Anda di halaman 1dari 31

By : NUR ASYILAH MUSTAAIN SITI SAFINA SHUHAIMI PJ SUAIAN PJM3114 ENCIK ALYES BINTI ARIFF

Kanak-kanak yang lembam mundur dalam pelajarannya kerana kebolehan berfikir, tumpuan perhatian, perkembangan bahasa, pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah lambat dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya.

CIRI-CIRI SLOW LEARNER :

Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza. Pendiam / tidak aktif / banyak cakap. Sukar menerima arahan. Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak kanak biasa. Menyebut huruf - huruf yang tidak tepat / salah, bertukar - tukar. Meninggalkan huruf, sukukata atau perkataan ketika membaca dan menulis. Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.

Kekerapan Tanpa Huruf Tanpa

kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.

ketetapan /Menaik dan menurun. terbalik /Urutan dan arah yang salah.

ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan. yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil. yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur. yang tidak tepat.
Perbendaharaan Idea Saiz

kata yang terhad dan tatabahasa

FAKTOR-FAKTOR.

PROGRAM YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU MURID LEMBAM.

Kia2m Linus

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini adalah bertujuan yang satu iaitu untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.

Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjeksubjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu. Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini.

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi. Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011. Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

Numerasi Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lembam akan diintervensikan melalui rancangan pengajaran yang lebih berpusatkan kepada individu bukan secara berkumpulan kerana setiap murid-murid khas mempunyai tahap pencapaian yang berbeza. Penyediaan perancangan dan jadual yang strategik oleh guru sebelum mengajar turut mempengaruhi isi kandungan pembelajaran murid semasa proses P & P berlangsung.Pemilihan kaedah dan khidmat sokongan yang sesuai membantu kanak-kanak lembam untuk mengikuti pengajaran guru dengan lancar dan berkesan. Khidmat sokongan yang boleh digunapakai adalah seperti berikut:

a)

Pengunaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

Menurut Meese (2001), kanak-kanak lembam memerlukan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). RPI adalah satu perancangan pendidikan individu dibuat secara bertulis yang mengandungi perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk kanak-kanak tersebut. RPI juga turut merangkumi pandangan keluarga dan kanak-kanak tersebut serta para profesional lain yang berkaitan.

B.PENGAJARAN SECARA INDIVIDU

Zakaria Abdul Rahman (1992) mengatakan sekiranya terdapat satu kebenaran tentang pembelajaran, ia adalah satu penyataan bahawa setiap individu itu berbeza dan pembelajaran patutlah bermula daripada tahap pelajar berada ke tahap yang dapat dicapai olehnya. Oleh itu sebagai seorang murid yang lembam pengajaran secara individu akan berlangsung dalam RPI kerana mereka memerlukan pengajaran secara individu khusus untuknya. Justeru itu, terdapat beberapa jenis pengajaran individu yang dijalankan mengikut tujuan dan objektif pengajaran tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) telah menjeniskan pengajaran individu kepada empat, iaitu Munsyi atau tutoring, kursus melalui pos, Rancangan Berunit Mengikut Kecepatan Sendiri dan Pengajaran Terancang, dan Pengajaran Berbantukan Komputer. Namun, pengajaran melalui pos tidak bersesuaian atas murid lembam kerana tidak bersesuaian dengan tahap murid tersebut.

C)

MENGUBAH YANG ABSTRAK KEPADA

KONKRIT

Seorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid lembab membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar. Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam hendaklah secara jelas dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak lembam dapat melihat perkara yang diajar. Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera muridmurid lembam akan mempertingkatkan keupayaan mereka.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)


D)

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan Power Point dalam komputer dan electronic dictionary dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang stereotype. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen, 1986).

E)

TERAPI HIDRO

Selain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang walaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam air.

Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanakkanak ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina keyakinan diri kanakkanak "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktivitiaktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut.

F)

CARA KERJA

Cara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner, sindrom down, disleksia atau terencat akal menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi murid slow learner misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana muridmurid ini kurang berupayaan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut.

G)

PERKHIDMATAN PEMULIHAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai iltizam terhadap khidmat sokongan dalam konsep pemulihan menyeluruh berdasarkan prinsip pendekatan pelbagai disiplin untuk Orang Kurang Upaya(OKU). Perkhidmatan ini meliputi di institusi dan di luar institusi dan termasuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Perkhidmatan di luar institusi menyediakan pelbagai program bagi membolehkan OKU diintegrasikan sebagai ahli masyarakat, persekitarannya dan setursnya membolehkan mereka berdikari daripada segi ekonomi dan sosial.

Manakala perkhidmatan di institusi pula memberikan kemudahan penjagaan, rawatan dan latihan kepada OKU bagi menjadikan mereka sebagai ahli masyarakat yang produktif. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, telah diwujudkan kelas-kelas khas yang mengandungi sukatan pelajaran yang dikhaskan mengikut keperluan meraka. Contohnya seperti Kelas Pendidikan Khas dan juga Kelas Pemulihan Khas. Pendidikan yang mana di sediakan untuk mereka menampilkan para pendidik yang terlatih dalam pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas ini.

Bagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) pula, wujud pelbagai pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan seperti Pusat Jagaan dan Pemulihan Harian Ramah (PJPHR) di Seksyen 10, Shah Alam, Selangor. PJPHR adalah pusat jagaan harian dan latihan pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan mental. Di antara program yang dijalankan di PJPHR ialah penjagaan harian, terapi multisensori, perkembangan awal kanakkanak, pendidikan kanak-kanak lembam, pemulihan selepas rawatan hospital untuk kanak-kanak dan latihan pemulihan serta jagaan di rumah. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat itu telah disahkan oleh pakar perubatan mempunyai masalah-masalah seperti autisme, spastik, hiperaktif, lembam, serebral palsi, sindrom down dan terencat akal.

Kaedah yang digunakan untuk mengajar murid lembam ii agak berbeza dangan murid normal kerana murid lembam agak lembat dan memerlukan arahan yang lebih jelas serta perhatian yang lebih daripada guru berbanding murid normal yang lain. Terutama sekali bagi mengajar murid lembam bagi subjek Pendidikan Jasmani di padang memerlukan beberapa alternative yang lain untuk memudahkan proses pembelajaran bagi murid-murid ini. Berikut terdapat beberapa alternative yang boleh digunakan untuk mengajar murid lembam bagi subjek Pendidikan Jasmani atau lebih dikenali sebagai PJ suaian.

PERATURAN.

Arahan yang digunakan dalam aktiviti atau permainan perlulah ringkas contohnya angkat tangan arahan yang panjang seperti luruskan kedua-dua tangan ke atas untuk mencapai awan arahan yang panjang dan bersifat imaginative agak sukar untuk difahami murid lembam, oleh itu, guru perlu peka semasa memberikan arahan yang ringkas supaya murid faham dan jelas. Arahan yang diberikan juga perlulah ringkas,mudah dan jelas. Pengunaan untaian kata bermadah adalah tidak digalakkan kerana murid mudah terkeliru contohnya penggunaan istilah kaki bangku mungkin tidak difahami murid lembam, dan pengguanaan ayat kiasan boleh mengelirukan murid.

Suara merupakan salah satu agen penting untuk guru menyampaikan arahan semasa menyampaikan isi pelajaran kepada murid. Suara guru perlulah kuat dan jelas supaya murid dapat mendengar dengan jelas dan apa yang ingin disampaikan dapat diikuti murid dengan baik. Gangguan komunikasi contohnya guru sengau boleh menyebabkan arahan sering disalah taksir oleh murid terutama bagi murid lembam yang memerlukan perhatian dan kejelasan yang tinggi semasa belajar. Untuk mengatasi segala masalah yang berkaitan dengan peraturan dan arahan guru boleh mengunakan kad arahan bagi melancarkan lagi aktiviti dan permainan yang telah dirancang.

RAJAH 1 : CONTOH KAD ARAHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN GURU SEMASA SESI P&P PJ

ALATAN

Bagi aspek pengunaan alatan pula. Bagi murid lembam penggunaan alatan yang banyak semasa satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran adalah tidak digalakkan kerana murid lembam biasanya sukar untuk menguasai pelbagai altan dalam satu masa. Pengunaan alatan yang pelbagai akan menyebabkan murid tidak dapat melakukan aktiviti dengan baik dan hasil pembelajaran sukar untuk dicapai. Alatan yang digunakan juga perlulah ringkas dan tidak komplek contohnya mengunakan bola untuk mengajar koordinasi mata dan tangan berbanding mengunakan raket untuk menguji koordinasi badan dan mata.

Alatan yang digunakan juga perlulah menarik dan berwarna warni contohnya tali skipping, bola pelbagai warna dan sebagainya. Dan penggunaan alatan yang sama warna supaya tidak mengelirukan murid. Selain itu, mengubahsuaian bahan-bahan terbuang untuk menjadi peralatan sukan seperti botol, span, tali dan sebagainya.

GURU

Guru harus memainkan peranan yang penting dalam membantu murid mengatasi masalah lembam dalam pembelajaran. Guru perlu bijak menyusun teknik, kaedah dan strategi supaya objektif psikomotor, kognitif dan afektif bagi matapelajaran pendidikan Jasmani tercapai di akhir p&p. Selain daripada pengubahsuaian alatan, guru juga perlu melakukan beberapa langkah dalam p&p seperti :

i. Beri arahan yang tepat, ringkas dan padat kepada murid yang lembam sebelum menjalankan sebarang aktiviti. ii. Seorang guru utama menjalankan aktiviti p&p PJ manakala tambahan lagi seorang guru yang bertindak sebagai pembantu bagi mengawal dan memperbetulkan tingkahaku murid-murid lembam. iii. Guru harus sentiasa peka terhadap setiap pergerakan dan perubahan murid. Sentiasa mengingatkan murid-murid lembam had kawasan permainan.

iv. Aktiviti yang dijalankan mengikut aras yakni dari aras mudah ke sukar. Aras yang sukar mengambil masa yang lebih lama berbanding aras senang. Guru harus memastikan murid lembam menguasai kemahiran yang diajar sebelum meneruskan p&p kepada kemahiran yang lebih kompleks. v. Penilaian dan rekod : Guru perlu sentiasa memberi motivasi terhadap setiap pencapaian murid lembam serta merekod perkembangan kemahiran supaya dapat merancang aktiviti pengukuhan dan pengayaan.