Anda di halaman 1dari 27

BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABLED)

Pensyarah: Puan Nor Laini Binti Che Mat Oleh: Mohd Shahrul Bin Suliman
Mohammad Amer Faris Bin Mohd Asri

Konsep Masalah Pembelajaran Apakah yang dimaksudkan dengan masalah


pembelajaran? Sebelum membicarakan tentang konsep dan definisi masalah pembelajaran, perlulah terlebih dahulu memahami konsep lain yang lebih luas iaitu kanakkanak berkeperluan khas. Pengetahuan tentang kanak-kanak berkeperluan khas akan membantu untuk lebih memahami konsep-konsep lain yang berkaitan dengannya seperti pendidikan khas dan masalah pembelajaran

Garciulo (2003) definisi keperluan khas: "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, cognitive, or behavioral characteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs."

9 kategorikan kanak-kanak berkeperluan khas:

1. Terencat Akal (Mental Retardation) 2. Kurang Upaya Dalam Pembelajaran (Learning Disability) 3. Kecelaruan Emosi atau Tingkah Laku (Emotional or Behavioral Disorders) 4. Pintar Cerdas dan Berbakat (Gifted and Talented)

5. Masalah Bahasa dan Pertuturan (Speech and Language Disorders) 6. Masalah Pendengaran (Hearing Impairment) 7. Masalah Penglihatan (Visual Impairment) 8. Kecelaruan Spektrum Autisma (Autism Spectrum Disorder) 9. Kurang Upaya Fizikal atau Masalah Kesihatan (Physical or Health Disability)

Definisi Masalah Pembelajaran


Jabatan Pendidikan Khas,KPM: Murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori kanakkanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah;

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab KPM: Sindrom Down Autisme ringan Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorders/ADHD) Terencat akal minima Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability), dan

Kurang upaya dalam pembelajaran khusus (Contoh: Disleksia)"

Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran


Aspek psiko-motor

Aspek kognitif

Aspek afektif

Aspek psiko-motor: Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

Aspek kognitif: Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.

Aspek afektif: Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka

Masalah Bahasa Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran


Bentuk Bahasa

Kandungan Bahasa

Penggunaan Bahasa

Bentuk bahasa: Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan kombinasi bunyi. Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti nama untuk mama , blink untuk drink . Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem). Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan tenses yang salah (bahasa Inggeris).

Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam lingkungan ayat tersebut. Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.

Kandungan Bahasa:

Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan, kehendak, dan makna perkataan dan ayat. Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak berupaya memahami makna perkataan.

Penggunaan Bahasa: Bagi kanak-kanak disleksia dan aphasia:

kesukaran mengenalpasti bunyi sesuatu huruf cth: cat (bahasa melayu) cat (bahasa inggeris), nama utk mama.

kesukaran mengenalpasti sesuatu perkataan di mana huruf terakhir atau suku kata tidak ditekankan dalam sesuatu perkataan cth: makan disebut kan Baju disebut ju.

kesukaran untuk memahami ayat yang berbentuk pasif yang mengandungi klausa. Menggunakan ayat-ayat yang pendek & membuat kesilapan dari segi tatabahasa.

kesukaran memahami perkataan yang mempunyai lebih dari satu makna. agak pasif semasa menjalankan aktiviti berpasangan/berkumpulan

Bagi kanak-kanak Terencat akal dan Sindrom Down:

kesukaran dalam penghasilan pertuturan (artikulasi), kurang konsonan yang berkelompok & konsonan terakhir dipotong. Cth: bola disebut ola. mengalami masalah penaksiran semantik seperti memahami ungkapan kiasan. lambat untuk menghurai dan memahami pertuturan perbuatan/arahan orang lain.

i. Masalah / Halangan: Sukar untuk berkomuniksi. Jarang menggunakan bahasa. Tidak suka bergaul dan suka bersendiri. Perkembangan bahasanya adalah lambat. Sukar untuk menggunakan bahasa.

ii. Faktor Mengalakkan Komunikasi: Mengadakan pelbagai aktiviti kepada pelbagai yang dapat menarik budakautisme supaya dia dapat bergaul dan dapat berbahasa dengan kawan-kawanyang lain.

Apabila berkata-kata dengan mereka, haruslah menggunakan bahasa yang jelas. Gunakan Alat Bantu Menjagar untuk mengajar mereka. Gunakan permainan bahasa supaya mereka lebih minat berbahasa

Implikasi Terhadap Intervensi Bahasa

Strategi intervensi

Keberkesanan komunikasi

Strategi intervensi
a. Peranan ahli patologis pertuturan / bahasa:

Mengenalpasti pengidap alami kecelaruan bahasa Mendapat dan mendalami maklumat tentang kemahiran bahasa Menilai tingkah-laku bahasa / komunikasi pengidap Membuat keputusan tentang keperluan intervensi Menjalankan program intervensib.

b. Terapi:

Kajian membuktikan bermain dapat merangsang minda dan kebolehan berfikir kanak-kanak. Manfaat bermain ini dirasai semua orang, termasuk kanak-kanak yang tidak boleh bercakap dan melihat. Bahkan, kesannya turut dirasai orang dewasa. Secara umumnya terapi bermain boleh:

Membolehkan kanak-kanak mengawal emosi dan kehidupan. Kanak-kanak yang pandai bermain juga sebenarnya ada daya kognitif (kebolehan berfikir) yang baik.

Bermain dapat menggalakkan kanak-kanak untuk berkawan, berinteraksi dan saling mendapat serta memberi sokongan sesama mereka.

Membantu kanak-kanak mengadaptasi dengan persekitaran baru dengan cepat. Memberi kanak-kanak kepuasan dan keyakinan diri apabila bermain dapat dilaksanakan dengan baik.

c. Pendekatan Interaktif Keluarga dan Persekitaran:

Antara cara-cara menggalakkan komunikasi awal kanak-kanak.: Elakkan mengajuk cakap seperti keanak-anakkan. Gunakan gaya yang sesuai dengan ekspresi muka. Menerima usaha kanak-kanak yang ingin berkomunikasi. Cuba mentafsir maksud komunikasi anak dan cuba galakkan anak terus berusaha untuk berkomunikasi.

Sentiasa menceritakan apa yang berlaku dan menamakan benda-benda. Gunakan ayat yang ringkas, pendek dan jelas. Gunakan peluang seharian untuk berkomunikasi. Dengar permintaan anak dengan bersungguh-sungguh. Baca buku kepada anak setiap hari.

d. Pendekatan Interaktif Dalam Bilik Darjah: Menggalakkan murid-murid meniru perkataan dan ayat ketika berinteraksi di dalam bilik darjah. Mengarahkan murid-murid membina ayat sekurang-kurangnya 5 patah perkataan setiap hari berdasarkan perkataan yang diberi oleh guru. Elakkan memberi perkataan yang sukar kerana bimbang jika murid tidak mampu membina ayat.

Menyediakan pelbagai aktiviti permainan bahasa. Guru juga perlu menerangkan maksud perkataan kepada murid terlebih dahulu bertujuan untuk membantu murid memahami dengan lebih baik. Guru perlu banyak menggalakkan murid untuk mengekspresikan idea dan berkongsi pendapat. Guru haruslah memberi maklum balas yang segera terhadap pencapaian atau kelemahan bahasa murid supaya murid sedar terhadap kemampuan mereka. Menggalakkan murid supaya bertanya di dalam bilik darjah ketika guru mengajar atau melakukan aktiviti kelas.

Kesimpulan
Kesimpulannya ialah bagi masalah bahasa ini pelbagai cara dan alternatif bagi menjalankan p&p yang berkesan atau sekurang-kurangnya membantu dalam memberikan latihan bahasa kepada pelajar bermasalah pembelajaran ini dai segi masalah bahasa.