Pengenalan
Terapi cara kerja adalah sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Ia bertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiviti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah. Terapi cara kerja melibatkan penilaian fungsi kognitif dan persepsi murid-murid Pendidikan Khas, kebolehan menjalankan tugas harian seperti berjalan, mandi, memakai baju, makan dan membuat kerja rumah.
Konsep
Terapi cara kerja juga merupakan aktiviti yang menjurus kearah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.
Sambungan .
Pemulihan cara kerja atau lebih dikenali dengan nama Occupational Therapy adalah profesyen kesihatan yang memberi fokus kepada penghakupayaan individu dalam merawat kecederaan , penyakit, kecacatan dan keuzuran bagi mencapai kehidupan produktif, berdikari dan bermakna.
Sambungan
Terapi cara kerja melibatkan peniaian fungsi kognitif dan persepsi mangsa strok, kebolehan menjalankan tugas harian seperti berjalan, mandi, memakai baju, makan dan membuat kerja rumah. Memandangkan skop yang luas ini, terdapat sedikit pertindihan dengan tugas ahli fisioterapi dan ahli patologi pertuturan. Secara ideal, semua ahli terapi perlu bekerja secara berkumpulan untuk mengatasi masalah yang timbul.
Sambungan
Guru Pendidikan Khas boleh menerapkan terapi cara kerja kepada murid Pendidikan Khas dengan proses P&P yang dijalankan. Contohnya : terapi ini boleh diterapkan dalam mata pelajaran Pengurusan Diri atau KemahiranHidup. Diharapkan dengan terapi yang dijalankan, murid-murid dapat menjalani kehidupan dengan lebih tersusun dan sempurna.
Sambungan
Mengajar kanak-kanak dengan kecacatan fizikal kemahiran koordinasi yang diperlukan seperti makan sendiri. Menilai kemampuan setiap anak dalam setiap peralatan khusus seperti kerusi roda, peralatan mandi, dan pengurusan pakaian. Menggunakan komputer, atau meningkatkan kelajuan dan keterbacaan tulisan tangan mereka.
CONTOH AKTIVITI
a)Gelang tangan manik Bahan : Manik Warna kuning Warna merah Warna biru Tali Pembaris Gunting
Masa :- 15 minit
Cara perlaksanaan:1. Ukur panjang tali sebanyak 13-15 cm dengan pembaris. 2. Potong benang dengan menggunakan gunting. 3. kemudian masukkan tali ke dalam lubang manik satu demi satu mengikut warna yang disediakan. Penuhkan manik hingga ke hujung tali 4. Akhir sekali, ikat hujung tali untuk membentuk gelang.
b)Sandwich Bahan :
Roti sandwich Sardin Salad Timun Sudu Pinggan
Masa : 10 minit
Cara perlaksanaan: 1. Ambil 2 keping roti 2. Sapukan sardin diatas roti dengan rata 3. Atur timun dan salad yang telah dihiris di atas inti 4. Tindih dengan kepingan roti sandwich dengan padat 5. Sandwich diletakkan di atas pinggan hidang
c) Membuat doh Bahan : 2 cawan tepung 1 cawan garam Pewarna makanan 4 sudu makan 2 cawan air panas 2 atau 3 sudu makan minyak masak
Cara perlaksanaan :
Campurkan pewarna makanan dan minyak masak dan garam ke dalam air panas. Kacau hingga garam itu larut. Curahkan campuran air panas tadi ke dalam mangkuk atau besen yang berisi tepung.
Uli doh tersebut sehingga sebati dan lembut. Simpan di dalam bekas bertutup. Doh ini boleh digunakan berulang kali, sekiranya di simpan di dalam peti ais sehingga berbulan-bulan lamanya.
d) Membungkus kerepek Bahan : Plastik lut sinar. Senduk Steapler Kerepek Penimbang Bekas makanan
Cara pelaksanaan :
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Buka bahagian atas plastik. Masukkan kerepek ke dalam plastik dengan menggunakan senduk. Timbang bungkusan kerepek sebanyak 100 gram.
kemudian sealing bahagian atas menggunakan mesin sealing (jika ada) -jika tiada, Lipatkan bahagian atas plastik sebanyak 2 cm. Kemudian, steapler bahagian yang dilipat bagi mengelakkan kerepek menjadi lemau
Tamat