangkumi semua aspek dalam kehidupan iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). v. Setiap manusia melalui proses pertumbuhan dan perkembangan yang sama.

Perbandingan Fitrah Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama dan Biologi

Perspektif Aspek

Agama

Biologi

Manusia dilahirkan dengan Manusia dilahirkan dengan

Sifat atau Ciri

sifat atau ciri yang dianugerahkan oleh Tuhan.

sifat atau ciri yang diwarisi daripada asas genetik seperti baka dan persekitaran.

Personaliti individu (baik atau buruk) adalah

Personaliti individu adalah bergantung kepada interaksi yang kompleks antara gen-gen yang dapat menjadikan sikap seseorang itu cenderung ke arah kebaikan atau sebaliknya.

Personaliti

bergantung kepada penghayatan agama serta mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Perspektif Aspek

Agama
Sifat fizikal adalah

Biologi
Sifat fizikal adalah dipengaruhi oleh faktor keturunan atau baka.

Sifat Fizikal

anugerah daripada Tuhan dan bertujuan untuk dimanfaatkan oleh seseorang individu. Perkembangan intelek dan potensi diri manusia

Perkembangan intelek dan potensi diri manusia adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Perkembangan Intelek

merupakan suatu nikmat yang dikurniakan oleh Pencipta-Nya. Ilmu yang diperolehi adalah

Pemerolehan ilmu adalah bersumberkan kepada guru, sekolah dan sumber teknologi.

Pemerolehan Ilmu

datangnya daripada Tuhan dan hanya diperolehi dengan kehendak-Nya.

Rumusan
Sesungguhnya kejadian fitrah manusia berlaku dalam dua pandangan iaitu melalui perspektif agama dan perspektif biologi. Namun demikian, dari kedua-dua pandangan ini mempunyai beberapa persamaan seperti memperkembangkan individu dalam pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain itu, terdapat juga beberapa perbezaan yang ketara dari aspek konsep, personaliti, sifat fizikal, perkembangan intelek dan pemerolehan individu. Secara fitrahnya, manusia dilahirkan dengan mempunyai sifat-sifat yang baik dan dianugerahkan akal untuk memilih jalan yang baik atau yang buruk, kerana yang baik itu datangnya dari Maha Pencipta dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri kita sendiri.

Bibliografi: Dr. Ee Ah Meng, (2003). Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketampilan Ikhtisas (Semester 1). Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Haliza Hamzah, Joy N.Samuel & Rafidah Kastawi, (2008). Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Haliza Hamzah & Joy N.Samuel, (2009), Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (2nd ed.). Selangor: UG Press Sdn. Bhd. Mardzelah Maksin (ed.), (2003). Pendidikan Islam 2. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Asyikin Hashim, (2010). Fitrah Manusia Menurut Perspektif Agama. Retrieved January 31, 2012 from http://www.slideshare.net/shahrulasyikin/fitrah-manusiamenurut-perspektif-agama