Anda di halaman 1dari 15

Kurikulum & Pengajaran Muzik (MZE3101) Penilaian Aural

Disediakan oleh: Nurul Atiqah bte Azahari Nor Haliza binti Md Thaib The Nur Idayu binti Abd Ghafar Unit: PISMP BM/PJ/MUZIK Sem 5 2012

Definisi
Penilaian: - Satu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarya seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. - Lazimnya, terdapat dua jenis penilaian di peringkat sekolah rendah iaitu penilaian sumatif dan formatif

Aural: - Yang berkaitan dengan pendengaran terhadap suara/bunyi : volume, pitch, tempo. Penilaian Aural: - Penilaian secara formatif yang dilaksanakan oleh guru untuk mengukur pencapaian murid dari segi kepekaan pendengaran dalam mengenal pasti serta menguasai elemenelemen muzik sama ada irama, tempo, melodi dan seumpamanya.

Tujuan Penilaian Aural


Irama adalah pendekatan asas dalam pendidikan muzik dan berkaitan dengan kehidupan murid/kanak-kanak . Boleh menajamkan deria pendengaran malah dapat memantapkan lagi pemahaman konsep harmoni penguasaan aural dalam muzik . Membantu memupuk kemahiran pelajar muzik dalam mendengar muzik secara mental semasa membaca skor muzik.

Menggalakkan kebolehan berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan mencipta muzik . Sensitif dengan bunyi dipersekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik. Membantu untuk memahami kesemua degree dalam tempo-ellegro, andante, accelerando dan ritardando dapat dialami, difahami, dan diekspresikan dengan badan.

Jenis-jenis Penilaian Aural


Terdapat dua jenis penilaian aural yang dilaksanakan di sekolah iaitu: Irama meter, corak irama Melodi pic, kontur melodi,

Penilaian Aural I- Irama


Irama Pergerakan elemen dalam muzik berturut-turut secara teratur. a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil. b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek. c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter. d. Beat-beat mempunyai tekanan. e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang.

Simbol Verbal : Irama , detik, not dan tanda , rehat , meter , tekanan , corak irama, ostinato, rentak.

Penilaian ini melihat penguasaan murid dalam: - Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik - Membezakan panjang pendek sesuatu nilai not dalam corak irama. - Merasa tekanan / accent pada sesuatu lagu. - Membezakan irama/rentak yang sama dan tidak sama. - Mengenal pasti meter sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan/didengar.

Penilaian Aural II - Melodi


Melodi : Pergerakan/perubahan tinggi rendahnya nada yang dimainkan dari waktu ke waktu. a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana. b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi,rendah dan mendatar. c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat. d. Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic.

e. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu. f. Pic boleh disusun secara berurutan. g. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu. Simbol Verbal : Melodi , skel (major,minor,pentatonik) , frasa lagu / melodi , sekuens ,nada.

Penilaian Aural Melodi mengukur penguasaan murid mengenal pasti dan membezakan antara : - Melodi dan iringan. - Pic tinggi,tengah dan mendatar. - Skel yang dimainkan. - Pic yang melompat dan berulang. - Nada sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan.

Contoh-contoh Penilaian Aural


Mengenal pasti melodi dan irama dengan tepat melalui pendengaran. Mengenal pasti pelbagai jenis triad dan kord yang terdapat dalam melodi yang diperdengarkan. Mengecam nada major dan minor yang terdapat di dalam keratan lagu yang diperdengarkan. Mengenal pasti jenis skel setiap lagu yang dikumpul. Menulis solfa bagi setiap lagu yang dikumpul. Mencari jeda-jeda antara not-not bagi setiap lagu yang dikumpul. Mengenal pasti kord dan kaden.

Sekian, terima kasih

Rujukan
http://www.scribd.com/doc/54130212/5KurpengajaranMuzik http://eprints.uthm.edu.my/1575/ http://www.iptho.edu.my/download/panduan_pismp.pdf http://www.slideshare.net/guest4b329ff/muzik-danpergerakan-3687914 http://www.scribd.com/doc/73902339/Contoh-Cover-1 http://pgsripgmtuankubainun.blogspot.com/2011/07/tugas an-aural-dan-nyanyian-semerta-ii.html http://www.scribd.com/doc/73902339/Contoh-Cover-1 http://edukasi.kompasiana.com/2011/01/14/irama-danmelodi/

Anda mungkin juga menyukai