Anda di halaman 1dari 30

Disediakan oleh: Muhammad Razif Abu Hasan Nik Nurul Amrinarashada Nik Soh Siti Sarah A.

Karim

PENGENALAN: TEORI DEONTOLOGI


Berasal dari perkataan Yunani deon bermaksud tugas atau kewajipan (duty).

Teori ini menolak apa yang diperakui oleh teori Teleologikal.

Mengatakan bahawa ada pertimbangan yang boleh menyebabkan sesuatu perlakuan atau peraturan itu patut, baik, benar dan diwajibkan.

Menitikberatkan sifat perlakuan atau ciri peraturan itu sendiri (bukannya akibat perbuatan tersebut).

TEORI DEONTOLOGI TEORI DEONTOLOGI PERATURAN TEORI DEONTOLOGI TINDAKAN

3 1 Betul atau salah sesuatu tindakan terdiri daripada satu atau lebih peraturan. peraturan. Tindakan yang sesuai dengan peraturan dianggap sebagai bermoral dan jika sebaliknya, sebaliknya, tidak bermoral. bermoral.

Teori Deontologi Peraturan (rule deontology) mengatakan bahawa:


Pengukuran dan pertimbangan tindakan seseorang individu adalah bergantung kepada kepiawaian (standard), dan bukan keseronokan atau kesengsaraan. kesengsaraan. 4 Contoh Teori Deontologi Peraturan: Peraturan: Prinsip Kewajipan. Kewajipan.

Teori Deontologi Tindakan (act deontology):


Menegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan moral adalah bersifat spesifik dan menitikberatkan apa yang telah berlaku atau bertindak dalam situasi tertentu. Misalnya, murid-murid dalam bilik darjah sedang bergaduh maka guru terpaksa mengambil tindakan disiplin dengan mendenda salah seorang murid itu.

Jadi, tindakan ini dilakukan untuk menyelamatkan keadaan semasa tanpa merujuk apa-apa peraturan sekolah.

Contoh Teori Eksistensialisme

Deontologi

Tindakan:

Prinsip

PENGENALAN: PRINSIP KEWAJIPAN (PRINCIPLE OF DUTY)


1 Satu prinsip kemoralan dalam Teori Deontologi Peraturan yang dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724 1804).

Prinsip ini menegaskan duty for the sake of duty, iaitu tugas dilakukan semata-mata kerana tugas itu.

B. H. Eow (2000) menjelaskan bahawa penulisan Kant adalah sukar ditakrifkan. Untuk memahaminya, kita perlu melihat dalam tiga perkara iaitu: (i) Etika Kant (Kants ethics) (ii) Etika Kant (Kants ethics) (iii) Etika Kantian (Kantians ethics)

3 PERKARA DALAM PRINSIP KEWAJIPAN:

ETIKA KANT

ETIKA KANT

ETIKA KANTIAN

KONSEP TEKAD BAIK (GOODWILL)

PRINSIP PERINTAH MUTLAK (CATEGORICAL IMPERATIVE PRINCIPLE)

ETIKA KANT

ETIKA KANT
Persoalan utama dalam etika Kant

Apa yang patut saya lakukan?

Kant cuba mengenal pasti maxim (peraturan asas) sejagat (universal) bagi tindakan yang perlu kita gunakan sebagai rujukan.

Menegaskan bahawa untuk pertimbangan sesuatu tindakan (sama ada betul atau salah), kita perlu melihat jika tindakan tersebut mematuhi peraturan universal moral atau tidak.

Peraturan umum atau universal

MAXIM

Tidak perlu menilai kesan tindakan kita sebelum melakukan tindakan tersebut.

Dalam mengambil sesuatu tindakan yang bermoral, kita perlu mempraktikkan formula berikut:
Kebebasan + keadilan + kebijaksanaan + pilihan (rujukan maxim) = tindakan bermoral

Bererti, dengan adanya kebebasan dan keadilan, kita boleh menggunakan kebijaksanaan kita untuk membuat pilihan sesuatu tindakan yang telah kita rujuk kepada maxim moral. Tindakan ini dianggap sebagai tindakan bermoral.

Kant mementingkan peraturan umum atau universal (maxim) yang perlu dirujuk semasa mempertimbangkan sesuatu tindakan.
Mengawal tindakan seseorang.

Ini bererti
MAXIM

Kant menjelaskannya dalam konsep dan prinsip yang berikut:Konsep Tekad Baik Prinsip Perintah Mutlak

KONSEP TEKAD BAIK (GOODWILL)


Sesuatu yang baik tanpa syarat dalam melakukan sesuatu tindakan.

Sesuatu tindakan yang datang daripada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab akan melahirkan perbuatan yang benar dari segi moral. Kant menyatakan perkara-perkara yang baik ialah membuat sesuatu bakat minda seperti kebijaksanaan dan kecerdasan pemikiran, keberanian dan kesederhanaan pemikiran. Dalam konteks ini, Kant tidak mahu menganggap sesuatu tekad itu baik atas sebab apa yang telah atau ingin atau boleh dicapai dan dihasilkan oleh tekad itu.

Motif tunggal tekad baik hanya berlaku apabila menganggap ia sebagai mengamalkan kewajipan.

SAMBUNGAN
Ini kerana untuk mengamalkan kewajipan, sesuatu tekad itu baik kerana batinnya atau semangat dalamannya.

Dengan kata lain, yang baik dan patut diberi pujian moral ialah mengamalkan kewajipan itu semata-mata kerana amalannya ialah suatu kewajipan.

Sesuatu tindakan tetap tidak dianggap sebagai bermoral jika tindakan tersebut dilakukan atas kepentingan diri. Contoh: seseorang yang membantu orang tua melintas jalan semata-mata hendak menunjukkan sifat baik hatinya, tidak boleh dianggap sebagai tindakan bermoral. Sekiranya dia membantu orang tua tersebut atas goodwill, iaitu baik tanpa apa-apa syarat, atau tanpa apa-apa motif, barulah dianggap sebagai tindakan bermoral.

PRINSIP PERINTAH MUTLAK


(Categorial Imperative Principle) Sesuatu prinsip moral iaitu peraturan atau undang-undang moral yang telah dibentuk harus dipatuhi oleh semua orang tanpa pengecualian. Juga dikenali sebagai prinsip tanpa syarat. Sesuatu tidak boleh dijadikan prinsip moral jika ia tidak boleh menjadi prinsip untuk semua orang.

Menegaskan kita perlu bertindak dengan cara betul supaya maxim tindakan kita boleh menjadi peraturan atau undang-undang universal. Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu untuk dirinya sendiri (seperti tidak cakap bohong) mesti dipatuhi oleh orang lain. Dengan kata lain, individu itu mesti bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain bertindak.

Tiga unsur penting:


i. ii.

iii.

Prinsip moral yang diamalkan mesti boleh diterima secara umum. Tindakan yang dilakukan mesti dapat menghormati manusia, bukan memperalatkan manusia. Pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya.

Contoh:
Menipu dalam peperiksaan adalah satu kesalahan. kesalahan. Rasionalnya adalah walaupun menipu boleh membantu anda mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, ia tetap dihina orang kerana ia adalah satu tindakan yang tidak adil. adil.

Mencuri merupakan satu kesalahan. Walaupun mencuri kesalahan. boleh membantu kita mendapatkan barang yang diinginkan, tetapi kita akan dihina oleh orang lain atau disalahkan di sisi undang-undang. undang-undang.

ETIKA KANT

ETIKA KANT
Merupakan ulasan tentang etika Kant oleh pengkritiknya.

Etika Kant menerima banyak kritikan berulangulang kali sehingga kritikan ini memperoleh keunikan dan kebebasan sendiri sebagai Etika Kant (ditulis dengan ).

Formalisme

Sifat kecenderungan

Kekerasan (Rigorism)

Keadaan konflik bagi kewajipan

Keadaan abstrak

FORMALISME
Prinsip perintah mutlak adalah kosong, remeh-temeh atau hanya secara formal dan tidak dapat mengenal pasti prinsip-prinsip kewajipan. y Pandangan Kant (bahawa permintaan universal yang mana prinsip-prinsip asasnya boleh diterima oleh semua orang) mungkin tidak membawa apa-apa makna.
y

Ini adalah kerana formalisme memerlukan ejen universal atau prinsip asas supaya agen moral boleh menerimanya sebagai undangundang.
Mencuri apabila dibenarkan. Membunuh apabila tidak membahayakan.

Bolehkah prinsip ini dijadikan universal?

KEKERASAN (Rigorism)
y

Etika Kant membawa kepada peraturanperaturan yang tidak sensitif dan keras.
Hukuman mesti sesuai dengan kesalahan.

Percukaian berkadar terus dengan kebolehan membayar.

Prinsip adalah universal dalam skop. Namun, pelaksanaan memerlukan layanan yang tidak sama.

KEADAAN KONFLIK BAGI KEWAJIPAN


Prinsip kewajipan menegaskan bahawa tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu ialah tanggungjawab. Namun apabila timbul keadaan di mana dua kewajipan berkonflik, adalah sukar untuk memilih mana yang perlu diutamakan.

Contoh situasi: Pelajar ini mempunyai dua kewajipan.


1.

Sebagai pelajar, dia perlu menyiapkan tugasannya.


2.

Sebagai anak, dia perlu membantu ibu dengan kerja rumah kerana ibunya tidak sihat.

SIFAT KECENDERUNGAN
Kant memerlukan kita bertindak mengikut motif kewajipan kita dan bukan mengikut kecenderungan. y Oleh itu, tindakan yang kita nikmati mungkin tidak bernilai secara moral. y Kita bertindak atas satu maxim kewajipan dan oleh itu, mengalami satu perasaan sanjungan terhadap undang-undang.
y

ETIKA KANTIAN

Sesetengah penulis berbincang tentang etika Kantian apabila mereka ingat tentang teori betul atau secara lebih umum, pemikiran moral yang berdasarkan tindakan dan bukan berdasarkan akibat; atau sebarang kedudukan yang mengutamakan betul daripada baik.

ETIKA KANTIAN

Misalnya, yang berkaitan dengan prinsip universal dan penghormatan terhadap manusia atau lebih spesifik, untuk hak asasi manusia.

Etika Kant masih merupakan percubaan yang paling paradigmatik (dicontohi) dan paling terpengaruh untuk membuktikan prinsip moral universal tanpa merujuk kegemaran atau rangka kerja teleologikal.

RUJUKAN
Abdul Rahman Md. Aroff. (2004). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Eow, B. H. (2002). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Tam, Y. K. (2006). Pendidikan Moral Konsep dan Pedagogi Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/teori-utilitarianisme-teoriegoisme.html#more http://www.slideshare.net/SukiChenSk/lesson-5-2011