Anda di halaman 1dari 11

Banding Beza Kurikulum KLSR dengan KBSR.

KLSR = Kurikulum Lama Sekolah Rendah KBSR = Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KLSR

KLSR mula dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan.

KBSR

Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi.

Kelemahan KLSR

Mengikut kajian terhadap KLSR yang telah dilaksanakan sejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti:1. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah.

2. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan membosankan murid.
3. Guru dan murid selalu terdesak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan. 4. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

Kekuatan KBSR
Kajian oleh Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982 melalui Laporan Fasa I (1988) ) : Pembelajaran

taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama.
Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang efektif seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat.

Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusan. Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, didapati bahawa golongan murid-murid yang tahu membaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membaca lebih pantas daripada murid-murid dalam KLSR.

Sahsiah

Murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan yakin serta menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membaca juga semakin meningkat. Murid-murid boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.

Pengajaran

pengajaran yang berpusatkan murid, kepelbagaian aktiviti penglibatan semua murid dalam aktiviti

menghasilkan murid-murid yang lebih berminat dalam pembelajaran.

Kaedah kelas Kumpulan Rakan sebaya dan individu Penggunaan pelbagai jenis bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran & pembelajaran Gerak kerja kumpulan

menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan bekerjasama di kalangan murid-murid.

Kelemahan KBSR
Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P mengakibatkan :

kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan.

jadi kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan.

tidak

lagi bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran.

mengurangkan

keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan.

Banding Beza

Rancangan KBSR menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak pada guru agama sahaja.

Melalui

aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakanrakan yang berlain agama dan budaya.

Justeru,

penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional.