Anda di halaman 1dari 28

Ketua Polis Kedah DCP Dato Ahmad Bin Ibrahim

Sikap dan perubahan untuk mencapai kecemerlangan minda (mind set)

Definisi Sikap
Sikap merupakan sesuatu yang diperolehi dan bukan diwarisi melalui baka, maka ianya boleh diubah. Walau pun sikap merupakan sesuatu yang sukar untuk diubah, ia mempunyai fungsinya tersendiri kepada individu tersebut, tetapi ia adalah tidak mustahil untuk diubah.

SECORD AND BACKMAN (1964)


SIKAP MERUPAKAN SATU SUSUNAN PERASAAN, PEMIKIRAN DAN KEINGINAN UNTUK BERTINDAK BALAS KEPADA OBJEK TERTENTU YANG BERADA DI PERSEKITARAN. SIKAP TIDAK BOLEH DIAMATI SECARA LANGSUNG TETAPI IA MERUPAKAN GAGASAN YANG HANYA BOLEH DIINTERPRETASIKAN MELALUI EKSPRESI, PERTUTURAN DAN TINGKAHLAKU LUARAN.

GORDON ALLPORT (1935


SIKAP SEBAGAI SUATU KEADAAN BERSEDIA DARI SEGI MENTAL DAN SARAF, DIBENTUK MENERUSI PENGALAMAN, MELAHIRKAN PENGARUH-PENGARUH DINAMIK KE ATAS TINDAKBALAS INDIVIDU TERHADAP SEMUA OBJEK DAN SITUASI YANG BERKAITAN DENGANNYA. SIKAP SEBAGAI SUATU KEADAAN BERSEDIA DARI SEGI MENTAL YANG MENGHALAKAN INDIVIDU MEMBUAT SESUATU PENGERTIAN ATAU PANDANGAN TERHADAP SITUASI ATAU INDIVIDU YANG BERADA DI SEKELILINGNYA. SIKAP BUKAN SESUATU YANG WUJUD SECARA SEMULAJADI TETAPI DIPELAJARI, DIBENTUK DAN BERKEMBANG MELALUI PENGALAMAN. SIKAP BERSIFAT DINAMIK DAN DENGAN ITU IA BOLEH BERUBAHUBAH.

Marof Redzuan pula menyatakan bahawa sikap adalah penilaian umum samada positif atau nagetif terhadap sesuatu dan ia merujuk kepada gabungan 3 komponen yang penting iaitu kognitif (pemikiran ), afektif (perasaan), dan psikomoto (tingkah laku ). Ini bermakna sikap individu adalah interasi di antara pemikiran, perasaan yang seterusnya akan melahirkan tingkah laku dan perlakuan yang ditunjukkan ini akan mempamerkan dalam bentuk positif atau negetif.

Perbezaan diantara sikap dengan beberapa konsep yang ada kaitan dengannya. 1. Sikap bukanlah satu fakta tetapi ia merupakan pernyataan penilaian (evaluative statement ). Sikap merujuk kepada bagaimana perasaan kita terhadap sesuatu, sementara fakta pula adalah pernyataan tentang sesuatu yang wujud. (Contohnya kita memberitahu seseorang tentang kita suka pasukan Badminton Malaysia - ia adalah sikap, tetapi memberitahu tentang pasukan Badminton Malaysia yang memenangi Piala Thomas pula merupakan satu fakta).

Sikap berbeza dengan kepercayaan di mana kepercayaan boleh didefinisikan sebagai pernyataan mengenai hubungan diantara sesuatu objek, konsep dan peristiwa. (Contohnya kenyataan Saya suka kerjaya saya ialah sikap kita terhadap kerjaya. Tetapi kenyataan seperti Kerjaya saya memberi gaji yang lumayan atau Saya mempunyai seorang penyelia yang bertimbang rasa adalah kepercayaan). 3. Sikap juga berbeza dengan nilai di mana nilai merujuk kepada sesuatu kepercayaan yang istimewa. Nilai merupakan satu idea yang abstrak yang menentukan cara bagaimana seseorang perlu atau tidak perlu bertingkahlaku.

Personaliti merupakan ciri-ciri tekal yang terdapat pada seseorang. Namun begitu, sikap juga membentuk tingkahlaku yang tekal. Apa yang membezakan personaliti dengan sikap ialah perubahan yang berlaku pada personaliti memerlukan masa yang lebih lama dan panjang jika dibandingkan perubahan kepada sikap.

PEMBENTUKAN SIKAP
Sebelum kita boleh mengubah sikap kita terlebih dahulu perlu tahu bagaimana sesuatu sikap itu dibentuk. Terdapat beberapa cara bagaimana sikap seseorang terbentuk, antaranya :1. 2. 3. 4. 5. Mempelajari melalui pemerhatian pengamatan. Melalui peneguhan. Melalui latihan (buat berulang kali ). Melalui pengalaman kita sendiri. Menilai tingkah laku sendiri atau

PERANAN SIKAP
Katz & Statland telah memperkenalkan kefungsian atau peranan sikap, di mana penganutan sesuatu sikap merupakan sesuatu yang penting dalam memenuhi keperluan individu. Antara peranan sikap ialah :1. Penyesuaian Sesuatu sikap yang di anuti adalah untuk penyesuaian diri dengan keadaan-keadaan semasa atau dengan kelompok di mana kita berada.

2.Ketahanan Diri Sikap turut berfungsi dalam memberikan keyakinan kepada diri sendiri di mana keyakinan diri ini penting untuk mengelakkan diri daripada konflik dalaman. 3.Harga Diri Sesuatu sikap yang di anuti menunjukkan bahawa kita mempunyai pendirian terhadap sesuatu objek sikap itu, dan seterusnya dapat menentukan hargakendiri kita melalui pandangan orang lain.

4.Pengetahuan Sikap dapat membantu kita memahami dan menerangkan sesuatu objek sikap itu dengan lebih mendalam. 5.Penyempurnaan Kehendak Biasanya orang akan membentuk sikap yang positif terhadap sesuatu objek atau orang sekiranya sikap ini dapat memenuhi kehendak nya. 6.Penerimaan Kelompok Adakalanya kita membentuk sesuatu sikap kerana hendak menyertai sesuatu kelompok.

SIKAP POSITIF Oleh kerana sikap adalah sesuatu yang boleh dipelajari maka adalah penting bagi kita untuk mempelajari sikap yang positif. Ini adalah kerana sikap yang positif akan melahirkan perilaku yang positif dan ia boleh dilakukan dengan mengamalkan nilai-nilai kerja yang murni.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN SIKAP


Terdapat beberapa cara yang boleh membantu mengubah sikap kita,antaranya :1. Proses perubahan kepada persekitaran Perlu membentuk pengetahuan yang baru hasil daripada perubahan yang berlaku dalam persekitaran.

Peneguhan Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Ianya adalah dalam bentuk intrinsik atau ekstrinsik. Pujukan Model pujukan ini dapat diringkas berdasarkan model komunikasi :siapa yang berkata, mengenai apa, melalui cara apa dan kepada siapa. Ini bermakna ciri-ciri personaliti orang yang menyampaikan dan menerima mesej juga adalah penting dan begitu juga kandungan mesej.

..kepada orang ramai

Sifat semulajadi Manusia sebenarnya secara semulajadi adalah baik dan mempunyai sikap yang positif dan berupaya merasionalkan sikap mereka.

RINTANGAN KEPADA PERUBAHAN SIKAP


Terdapat beberapa rintangan kepada perubahan sikap, adakala kita tidak mahu mengubah sikap kita diatas alasan-alasan tertentu seperti :1. 2. 3. 4. Ragu-ragu Kepentingan diri Persepsi yang berbeza. Merasakan sesuatu kehilangan.

PENUTUP Perubahan sikap hanya akan berlaku jika individu tersebut hendak berubah, perubahan ini pula bergantung kepada ganjaran, kebebasan dan tahap penglibatan individu,. Dalam keadaan dimana seseorang itu terlalu ditekan dan didesak, hanya tingkahlaku sahaja yang berubah dalam jangka masa pendek, mungkin sikapnya tidak banyak berubah.

PETUA UNTUK BERUBAH


1. Programkan perubahan dalam minda 3 Cara Gambarkan/bayangkan sebelum tidur pada setiap malam Menulis dan melihat selalu Doa

2. Bentuk matlamat yang jelas Matlamat yang boleh kita gambarkan dalam minda Matlamat yang jelas memudahkan kita untuk mencapainya 3. Bentuk kriteria/standard yang boleh diukur

4. Bentuk suasana yang merangsang perubahan Manusia mudah terangsang untuk berubah suasananya merangsang perubahan

sekiranya

5. Selaraskan perubahan dalaman dan luaran Imam Ghazali rah. Berkata Yang di luaran itu mencerminkan apa yang terkandung dalam sanubari Orang yang dalamannya hebat, hatinya hebat, mindanya hebat dan luarannya

mesti hebat

Sekiranya kita hendak menjadi orang yang cemerlang * Berfikir * Bercakap * Berpakaian yang kemas * Bertindak SEPERTI ORANG YANG CEMERLANG

6. Bersedia membantu orang dan bersedia meminta bantuan Allah akan membantu hambaNya selagi hambaNya membantu saudaranya (maksud hadith) Allah akan tolong kita kalau kita tolong orang lain

Jangan
- Berkira - Pentingkan diri sendiri - Angkuh 7. Sentiasa rujuk pada jejak-jejak kejayaan orang lain 8. Minta maklumbalas dari orang lain 9. Pastikan bisikan kendiri kita adalah positif 10. Pastikan perubahan mempunyai nilai emosi yang tinggi 11. Padamkan memori lama yang negatif

12. Jadi wira dan tidak sibuk mencari wira Nak seribu daya.tak nak seribu dalih 13. Bentuk keajaiban dan jangan harapkan keajaiban 14. Bebaskan Imaginasi fikir macam kartoon Anggap semua boleh dilakukan Yakin segala kesudahan akan membawa kebaikan (happy ending) Anggap kehidupan penuh dengan warna-warni (sentiasa seronok) 15. Cari ilmu berkaitan dengan perubahan 16. Berkawan dengan orang yang positif 17. Seimbangkan perubahan mental, emosi, fizikal, sosial dan rohani

9 SIKAP ORANG YANG CEMERLANG


1. Bersikap positif terhadap perubahan 2. Bersikap positif terhadap diri sendiri 3. Bersikap positif terhadap kepimpinan diri 4. Bersikap positif terhadap masalah 5. Bersikap positif terhadap orang lain 6. Bersikap positif terhadap keadaan emosi atau mood 7. Bersikap positif terhadap idea yang kreatif 8. Bersikap positif terhadap keputusan 9. Bersikap positif terhadap qada dan qadar