Anda di halaman 1dari 31

KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS, KREATIF, DAN STRATEGI BERFIKIR

M ATLAM AT
Modul ini bertujuan memberikan pemahaman dan panduan tentang kemahiran berfikir dan pengoperasiannya agar guru dapat menerapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sebarang mata pelajaran.

OBJ EKTIF
Selepas mengikuti modul ini pendidik: 1) memahami maksud dan konsep kemahiran berfikir; 2) menguasai teknik penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran; 3) mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran; 4) menyebarkan konsep dan aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran kepada guru lain; dan 5) membina semangat untuk mendalami aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran dan dalam kehidupan harian.

APAKAH BERFIKIR ?

Berfikir ...
... melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. (Mayer, 1977)

merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. (Fraenkel, 1980) ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.
(Beyer, 1984)

Pengertian berfikir
Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

Produk

Proses

PROSES BERFIKIR
Pengetahuan

Kemahiran Kognitif

Sikap / Nilai

MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR


KEMAHIRAN BERFIKIR KEMAHIRAN KRITIS
- mencirikan - membanding dan membezakan - mengumpul dan mengelas - membuat urutan - menyusun mengikut keutamaan - menganalisis - mengesan kecondongan - menilai - membuat kesimpulan

KEMAHIRAN KREATIF
- menjana idea - menghubung kait - membuat inferens - meramal - membuat hipotesis - mensintesis - mengitlak - membuat gambaran mental - menganalogi - mereka cipta

MENAAKUL

STRATEGI BERFIKIR

- mengkonsepsi - menyelesaikan masalah - membuat keputusan

Pelbagai Kemahiran Berfikir


Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif.
Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.

Pelbagai Kemahiran Berfikir


Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
Kemahiran berfikir menaakul membantu kita dalam membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.

Menguasai KB
KB telah disusun mengikut heiraki daripada kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih kompleks. Pelajar perlu mempelajari dan menguasai KB yang asas sebelum mempelajari KB yang lebih kompleks. Contoh: Membuat urutan pelajar seharusnya telah mempelajari dan menguasai kemahiran yang sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membanding dan membeza, dan mengumpul dan mengelas.

Unit 3

KB Kritis

Unit ini memberikan penjelasan mengenai setiap ciri kemahiran di dalam kemahiran berfikir kritis. Turut diberikan: penggunaan contoh panduan mengaplikasikan

KB Kritis
Mencirikan
Definasi
Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.

Kemahiran ini digunakan untuk:


a) b) Mendefinasikan konsep atau item. Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.

Membandingkan dan Membezakan

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini digunakan apabila :
a) Terdapat dua atau lebih ciri kemungkinan. Membuat pilihan atau keputusan. atau

b)

Mengumpulkan dan Mengelaskan

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.
Kemahiran ini digunakan apabila terdapat :

a) b)

Banyak item atau maklumat. Item atau maklumat yang tidak tersusun.

KB Kritis
Membuat Urutan Menyusun Mengikut Keutamaan Menganalisis Mengesan Kecondongan Menilai Membuat Kesimpulan

Unit 4

Ciri KB Kreatif

Unit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran berfikir kreatif. Menjana Idea Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila Mencari idea baru Mencari alternatif.

Membuat Inferens
Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila :
Hendak merancangkan langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan. Menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.

KB Kreatif
Menghubungkaitkan Meramal Membuat Hipotesis Mensintesis Mengitlak Menganalogi Membuat Gambaran Mental Mereka Cipta

UNIT 5

STRATEGI BERFIKIR

1. Mengkonsepsikan
Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkan ciri-ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait. Strategi ini digunakan dalam membina konsep atau pengertian untuk menjelaskan sesuatu fenomena menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

STRATEGI BERFIKIR
2. Menyelesaikan Masalah
Mencari penyelesaian secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti atau mencabar atau kesulitan yang tidak dijangkakan
Strategi ini digunakan apabila : a) b) Tiada jawapan yang diketahui. Diketahui ada perbezaan antara yang dijangkakan dengan yang sepatutnya berlaku.

STRATEGI BERFIKIR
3. Membuat Keputusan
Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Strategi ini digunakan untuk :
a) Membuat suatu pilihan bagi situasi yang berkemungkinan mempunyai pelbagai penyelesaian . Menentukan cara penyelesaian terbaik bagi kaedah yang dipilih.

b)

Kemahiran Menaakul
Membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan. Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
1. Penaakulan Secara Induktif 2. Penaakulan Secara Deduktif

ALAT BERFIKIR
Penguasaan pelajar dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai dengan p & p . Alat berfikir yang biasa digunakan dalam proses p & p adalah penyusun grafik, soalan dan penyoalan serta peta minda.

Unit 8 Petunjuk KB
Di dalam kemahiran berfikir, terdapat perkataan tertentu yang digunakan yang memberikan makna yang sama dengan ciri kemahiran berfikir. Guru-guru di dalam menyediakan rancangan mengajar sudah biasa mengaplikasikan kemahiran ini.

Petunjuk Kemahiran Berfikir


Pemikiran Kritis Mencirikan Membanding dan membeza Mengumpul dan mengelaskan Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis Mengesan kecondongan Menilai Membuat kesimpulan

Petunjuk Kemahiran Berfikir


Pemikiran Kreatif Menjana idea Membuat Inferens Menghubung kait Meramal Membuat hipotesis Mensintesis Mengitlak Menganalogi Membuat gambaran mental Mereka cipta

Strategi Berfikir
Mengkonsepsikan Menyelesaikan masalah Membuat keputusan

METAKOGNISI
Metakognisi melibatkan individu sedar tentang cara mereka berfikir, cara mereka meneroka pelbagai kaedah menyelesaikan masalah, cara mereka melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran secara intelektual yang didorong oleh motivasi kendiri dan semangat ingin tahu yang dipandu oleh perasaan, naluri, akal, rohani dan sahsiah diri demi menghasilkan sesuatu yang maujud.

Penerapan KB Dalam P & P


Pembelajaran berfikrah Menyatupadukan kandungan dan proses sebagai pendekatan utama. Melalui pendekatan ini diserapkan Mengajar cara berfikir Mengajar untuk berfikir

Rangka kerja
KB diperkenalkan KB dipraktikkan dengan bimbingan guru KB dipraktikkan tanpa bimbingan guru KB diaplikasikan ke situasi baru KB digunakan dengan kemahiran lain

Pengoperasian Pengajaran dan Pembelajaran

Sains Bahasa Kajian Tempatan Sejarah Pendidikan Seni