Anda di halaman 1dari 38

GEOGRAFI MANUSIA DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

Bandar : suatu unit politik, penempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah kediaman atau lain-lain struktur . Bangsa-Bangsa Bersatu ,1968-1969 : di Malaysia sesuatu kawasan boleh dianggap bandar bila penduduknya berjumlah 10,000 orang atau lebih.

Definisi Bandar
Marcus & Detwyler (1985)

Bandar : gabungan antara tempat dengan penghuninya. Ditakrifkan untuk meliputi keseluruhan elemen semula jadi, sosial dan buatan manusia yang terkelompok dalam kawasan yang mempunyai ramai penduduk.
Penduduk pula mempunyai kebudayaan yang tinggi termasuklah dalam berbagai-bagai kemahiran tetapi tidak dapat menghasilkan tenaga yang mencukupi.

Dari segi fungsi : satu ekosistem terbuka yang mengembangkan kebudayaan bandar melalui pertukaran bahan dan tenaga. Dengan adanya sistem pengangkutan yang baik, kawasan pedalaman dapat menyediakan sumber-sumber yang diperlukan oleh bandar (pekerja) dan pekerja pula dapat menyerap beberapa hasil dari bandar.

Definisi perbandaran
Urbanisasi atau perbandaran adalah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks. Sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana akhirnya menjadi bandaraya.

Pertambahan jumlah dan peratus penduduk yang tinggal di kawasan bandar. Contoh di Malaysia sebuah petempatan dikelaskan sebagai bandar jika mempunyai jumlah penduduk melebihi 10,000 orang.

Pembandaran ditakrifkan sebagai pembagunan struktur dan tradisional (pertanian) kepada ekonomi moden seperti perindustrian, perkilangan dan perkhidmatan.

Konsep urbanisasi / pembandaran meliputi empat aspek berikut :

Peluasan saiz bandar dengan pertambahan bangunan, ruang, perniagaan, kawasan tempatan bandar, peningkatan sistem dan jaringan pengangkutan dan pertambahan fungsi bandar.

Perubahan cara hidup penduduk dari tradisional kepada nilai dan gaya hidup bandar yang lebih moden.

Proses Pembandaran
Suatu proses perubahan masyarakat, struktur, ekonomi dan fizikal dalam suatu kawasan asalnya bersifat desa kepada bandar. Proses pembandaran mampu dikenal pasti melalui pertumbuhan/perkembangan bandar-pertambahan jumlah penduduk. Dengan kewujudan migrasi desa-bandar, perluasan dan perkembangan guna tanah bandar serta implikasi kemudahan-kemudahan sosial dan kemudahan infrastruktur yang pesat memangkinkan perkembangan wilayah pembandaran.

Bilangan penduduk

Gabungan ciri-ciri

Penentuan kawasan bandar

Kawasan yg diwartakan

Ciri sosiologikal

Ciri-ciri lain yang diambil kira


Budaya dan perhubungan yang luas serta kompleks Mirip kepada unsur-unsur budaya barat

Unsur penting ialah kepelbagaian, kepadatan penduduk dan aneka ragam gaya hidup

Bergantung pada sektor perindustrian atau yg berkaitan dgnnya sbg punca pendapatan

Perkembangan Bandar Dari Segi Ruang, Sosial Dan Ekonomi

Pembandaran awal (abad ke-15)

Pembandaran era 1990-an dan abad 21

Perkembangan bandar dari segi ruang

Pembandaran pd zaman penjajah

Pembandaran selepas 1970-an

Pembandaran selepas merdeka

Pembandaran awal (abad ke-15)


Hanya tertumpu kpd satu atau dua pusat yg mempunyai banyak fungsi shj. Cth : melaka sbg pusat perdagangan, pentadbiran, penyebaran agama, kebudayaan, penempatan dll. Perkembangan bandar melaka dibantu oleh kedudukan yg strategik. Melaka sbg bandar krn dasar kolonialisasi yg dijalankan oleh pemerintah yg tak membenarkan bandar lain wujud.

Pembandaran pd zaman penjajah


Muncul pusat petempatan baru dan berkembang membentuk bandar di TM. Faktor perkembangan : tarikan sumber alam. Cth bandar : ipoh, larut, taiping, kuala lumpur.
Slps tamat pendudukan Jepun, muncul bandarbandar baru melalui rancangan briggs. Cth : sg ruan dan karak di pahang. Jinjang dan tg sepat di selangor.

Pembandaran selepas merdeka


Kemerdekaan menjd titik permulaan kpd berlakunya migrasi dari desa ke bandar. Migrasi menyebabkan proses urbanisasi berkembang dan mampu memenuhi peluang pekerjaan, pendidikan dan kemudahan bandar. Cth : bandar KL, Georgetown, JB, Ipoh. Bandar utama terus berkembang, sedangkan desa terus ketinggalan sehingga mewujudkan masalah duualisme ekonomi.

Pembandaran selepas 1970-an


Utk menghasilkan pembangunan bandar yg lebih seimbang. 1970 : kadar migrasi ke bandar diperlahankan menerusi pembangunan wilayah dan rancangan peneroka di FELDA. Kesan : bandar baru dibina. Cth : Jengka (JENGKA) dan Muadzam Shah (DARA). 1980 : aliran migrasi desa-bandar kembali berlaku. Faktor : perkembangan pesat sektor perindustrian berlaku di bandar shj.

Pembandaran era 1990-an dan abad 21


Faktor urbanisasi dan perindustrian sbg pemangkin. Cth : KL. Langkah mengatasi : kerajaan sebarkan proses urbanisasi ke pinggir dan luar bandar. Cth : Selayang, Sg. Way, Setapak, Cheras, Senawang, BB Nilai. Abad ke-21 : IT perkembangkan proses urbanisasi bandar. Perkembangan bandar di Malaysia ditentukan oleh jaringan internet, emel etc. MSC jd model utk wujudkan bandar2 baru spt Cyberjaya.

Perkembangan bandar dari segi sosial


Bandar mengalami transformasi yang cukup pesat khususnya dari segi ciri persekitaran fizikal termasuk persekitaran dan kualiti rumah kediaman. serta tahap kesejahteraan seperti boleh diukur berdasarkan kesampaian isi rumah kepada perkhidmatan asas dan keselamatan. Perkembangan ini menunjukkan bahawa, di sebalik pembandaran dan pemodenan yang pesat, kejiranan tidak terlepas daripada pelbagai gejala sosial yang lazimnya hanya melanda kawasan dalam bandar. Ancaman keselamatan timbul akibat meningkatnya pengangguran, ketagihan dadah dan insiden jenayah, khususnya jenayah kecurian, pecah rumah dan rompakan di kawasan kediaman. Gangguan ini menimbulkan keresahan dan menjejaskan tahap kesejahteraan penghuni bandar.

Kemajuan Sistem Perhubungan


antara yang ditekankan ialah sistem pos dan telegraf, telefon dan radio. tujuan supaya perhubungan antara negeri di Tanah Melayu dengan negeri-negeri lain dapat dibuat dengan pantas. mula diperkenalkan di kawasan kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pelabuhan seterusnya berkembang ke kawasan petempatan. tahun 1870-an pejabat pos dan telegraf dibina di Taiping, Perak.

kurun ke-20 setiap daerah di Perak boleh menghubungi Taiping melalui Telegraf.
tahun 1910 pejabat pos dan telegraf dibina di Pulau Pinang

Perkembangan bandar dari segi ekonomi


1) Dasar Ekonomi Baru - Melalui kepelbagaian teras ekonomi seperti pertanian, perindustrian dan perkhidmatan. - Menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam ekonomi bandar. - Pembukaan tanah baru Felda dan program pembangunan wilayah dipesatkan dengan menerokai sumber, membuka tanah baru, selerakkan industri IKS & pembandaran desa.

- Penubuhan agensi sokongan menyertai ekonomi bandar seperti PERNAS, UDA, Bank Industri, MIDF, FIMA. - Program perindustrian seperti intensif buruh, asas sumber, letrik & elektronik.

2) Dasar Pembangunan Nasional (DPN) - PIP1 dan PIP2 teras ekonomi negara : industri intensif modal & asa pengetahuan, teknologi maklumat yang keluarannya untuk eksport. - Sumbangan sektor perkhidmatan meningkat seperti pelancongan, perdagangan, kewangan. - Globalisasi ekonomi : ikut tekanan pasaran kerana tidak upaya menghalang kemaraan globalisasi, liberalisasi dan deregulasi.

Hubung kait antara perbandaran bandar dengan ruang

Rebakan bandar

b. baru

Sub bandar

b. Satelit

Hubung kait antara perkembangan bandar dengan ruang

metropolis

konurbasi

megalopolis

1) Rebakan bandar (limpahan pembandaran)


Proses perluasan saiz dan pengaruh bandar dari kawasan pusat bandar ke pinggir bandar. Sejajar dgn perkembangan sistem dan jaringan pengangkutan. Pengaruh ini penting dlm menentukan tahap ketersampaian pergerakan antara bandar dgn pinggir bandar. Cth : KL. Berlaku LP ke semua arah. perebakan pembangunan KL menghala ke Sepang. (dihubungkan melalui jln raya, sistem kereta api, ERL, MSC).

2) Sub bandar
Kawasan pinggir bandar yg berfungsi sbg penyokong kpd pusat bandar. Pembentukkannya berkait rapat dgn proses rebakan bandar dan ketepuan pembangunan di pusat bandar. Kwsn pinggir bandar menampung fungsi bandar yg tak sesuai utk berada di pusat bandar. Cth : Gombak, Selayang, Ampang dan Cheras sbg sub bandar KL. Penduduk menjdkn sub bandar sbg tempat kediaman walaupun bekerja di pusat bandar. Perhubungan berlaku menerusi mobiliti penduduk, pekerja dan pergerakan barangan dan perkhidmatan.

3) Metropolis
Gelaran utk bandaraya yg mempunyai jumlah penduduk melebihi sejuta org. Mempunyai kepelbagaian fungsi spt pusat pentadbiran, perdanganan, kewangan dan bank, perniagaan, pendidikan dll. Kebiasaan berfungsi sbg ibu negara. Cth : metropolis Bangkok dan Tokyo.

4) Megalopolis
Cantuman bbrp megapolis. Penduduk lebih 10 juta org. Kawasan sempadan sukar utk dikenalpasti krn kawasan tepubinanya bertembung dan bertindih. Cth megalopolis dunia: megalopolis Bostun-Washington di AS. megalopolis Tokaido.

5) Konurbasi
Proses penggabungan antara pinggir bandar dgn pinggir bandar lain di kawasan berdekatan. Terhasil drp rebakan bandar ke kawasan pinggir bandar dan membolehkan sempadan bandar membesar sehingga bertindih. Zon ini mempunyai nilai ekonomi lebih tinggi. Cth : zon konurbasi di batu tiga shah alam (maju dgn perindustrian, perumahan, perniagaan, perdagangan.)

6) Bandar satelit
Sebuah bandar yg dibina dan diwujudkan khas tdk jauh dr bandar induk Dianggap sbg bandar cawangan. Fungsi: kawasan kediaman dan perindustrian. Hubungan antara bandar induk dgn bandar satelit masig berlangsung dlm konteks pentadbiran, urusan kewangan dll. Contoh: Petaling Jaya bg Kuala Lumpur, Senawang bg Seremaban, Bayan Baru bg P.Pinang.

7) Bandar Baru
Kawasan petempatan yg bercirikan bandar yg dirancang dan dibangunkan di kwsn yg selama ini tdk ada bandar khususnya luar bandar. Cth bandar baru terancang di Malaysia: Bandar Baru Nilai, B.B Sri Petaling, B.B Bangi, dan B.B Ampang. Bandar baru ada pusatnya sendiri tanpa perlu bergantung kepada bandar lain dr segi kemudahan asas, perkhidmatan, kegiatan ekonomi.

Halangan dalam perkembangan bandar


1) Faktor fizikal - Meliputi bentuk muka bumi dan kesuburan tanah. - Perbezaan BMB yg bergunung-ganang, berlembah dan berlurah berbanding kawasan pamah, rata dan beralun mempengaruhi pembangunan pertanian, tapakbina dan ketersampaian.

2) Taburan sumber alam yg tidak seimbang - Contohnya sumber mineral, hutan, bahan mentah. - Kawasan2 yg kaya dgn sumber terlebih dahulu diteroka dan dimajukan berbanding kawasan kurang sumber. - Cth: negeri Perak, Selangor, dan N.Sembilan lebih maju kerana memiliki sumber biji timah.

3) Kesan penjajahan - Penjajah hanya majukan kawasan yg berpotensi sahaja. - Cth: sejarah lampau menyaksikan negeri2 yg kaya dgn sumber alam sahaja dimajukan penjajah spt Perak, Selangor, N.Sembilan. - Hal ini berikutan tujuan utama penjajah yg ingin mengeksploitasi sumber alam.

4) Faktor politik, dasar, dan rancangan kerajaan - Meliputi rancangan pembangunan bandar, industri dan pertanian yg bertumpu di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia shj. - Kawasan-kawasan yg lain lambat dibangunkan. - Tumpuan pembangunan di kawasan yg sedia maju pd awal merdeka terpaksa dibuat krn kerajaan masih belum mampu menyebarkan pembangunan secara menyeluruh.

5) Faktor penduduk - Meliputi taburan, kepadatan, saiz dan jumlah, pendapatan perkapita serta taraf pendidikan yg berbeza antara kawasan. - Mempengaruhi saiz pasaran dan kuasa beli, taraf hidup, kesediaan menerima pemodenan dan mengubah cara hidup.. - Kawasan bandar mudah dibangukan berbanding kawasan luar bandar yg bersifat tertutup dan sukar menerima arus pemodenan.

6) Faktor sosial - Meliputi kemudahan pendidikan, kesihatan, prasarana dan pengangkutan& perhubungan. - Jaringan pengangkutan misalnya jaluran pantai barat semenanjung dihubungkan dgn sistem lebuhraya yg besar spt PLUS, Lebuhraya Persekutuan dll. - Tapi kawasan pantai timur hanya ada Lebuhraya Pantai Timur. - Kemudahan2 ini mampu meningkatkan ketersampaian, meningkatkan moboliti buruh dan jimatkan kos pengangkutan barangan.

Langkah mengatasi
1) Program Pembangunan In Situ - Menekankan pembangunan fizikal desa spt bekalan elektrik dan air, jalan raya, telekomunikasi dll. - Sesetengah kawasan desa yg berpotensi dipilih secara khusus dan dinaik taraf menerusi projek desa wawasan. - Strategi pembangunan in situ dibentuk khas utk baik pulih serta memodenkan kampung tradisional.

Contoh: Dua jenis program pembangunan in situ yg dilaksanakan di Malaysia: i) Utk kawasan penanaman padi spt di kawasan MADA (Kedah) dan KADA (Kelantan), projek tali air dan pertanian daerah Besut, Terengganu. ii) Utk kawasan bukan penanaman padi spt projek Pembangunan Integrasi Pertanian Johor Barat, Pahang Barat dan N.Sembilan Timur yg mengusahakan tanaman getah, kelapa sawit, kelapa, buah-buahan dan nanas.

2) Penyelerakan dan penyebaran industri ke desa. - Kawasan desa yg berpotensi akan dikenalpasti dan dibina kilang pembuatan atau pemprosesan. - Utk pastikan dasar penyelerakan industri dr bandar ke luar bandar berjaya, kerajaan menyediakan infrastuktur fizikal dan sosial spt jalan raya, bekalan air, elektrik dll. - Dgn adanya penyelerakan industri berskala besar (pembuatan, pemprosesan) secara tidak langsung akan mpercepatkan pembangunan di kawasan luar bandar.

3) Rancangan pembangunan wilayah secara khusus - Satu strategi pembangunan secara khusus di wilayah yg dikenalpasti mundur. - Antara Rancangan pembangunan wilayah yg ada autonomi khusus utk memajukan wilayah mundur ialah: Lembaga Kemajuan Wilayah JENGKA, KETENGAH, DARA, KESEDAR KEJORA dll.