Anda di halaman 1dari 29

Kompetensi Kecerdasan Emosi

Tajuk kes : Murid pecah gegendang telinga ditampar guru

Definisi KKE
Kecerdasan emosi sebenarnya ialah keupayaan mengenal pasti perasaan kita dan perasaan orang lain, memotivasikan diri sendiri, menguruskan emosi dengan baik dalam diri sendiri dan perhubungan dengan orang lain. Kecerdasan emosi terdiri daripada realisisi kendiri di mana seorang individu mempunyai kebolehan untuk mengawal perasaan kendiri.

Mengikut Daniel Goleman, kecerdasan emosi yang menentukan kejayaan seseorang. Kecerdasan emosi merujuk kepada integrasi emosi dengan struktur kognitif dalam personality individu, iaitu sejenis elemen psikologikal yang dihasilkan daripada penerapan emosi dengan kognitif dengan seseorang. Gardner (1993) menyatakan kecerdasan emosi dalam gabungan kecerdasan intrapersonal dan interpersonal dalam teori kecerdasan pelbagainya.

Kepentingan KKE
Kepentingan kompetensi kecerdasan emosi seseorang guru kepada bukan sahaja untuk memahami

perasaan diri dan orang lain malah pentingnya memanfaatkan emosi dan mengurus hubungan. Dengan kompetensi kecerdasan emosi yang ada pada seseorang guru, para guru berupaya menguruskan perasaan dan emosi negatif diri dengan baik.

Guru yang berupaya menguruskan emosi kecewa dirinya akan sentiasa berfikiran terbuka terhadap keputusan yang dicapai dan tidak melakukan perkara yang bodoh. Bagi seseorang guru yang mempunyai kecerdasan emosi yang empati, dia mempunyai sensitif terhadap persekitaran dan boleh menyesuaikan diri dengan perasaan gembira, marah, sedih atau sakit hati. Tahap pencapaian kecerdasan emosi guru akan menentukan tahap pencapaian kecerdasan bilik emosi darjah pelajar yang melalui

pengwujudan

suasana

menyokong

perkembangan emosi secara sihat.

Kompetensi kecerdasan emosi


Kompetensi Personal Kompetensi Sosial

Kesedaran Emosi

Pengurusan Kendiri

Kesedaran Sosial

Kemahiran Sosial

Kesedaran Emosi Kendiri Kesedaran Ketepatan Kendiri Keyakinan Kendiri Penghormatan Kendiri Kesejahteraan Kendiri

Kawalan Emosi Kendiri Kebolehsuaian Keboleh-percayaan Ketekunan Daya Usaha Berorientasikan pencapaian Inisiatif Optimis Motivasi Kendiri

Membangun individu Empati

Kepimpinan Berinspirasi Komunikasi Pengaruh

Kesedaran Organisasi Berorientasikan Perkhidmatan Melayani Kepelbagaian

Pemangkin Perubahan Pengurusan Konflik Membina Perhubungan Kerja Berpasukan & Kolaborasi

Peristiwa murid pecah gegendang telinga ditampar guru adalah disebabkan kurangnya kawalan emosi kendiri dalam diri seorang guru. Sebagai contoh, sekiranya seseorang murid itu melakukan kesalahan, maka guru sepatutnya menghukum atau mendenda murid dengan waras Denda memang perlu untuk mendisiplinkan pelajar jika dilaksanakan dengan cara yang berkesan.

Sekiranya guru tersebut boleh mengawal perasaan diri, amatlah mudah baginya supaya tidak cepat meradang dalam sebarang situasi. Guru yang bersifat sabar akan dapat menjalin hubungan yang erat dengan murid-muridnya. Seorang guru yang kurang kawalan emosi akan menyebabkab mereka tidak tenang dalam menghadapi tekanan. Guru yang tidak mampu mengawal emosinya akan berlaku gangguan semasa mengajar murid-murid di dalam kelas

Ketidakwajaran guru mendenda murid disebabkan kurang komunikasi antara guru dan murid di dalam kelas semasa proses p&p. Setiap guru perlulah mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya seorang guru itu dapat berkomunikasi dengan murid, secara tidak langsung guru itu dapat memahami masalah yang dihadapi oleh murid itu.

Guru seharusnya mengambil langkah untuk mengambil tahu masalah mereka tanpa perlu meradang atau memarahi mereka sekiranya terdapat kesalahan yang mereka lakukan. Berlakunya kes murid pecah gegendang telinga ditampar guru berikutan dengan sikap guru yang kurang bijak menyusun strategi sgar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling membantu serta hormat- menghormati.

Guru perlu memotivasikan diri sendiri dan berpegang kepada matlamat untuk mendidik dengan penuh ikhlas. Tanpa memotivasikan diri, guru akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti ketiadaan matlamat yang jelas, hilang fokus, hilang minat dan luntur komitmen. Guru yang kehilangan motivasi kendiri juga boleh menyebabkan seseorang itu gagal untuk

mengekploitasi potensi dirinya sebenar

Guru yang tidak bermotivasi akan melihatnya sebagai bebanan dan menyusahkan diri. Kesan daripada itu, guru akan mengajar secara sambil lewa dan tidak fokus kepada subjek berkenaan. Guru seharusnya melihat sesuatu cabaran itu sebagai peluang untuk menambah kemahiran diri, membuktikan potensi serta menambah nilai kepada pengetahuan yang sedia ada

Guru yang gagal mengurus konflik akan memberi kesan negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru perlu memahami punca-punca konflik, cara-cara penyelesaian dan kesan konflik. Krisis dalam pengurusan konflik boleh memberi kesan yang memudaratkan diri seseorang guru jika aturan dan jalan penyelesaiannya tidak bersesuaian dengan situasi konflik.

Guru yang kurang berdedikasi dalam mengendalikan kelas adalah guru yang gagal mengurus konflik mereka. Ketika di dalam kelas, mereka akan kurang fokus kepada pengajaran tetapi lebih memikirkan soal masalah atau konflik yang mereka alami. Terdapat juga segelintir guru yang tidak menghadirkan diri ke kelas untuk mengajar murid-murid mereka disebabkan konflik yang sentiasa membelenggu mereka.

Kompetensi kepelbagaian ini bererti keupayaan melayani murid tanpa mengira keturunan, jantina, kedudukan, status ekonomi - sosial, agama, dan lain- lain. Seorang guru itu mempunyai kompetensi kepelbagaian yang kurang, maka seorang guru itu mempunyai kesukaran untuk melayani kepelbagaian pelajar.

Secara amnya, setiap guru mengajar lima hingga enam kelas setiap hari Sudah pasti guru terpaksa berhadapan dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai yang mempunyai kerenah dan latar belakang yang berbeza. Apabila guru tersebut tidak dapat lagi menahan tekanan, seserang guru akan merasakan kepelbagaian murid ialah satu bebanan baginya

Apabila seseorang guru kurang kompetensi ketekunan, dia tidak akan mempunyai sifat dedikasi, tidak mempunyai keseronokan bekerja. Apabila seseorang guru itu tidak berminat dengan profesion perguruan, dia tidak akan mempunyai perasaan seronok untuk bekerja. Malah dia juga tidak akan melaksanakan tugasnya sebagai seorang guru dengan bersungguh- sungguh.

Kurangnya kompetensi kebolehpercayaan dalam diri seseorang guru antara penyebab guru memukul pelajar secara tidak wajar. Guru telah diberi kepercayaan oleh ibu bapa atau penjaga pelajar, pengetua dan pihak kerajaan utuk mendidik dan menghukum pelajar dengan hukuman yang wajar

sekiranya mereka membuat kesalahan. Tetapi malangnya, kepercayaan itu telah dipersiakan.

Apabila seorang guru itu kekurangan kompetensi emosi kendiri, dia tidak akan sedar emosi diri sendiri dan ciricirinya serta kesannya. Malah dia juga tidak akan bagaimana emosinya mempengaruhi personaliti dan tingkah lakunya. Ada masa kesan daripada perasan marah akan mempengaruhi tingkah laku iaitu dia akan melepaskan kemarahan dengan menampar pelajar sehingga pelajar itu pecah gegendang.

Apabila seseorang guru yang mempunyai kekurangan optimistik, dia akan mudah memberi hukuman yang tidak wajar kepada pelajar yang tidak mematuhi peraturan. Seseorang guru itu akan berasa bahawa pelajar yang bermasalah dan tidak mematuhi peraturan ialah satu bebanan baginya. Ada guru yang tidak dapat mengawal tekanan, pasti akan melepaskan tekanan dengan cara yang salah.

Setiap orang guru perlu mahir dalam berinteraksi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak mempunyai kemahiran dalam berinteraksi dengan murid-muridnya, sudah pasti guru dan muridnya tidak dapat berinteraksi dengan baik dan hubungan mereka tidak akan baik.

setiap pelajar adalah berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, guru diberi bimbingan dalam kemahiran mengendali pelajar yang senyap, pelajar yang terlalu nakal dan tiak mahu mengikuti peraturan. Dengan interaksi yang efektif, guru akan dapat menyelami dan mendalami masalah yang dihadapi oleh pelajarnya yang bermasalah. Seminar interaksi efektif pengubat kepada kegagalan berinteraksi.

Sekolah berdisiplin perlu dilaksanakan di setiap sekolah bagi mengatasi masalah disiplin warga sekolah. Sekolah berdisiplin ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selesa dan tingkah laku warga sekolah yag berdisiplin. Sekiranya seorang pelajar berdisiplin, maka seorang guru juga akan berdisiplin dan kitidakwajaran dalam

menghukum pelajar tidak akan berlaku.

Senaman adalah salah satu aktiviti yang mudah dilakukan individu pada waktu yang sesuai. Secara umumnya, aktiviti senaman dapat meningkatkan tahap kesihatan pelajar dan guru bukan sahaja dari segi jasmani malahan emosi, rohani, intelek dan sosial. Guru dan pelajar dapat memberi fokus yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan otak yang cergas.

Guru dapat mengawal emosi mereka serta dapat mengelakkan daripada berlakunya denda atau hukuman yang tidak wajar kepada murid di dalam kelas. Mereka juga dapat berfikiran positif dalam semua aspek serta menganggap setiap kerja baru yang diberi sebagai peluang untuk meningkatkan kemahiran dalam mengajar. Hal ini dapat melahirkan guru yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek.

Program ini boleh dijalankan di setiap sekolah pada. Secara tidak langsung, program ini mampu memberi kesan yang positif terhadap guru dan murid. Melalui PPPP, setiap guru di sekolah-sekolah dapat memperolehi pelbagai ilmu yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Guru juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan efektif serta membina jaringan dengan murid, ibu bapa dan komuniti sekolah. Justeru itu, guru dapat berinteraksi dengan murid-murid di dalam kelas mahupun di luar kelas.