Anda di halaman 1dari 18

Minggu 6 : Rasional Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Ahli kumpulan: Noor Syazwani binti Khorudin Nur Syuhada binti Mohd Sakeri Nurakma Maira binti Mat Siliji Pensyarah : En Mansor bin Mohamad

KENAPA RIMUP ?
PENGENALAN Sistem pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan bagi membangunkan identiti nasional, semangat kebangsaan, perpaduan dan cinta akan negara dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Menyedari pentingnya peranan sistem pendidikan dalam menyediakan persekitaran untuk sosialisasi sebilangan besar golongan muda di negara ini, maka aspek memperkasakan sistem pendidikan di sekolah-sekolah telah diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri.

1986 Pada peringkat awalnya, pelaksanaan RIMUP adalah di peringkat sekolah rendah. Aktivitinya menjurus kpd, kefahaman terhadap konsep & perancangan aktiviti tidak diberi penekanan secara menyeluruh di semua peringkat. Setiap sekolah rendah hanya diberi garis panduan tanpa penjelasan lanjut tentang tatacara pelaksanaannya.

2004 KPM telah memantapkan semula RIMUP. Buku Panduan yang digunakan sejak tahun 1986 telah dimurnikan semula bagi memenuhi usaha perluasan program tersebut. Buku panduan yang baharu dinamakan BUKU PANDUAN RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP). Seterusnya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menginstitusikan pelaksanaan RIMUP dalam teras terutama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 2010, iaitu Membina Negara Bangsa

RIMUP diperkemaskan lagi melalui pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 utk membentuk perpaduan melalui Teras Pertamanya iaitu Membina Negara Bangsa-menekankan aspek memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan, aspek memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, pemupukan kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta terhadap Islam Hadhari

RIMUP
Lama Baru Dilaksanakan secara berkelompok Melibatkan semua sekolah, secara berkelompok dan di sekolah rendah sahaja peringkat sekolah di semua sekolah rendah dan menengah. Tidak melibatkan semua negeri Pelaksanaan aktiviti di peringkat kokurikulum Melibatkan semua negeri Merentas semua kokurikulum dan kurikulum

Latar belakang Aktiviti Dasar

Rasional

RIMUP

Kaedah

Objektif Matlamat

Konsep

LATAR BELAKANG
RIMUP mula diperkenalkan pada tahun 1986 di peringkat sekolah rendah di beberapa buah negeri sahaja.

DASAR KPM
Hubungan rapat terjalin antara murid. Wujud persefahaman dan perpaduan. Saling menghormati antara agama dan adat resam kaum.

KAEDAH
Menyediakan peluang kepada semua murid pelbagai kaum bergaul mesra secara SEDAR dan TERANCANG. Perpaduan dapat dipupuk dan dibina serta diamalkan dalam masyarakat.

Konsep RIMUP
RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

Matlamat RIMUP
Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

Objektif RIMUP
Menggalakkan penyertaan masyarakat , para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.

Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.

Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.

Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.

Rasional RIMUP
1. Mewujudkan pelbagai budaya dalam sesebuah bilik darjah - Murid yang terdiri dari pelbagai ras etnik & budaya akan membawa mereka sendiri. - Cara berkomunikasi yang berbeza - nilai-nilai sosial dan cara berinteraksi berbeza 2. dapat melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah

3. satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat , guru dan kerjasama murid2 dalam kegiatan2 khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. 4. Keperluan pendidikan berbilang budaya
- menjadikan guru lebih peka kepada amalan2 sekolah yang selama ini diterima tanpa dipersoal. -Ada amalan2 sekolah secara tidak langsung mendiskriminasi golongan tertentu. - Sebagai contoh, pengisian kurikulum dan buku teks yang tidak mengambil kira keperluan dan pengertiannya bagi murid2 yang berbilang latar belakang, mungkin menyebabkan murid tertentu berasa tersisih dan ketinggalan

5. mengurangkan stereotaip dan prasangka (prejudice) dalam kalangan guru dan murid
- Ada guru yang mempunyai prasangka (negatif) kepada murid disebabkan ras, agama, kecacatan atau kebolehan mereka. - memberi peluang kelompok yang berasa tersisih, meningkatkan keyakinan diri mereka selain meningkatkan peluang mereka mengecapi kejayaan

6. meningkatkan peluang untuk berjaya dan menimbulkan kesefahaman dan perpaduan dalam kalangan murid.
- Seperti yang dinyatakan sebelum ini, budaya asal seseorang murid itu boleh mempengaruhi tingkah lakunya di dalam bilik darjah. - Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa kanakkanak yang lemah dan datang dari keluarga yang miskin mempunyai gaya belajar yang berbeza. - Mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih spesifik berbanding dengan murid yang lebih berupaya yang hanya memerlukan bimbingan sahaja dan boleh belajar sendiri.

Aktiviti RIMUP
Kecemerlangan akademik Program sukan & permainan Sambutan perayaan dan perhimpunan
Seminar peperiksaan Kem motivasi Pertukaran tenaga pakar akademik

Merentas desa Bola tampar, bola jaring, bola sepak Permainan tradisional

Hari Raya Aidilfitri,Tahun Baru Cina, Deepavali Pesta Keamatan,Hari Gawai

Perkhemahan/lawatan

Perkhemahan integrasi,demonstrasi masakan, pertukaran murid Perkhemahan Slang Budaya ( tarian,muzik, makanan &pakaian)

Khidmat Masyarakat

Gotong royong Kemem derma darah,kempen kitar semula.

Kesimpulan
Harapan agar Program RIMUP ini mencapai matlamatnya dan mendapat sokongan padu daripada semua pihak lebih-lebih lagi sekolah-sekolah yang terlibat. Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan serta orang perseorangan malahan PIBG juga boleh melibatkan diri dalam program seumpama ini. Semoga integrasi antara kaum dapat di padukan serta disatukan menjadi masyarakat Malaysia yg aman & makmur.

Sekian terima kasih