Anda di halaman 1dari 14

Disediakan oleh: Jacqueline Tan Lun Hui

DEFINISI:

Pengangguran berlaku apabila seseorang yang boleh bekerja dan mahu bekerja tetapi tidak dapat mendapat pekerjaan.

Menurut pakar ekonomi Keynes, sesebuah negara yang mempunyai kadar pengangguran 4% atau kurang menunjukkan negara tersebut telah mencapai guna tenaga penuh.

Mereka ini digolongkan dalam tenaga buruh sesebuah negara, iaitu mereka yang berumur 16 ke 64 tahun Dan sanggup bekerja.

JENIS-JENIS PENGANGGURAN

1. Pengangguran kitaran (cyclical unemployment) seperti yang telah diterangkan. 2. Pengangguran struktural (structural unemployment) disebabkan perubahan struktur dan kegiatan ekonomi negara. Sebagai contoh daripada negara berasaskan pertanian kepada perindustrian. Begitu juga dengan penggunaan mesin atau teknologi dalam industri. Perubahan seperti ini akan menyebabkan pengangguran. 3. Pengangguran geseran (frictional unemployment/normal unemployment) disebabkan oelh perkembangan ekonomi yang pesat terhadap sesuatu negara.Di sini ekonomi akan mengalami tahap guna tenaga penuh, pengangguran di sini ialah pengangguran mencari kerja atau menunggu untuk beralih pekerjaan.

FAKTOR-FAKTOR

1. Kurang memohon pekerjaan. 2. Kurang menghantar resume untuk memohon jawatan. 3. Kurang jaringan perhubungan dan pengalaman kerja.

4. Beranggapan wujud diskriminasi terhadap peluang pekerjaan.


5. Beranggapan wujud faktor luaran yang menyebabkan mereka tidak mendapat pekerjaan.

6. Tidak mempunyai kematangan dalam hal-hal kerjaya. 7. Kemahiran sebenar tidak menggambarkan kemahiran yang dinyatakan. 8. Cenderung kepada kemahiran umum berbanding kemahiran spesifik. 9. Cenderung kepada kemahiran bersifat lisan berbanding penulisan. 10. Kurang kemahiran penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 11. Kemahiran tidak selari dengan penggunaan kemahiran semasa bekerja. 12. Menilai diri melebihi daripada realiti.

KESAN-KESAN

Ada beberapa kesan yang boleh berlaku dalam isu pengangguran ini antaranya:

Kesan ke atas ekonomi 1. mengurangkan kebajikan masyarakat 2. kegiatan pembangunan kerajaan berkurang 3. pengangguran tidak menggalakkan pertumbuhan ekonomi

Kesan ke atas individu dan masyarakat 1. menyebabkan kehilangan mata pencarian dan pendapatan 2. kehilangan kemahiran(skill) 3. menimbulkan ketidakstabilan sosial dan politik

Cara-Cara Mengatasi Pengangguran


1. Mendorong majunya pendidikan 2. Meningkatkan latihan kerja untuk memenuhi kebutuhan ketrampilan seperti tuntutan industri modern 3. Meningkatkan dan mendorong kewiraswastaan 4. Mendorong terbukanya kesempatan usahausaha informal 5. Meningkatkan usaha transmigasi 6. Meningkatkan pembangunan dengan sistem padat karya 7. Mengintensifkan program keluarga berencana 8. Membuka kesempatan bekerja ke luar negeri

PENGIRAAN
Seseorang yang tidak bekerja tetapi mencari pekerjaan atau diberhentikan sementara dan boleh mengisi sesuatu pekerjaan dikira sebagai menganggur. Pengiraan kadar pengangguran dikira dengan jumlah mereka yang menganggur kemudian dibahagikan dengan jumlah orang dalam tenaga buruh (iaitu jumlah mereka yang bekerja dan tidak bekerja).

JUMLAH Pengangguran= tenaga buruh bilangan bekerja KADAR Pengangguran= Bilangan tidak bekerja Bilangan tenaga buruh

x100

Anda mungkin juga menyukai