Anda di halaman 1dari 12

KOMPONEN SISTEM RANGKA

DISEDIAKAN OLEH: NUR LIYANA BINTI FOUIZI NUR FATIHAH BINTI ABD RAHMAN MOHAMAD NAZRIEN BIN HASSAN 3PISMP PK MP PR 2

PENGENALAN
Sistem rangka merupakan satu sistem yang sangat penting pada tubuh manusia. Hal ini kerana sistem ini mempunyai pelbagai fungsi tubuh. Sistem ini terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti ligamen, kartilej, tendon dan sendi. Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia. Tulang-tulang ini mempunyai lapisan luaran yang kuat, keras, tebal dan bahagian tengah berongga yang mengandungi sum-sum.

RANGKA MANUSIA

Tulang

Sendi
KOMPONENKOMPONEN SISTEM RANGKA

Ligamen

Tendon

Kartilej

TULANG
Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia. Tulang-tulang ini mempunyai lapisan luaran yang kuat, keras, tebal dan bahagian tengah berongga yang mengandungi sum-sum.

LIGAMEN
Ligamen adalah tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak. Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya serta membolehkan pergerakan pada sendi. (memberi sokongan dan kekuatan kepada sendi)

TENDON
Tendon ialah sejenis tisu berfiber tidak kenyal yang sangat kuat. Berfungsi untuk melekatkan otot dengan tulang dan juga pada otot yang lain. Apabila otot berkontraksi tendon yang terdapat pada hujung otot akan menarik tulang.

KARTILEJ
Kartilej adalah tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang yang membentuk sendi. Kartilej berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila bergeseran antara sendi dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakan pada tulang. bone
kartilej bone

SENDI
Sendi merupakan tempat pertemuan dua tulang yang bersebelahan.

Terdapat tiga jenis sendi pada manusia iaitu sendi tanpa gerak (synarthroses), sendi yang mempunyai gerakan terhad (amphiarthroses) dan sendi yang boleh bergerak bebas (diathroses).

JENIS-JENIS SISTEM RANGKA


Sistem Rangka terdiri daripada dua iaitu :
axial (paksi). Contoh tengkorak, sternum, tulang rusuk, dan tulang vertebra. appendicular (hujung/keluar dari badan). Contoh klavikel, skapula, radius, ulna .

FUNGSI SISTEM RANGKA


Fungsi Sokongan Huraian Tulang membentuk rangka tubuh bagi menyokong tisu-tisu lembut dan organ tubuh. Rangka melindungi organ dalaman yang penting seperti saraf tunjang, jantung dan mata. Tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi menghasilkan pergerakan apabila otot yang melekat pada tulang berkontraksi. Sum-sum dalam tulang menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Contoh Perlekatan otot-otot pada tulang-tulang rangka Tulang rusuk melindungi paru-paru dan jantung.. Sendi lutut melibatkan tibula, fibula dan femur. Perlindungan

Pergerakan

Pembentukan sel-sel darah

Sternum, femur, pelvis dan humerus.

Penstoran mineral

Tempat penstoran mineral seperti kalsium dan fosforus. Mineral ini akan dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain pada tubuh apabila diperlukan.

Lemak distorkan dalam kaviti tulang. Jika diperlukan, lemak akan diserap ke dalam darah dan digunakan oleh tisu lain sebagai sumber tenaga.

SEKIAN.

Anda mungkin juga menyukai